Jumaat, 13 Ogos 2010

TAHNIAH ATAS KETEGASAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGARAHKAN HUKUMAN MATI TERHADAP PESALAH BUANG BAYI


Tahniah kerajaan BN atas cadangan yang keras ini moga ianya dapat membantu mengawal gejala buang bayi yang berlualuasa sekarang ini. Moga ianya dapat menutup mulut juak-juak pembangkang yang selama ini menuduh UMNO dalang di sebalik gejala buang bayi ini, aku pun heran macamana UMNO boleh di tuduh sebagai penyebab gejala nie.

Aku yakin lepas nie peguam-peguam cari makan dari kumpulan juak-juak pembangkang akan lebih kaya lagi bila banyak kes buang bayi di hadapkan ke Mahkamah dan mereka akan jadi peguam bela kepada pesalah / tertuduh.Masa itu pasti mereka akan kata hukuman ini tidak adil, hukuman ini mencabul hak asasi manusia, hukuman tidak bertamadun.

Buang bayi: Boleh dianggap kes cuba membunuh, bunuh

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya hari ini berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” kata kenyataan itu.
Menurut kementerian itu lagi, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu. - Bernama


3 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Terima kasinh kerana mendaftar sebagai "Followers" di Blog Tendang Terajang. Blog anda telah disenaraikan di bahagian Blog Followers 2 dan diharap anda juga dapat menyenaraikan blog saya dalam bloglist anda.

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

Tanpa Nama berkata...

itulah sahaja yang kersajaan umno tahu buat undng2 dan hukum untuk mengatasi masalah atau mencegah haram tk tau..

Tanpa Nama berkata...

i have an idea... kite perkenalkan hukuman mati bagi pengedar dadah, tapi adakah pengedar dadah berhenti?? dan kita mahu perkenalkan hukuman seumpamanya kepada pesalah buang bayi, adakah ia akan menjamin keberkesanan?? pada hemat saya, bukan untuk menyokong pembuangan bayi atau pun lahirkan anak luar nikah.. tetapi pada saya, kerajaan seharusnya meneliti punca utama kes buang bayi.. saya berpendapat kes ini berlaku kerana:
1)apabila mereka melahirkan anak luar nikah, mereka tahu itu satu kesalahan yang membuatkan mereka tiada pilihan.. mereka tahu jika di beri kepada pusat jagaan pasti akan dikenakan tindakan undang undang, lantas keputusannya adalah membuang bayi tersebut yang pasti tidak dapat dikesan melalui DNA.
2)keadaan kehidupan juga mempengaruhi. tidak mampu membesarkan bayi yang dilahirkan(wanita bawah umur, warga asing) menyebabkan mereka mengambil langkah 'pantas' membuang bayi..

apa yang perlu kita lakukan untuk menyelamatkan bayi ini adalah mewujudkan satu sistem dimana disetiap negeri perlu menubuhkan RUMAH BAYI..
dan sistem rumah bayi ini perlu dilonggarkan..
contoh:-
1)letak kan maklumat pemberi bayi sebagai rahsia. mereka khuatir akan dikenakan tindakan undang2 maka mereka buang bayi, maka kita harus memikirkan langkah penyelesaian terhadap perkara yang mereka khuatiri sehingga mereka mengambil keputusan untuk membuang bayi..
2)jangan kenakan bayaran. kerajaan boleh meletakkan dana untuk masalah rakyat ini, atau mungkin kita boleh menggunakan sistem pungutan dana seperti yang kita lakukan untuk orang kurang upaya dan sebagainya, saya yakin ramai yang ingin membantu.=)

dengan kewujudan rumah bayi yang longgar syarat penerimaan bayi ini insyaAllah kes seumpama ini dapat di kuarangkan dan mungkin dihapuskan..

kita asyik mengutuk dan mengecam mereka yang membuang.. tetapi kita tidak tahu apa puncanya... salah mereka kerana membuang, tetapi puncanya kita perlu perhatikan..

bukan mengalakan kes ini berlaku lagi.. tetapi..
kita tahu kita tidak pernah mampu menghentikan sex bebas, walaupun dengan cara pendidikan sex, kempen dan sebagainya.. apabila kita tahu kita tidak mampu hentikan perkara itu, langkah yang harus kita lakukan adalah menghentikan pembuangan bayi luar nikah.. maka langkah yang saya rasakan mampu mengawal kes adalah yang saya sebutkan tadi...

namum tindakan kerajaan untuk mengenakan tindakan hukuman mati kerana membunuh mungkin boleh dijalankan bagi kes buang janin. kerana janin sudah tidak boleh diberi kepada rumah bayi untuk di jaga..

kerajaan seharusnya memikirkan langkah yang lebih kepada memahami masalah rakyat..

mungkin dengan kesedaran kita yang'sedar' akan masalah mereka(pembuang bayi) akan menjadikan mereka tahu bahawa ada jalan untuk menyelesaikan masalah mereka yang diperkenalkan oleh kerajaan sebagai langkah prihatin.. kita tidak sekadar menyanyi lagu "kami prihatin", sebaliknya kita perlukan tindakan ini demi kehidupan indah bayi yang tidak berdosa=)

saya mohamad najib bin mat aroff
berasal dari pasir gudang johor,
sedang menjalani latihan industri di astro sebagai seorang wartawan
semoga Allah merahmati rakyat malaysia..