Ahad, 16 Jun 2013

DATUK TEE SIEW KIONG - KESETIAAN KEPADA SULTAN MENJADI KEUTAMAAN

Tabik buat Datuk Tee Siew Kiong, Exco Negeri Johor yang kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan kepenggunaan Negeri.(Perlantikan menurut undang-undang tubuh Negeri Johor).Dalam kemelut yang di cipta sendiri oleh MCA, akhirnya Datuk Tee mengambil keputusan meletak semua 7 jawatan dalam MCA demi membuktikan bahawa beliau seorang warga negara yang benar-benar faham prinsip Rukun Negara.


Datuk Tee Siew Kiong sedar dan  tahu bahawa asas untuk jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan di perlukan adalah memahami dan menghayati ke lima-lima prinsip rukunegara.1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN 4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Kerana kesetiaan kepada raja dan negara, Datuk Tee tidak membelakangkan titah Sultan Johor, sebaliknya melepaskan semua jawatan yang di beri oleh partinya MCA. Beliau membuat pengumuman perletakkan semua 7 jawatan dalam parti semalam di Pertaling Jaya, sekali gus melonjakkan dirinya sebagai warga Johor dari bangsa Cina ( ikon cina Johor) yang taat kepada Sultan.

Datuk Tee lebih sanggup menghadapi tindakkan lembaga displin Parti daripada menjadi derhaka kepada Sultan. Berapa ramai lagi pemimpin-pemimpin MCA yang ada sekarang sanggup melakukan pengorbanan sepertimana di lakukan Datuk Tee?.

Tahniah juga kepada Datuk Tee kerana tidak mengecewakan pengundi-pengundinya di DUN Pulai Sebatang, Pontian. Sebagai warga Johor Datuk Tee telah menunjukkan kesetiaannya kepada titah Sultan melebihi segala kerenah yang di cipta oleh MCA.