Sabtu, 22 Februari 2014

MAMPUKAH KJ BUAT PROGRAM SEBEGINI


Kerjasama komuniti yang dipelopori Pemuda dari parti UMNO PAS dan PKR Bahagian Sabak Bernam telah menyerlahkan dimensi baru dalam agenda bersama dengan mengenepikan ideologi politik demi penyatuan bangsa. 

Rabu, 19 Februari 2014

YAB KHALED NORDIN BUAT SINGAPURA SESAK NAFAS DAN SAKIT PERUT


Tahniahlah YAB Menteri Besar Johor kesayangan aku, memang wajar kaji semula dan struktur semula harga air mentah yang di jual ke singapura tu.....
Like ·  ·  · 3 hours ago · 
SEJARAH PERJANJIAN BEKALAN AIR JOHOR-SINGAPURA

Singapura menandatangani tiga perjanjian dengan Johor  iaitu Perjanjian Hak Air pada 1927, Perjanjian Air pada 1961 dan Perjanjian Air pada 1962.

Disember 1927, Perjanjian Hak Air ditandatangani antara Sultan Ibrahim dan Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Singapura.

Menurut perjanjian itu, Johor memperuntukkan seluas 2,100 ekar tanah di Gunung Pulai sebagai kawasan tadahan dan bekalan air republik itu.

Singapura dikenakan bayaran RM0.30 sen seekar namun tidak dinyatakan harga air yang perlu dibayar.

Johor pula perlu membayar RM0.25 sen bagi 1,00 gelen air jika ingin mendapatkan bekalan air yang dirawat Singapura.

Menerusi Perjanjian Air 1961, Singapura dikenakan bayaran RM0.03 sen bagi 1,000 gelen air selain diberi hak eksklusif mendapatkan air dari Sungai Skudai dan Sungai Tebrau.

Singapura juga dibenarkan menggunakan tanah seluas 120 ekar selama 99 tahun.

Dalam Perjanjian Air 1962, negara itu dibenarkan menggunakan seluas 341 ekar selama 99 tahun dengan bayaran RM5 seekar.

Selepas 30 tahun perjanjian dimeterai, Singapura menyatakan hasrat untuk menyambung perjanjian air tetapi menolak penetapan kadar baru.

Negara itu hanya bersetuju membayar 45 sen sehingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 sehingga 2061 dan berterusan sehingga 100 tahun selepas itu.

Malaysia meletakkan syarat negara itu perlu membayar 60 sen dari 2001 hingga 2007 dan dinaikkan kepada RM3 sehingga 2011 dan selepas itu formula baru digunakan bagi kadar air.

Singapura menolak perjanjian tambahan pindaan harga itu.

Selasa, 18 Februari 2014

JOHOR - HUB PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Johor juga berhasrat untuk menjadi ‘the technical and vocational education hub’ bagi rantau ini selain menjadikan Iskandar Malaysia dan Pagoh sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi. Saya yakin, Johor berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada keperluan tenaga kerja teknikal dan vokasional di arena antarabangsa.

Dasar membangunkan keupayaan rakyat adalah strategi penting yang telah dilakarkan dalam Bajet 2014. Johor memerlukan rakyat yang mandiri untuk kelestarian pembangunannya. Tiada strategi lain yang ‘can last the test of time’ kecuali melalui pendidikan dan latihan yang baik. Melalui peluang pendidikan, potensi setiap insan boleh ditonjolkan. Ia bukan sahaja tuntutan biasa, ia juga adalah tuntutan agama dan moral, penyuluh jalan yang boleh menerangi kehidupan manusia. Dan pentadbiran saya amat mengutamakan pendidikan. Ini bukan bermakna semua orang harus ke menara gading. Tetapi setiap orang, mesti merasakan mereka punyai ruang dan laluan untuk menonjolkan bakat mereka. Samada ia dilaksanakan melalui pendidikan tinggi atau latihan kemahiran untuk pasaran kerja global, Johor berhasrat menjadi contoh kepada seluruh Malaysia dalam mendemokrasikan ilmu dan kemahiran. Johor tidak mungkin mampu beranjak kepada ekonomi berasaskan ilmu dan kreativiti serta bersifat saintifik tanpa rakyatnya yang mendambakan pengetahuan.

Sektor perkhidmatan, industri gas dan petroleum, bioteknologi, industri kreatif, pertanian termaju, pelancongan serta pelbagai lagi sektor ekonomi moden memerlukan ‘a globally competitive workforce’. Oleh itu, Johor berhasrat untuk menjadikan pendidikan tinggi dan latihan sebagai agenda besar perubahannya.

Jumaat, 14 Februari 2014

1 ANTARA 3 CALON MCA BAKAL MEMALUKAN ANUWAR DI PRK KAJANG


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon

Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Datuk Yoo Wei How.




Khamis, 13 Februari 2014

TAHNIAH MB JOHOR. - 20,000 PENJAWAT AWAM NEGERI DAPAT MANAFAAT.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus. Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan.

Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini, katanya ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar di sini.

"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.

Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," kata menteri besar itu.  

Selain itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.

"Ini akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan, akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif," katanya. - Bernama

Selasa, 11 Februari 2014

SELEPAS PRK KAJANG PAS JADI MB SELANGOR?

Melihat kepada jumlah kerusi DUN yang di menangi PAS dalam PRU 13 yang lepas, tentunya keghairahan PAS negeri Selangor untuk meletakkan orangnya di kerusi MB memuncak kembali dengan adanya kekosongan DUN Kajang.

Kesempatan ini tidak akan di biarkan begitu sahaja, Untuk mencapai impiannya PAS Negeri Selangor akan memilih siapa sahaja ahlinya yang cukup sesuai atau boleh menang untuk menyaingi Calon buruk moral dari PKR.

Jika ini berlaku sudah pasti pengundi-pengundi melayu PKR dan pengundi-pengundi melayu UMNO dan pengundi-pengundi Melayu atas pagar tidak akan teragak-agak untuk memangkan PAS dalam PRK Kajang. Kalau dalam PRU 13 PKR main bontot PAS. Kali ini dalam PRK Kajang giliran PAS pula mengeli-gelikan PKR.

Tak mustahil kan?.

KENAPA LAMBAT BERTINDAK?

“Saya tak faham kenapa masa yang lama diambil dan saya minta polis jelaskan kenapa tindakan tidak boleh diambil. Kalau tiada kes, tolong jelaskan. Jika tidak, sampai kiamat pun tiada tindakan diambil,” Khairy Jamaluddin.- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN).

“Ambil tindakan, jika tak boleh ambil tindakan beritahu kenapa. Jangan cakap Pemuda (UMNO dan BN) serta NGO tak buat apa-apa sedangkan kita sudah banyak buat laporan polis. Tindakan Teresa memang salah dan ia satu parodi yang tak menjadi,” katanya.

Sementara itu di Kajang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumpul semua laporan polis dan memulakan siasatan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang dikaitkan dengan Teresa.

“Sebanyak 300 laporan polis diterima berhubung perkara itu daripada badan bukan kerajaan (NGO), individu dan pertubuhan lain. Siasatan telah dimulakan dan SKMM juga beri kerjasama bukan sahaja untuk muat turun (video), malah beberapa maklumat lain telah kita peroleh,” katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera, semalam.


Sumber :http://www.bharian.com.my

Isnin, 10 Februari 2014

PERINGATAN BUAT PENGUNDI KAJANG

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.
Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allahmeninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Baginda memberi penerangan kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Nabi Luth menyeru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Mereka juga diseru menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.
Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agar mereka beriman dan percaya kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Luth_a.s.

Ahad, 9 Februari 2014

GST - HUJAH MEREKA, PENERANGAN KITA

Kasihan Presiden PAS kurang arif pasal GST, tapi tetap mahu membodohkan rakyat dengan dalil yang cukup dangkal.

Baca sini HUJAH HJ.HADI MENOLAK GST

Baca maklumat sebenar berkaitan GST.


ISU DAN PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)


Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.
Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.
Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.
Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.
GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.
Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.
Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.
Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.            

PAS DESPRADO - SEMUA BENDA DI MASUKKAN DALAM KAIN POLITIKNYA

PAS menggesa TUDM membatalkan tindakan pendakwaan terhadap Mejar Zaidi dan menyifatkan pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar, malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.

"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.



Apalah punya sengal Ketua Penerangan PAS si Mahpos Omar nie, semua benda nak dimasukkan dalam kain politiknya. Sojar Zaidi tu di hadapkan ke mahkamah sojar kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan peraturan - peraturan perkhidmatannya Sojar. Apa kena mengena dengan hak dan kebebasan demokrasi berperlembagaan.

Tiada pula mana-mana larangan atau sekatan kepada si sorjar Zaidi ini untuk mengambil bahagian memilih kerajaan , kerana Sojar ini tetap di beri peluang mengundi di mana sekatan hak dan kebebasan demokrasi berpelembagaan Zaidi di nafikan?.