Rabu, 18 Ogos 2010

PRESIDEN MCA JURUCAKAP SUQUI ?.

Tuntutan dan cadangan Soi lek hanya mengulangi tuntutan SUQUI 16hb.Ogos 1999.

Tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina (Suqui) dalam dokumen rayuan 17 perkara yang dikemukakan pada 16hb.Ogos 1999 itu antara lain mempersoalkan Perkara 153 sebagai tidak relevan pada masa ini dengan mengesyorkan supaya system kuota dalam beberapa bidang tertentu diperuntukan khusus kepada orang-orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan system pengagihan berasaskan kebolehan atau meritokrasi.

Justeru itu di sini aku sertakan fakta berkaitan untuk menolak tuntutan dan cadangan Soi Lek itu.

Sejarah tidak berbohong apabila mencatatkan bahawa sebelum penjajahan Inggeris, Semenanjung Tanah Melayu adalah milik orang Melayu di bawah kekuasaan raja-raja Melayu. Sejarah juga membuktikan bahawa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu bukan sahaja meminggirkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan politik, tetapi juga membawa masuk ke Tanah Melayu orang-orang Cina dari Negara Cina dan orang-orang India dari Negara India terutamanya untuk bekerja di lombong bijih dan ladang-ladang getah milik Inggeris di seluruh negara.

Sepanjang memerintah Tanah Melayu, pihak Inggeris amat menyedari bahawa Tanah Melayu ini adalah kepunyaan orang Melayu. Apabila hendak memerdekakan Tanah Melayu seperti yang didesak oleh orang-orang melayu melalui penolakan Malayan Union (selepas Perang Dunia Kedua:1941-1945) dan gerakan politik Melayu yang hebat, Inggeris tidak ada pilihan kecuali tanah bertuah ini dikembalikan semula kepada orang-orang Melayu, tetapi pihak Inggeris juga ingin berlaku adil kepada kaum Cina dan India. Kehidupan dan kepentingan mereka perlu dilindungi dan keselamatan mereka tidak seharusnya terjejas apabila hakmilik Tanah Melayu dikembalikan semula kepada orang-orang Melayu.

Dalan hubungan ini, kemerdekaan Tanah Melayu ternyata hasil daripada adanya kontrak sosial orang Melayu dan orang bukan Melayu. Sebahagian besar kontrak sosial ini ditulis dan dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaubun begitu, sebahagian lagi kontrak sosial ini wujud dalam bentuk tidak bertulis, sebaliknya ianya diadun prinsip-prinsip perlembagaan ini bertaburan dalam akta parlimen, piagam, adat dan amalan perlembagaan.

Tonggak kepada kandungan kontrak sosial antara orang Melayu dan orang bukan Melayu adalah masalah ketuanan Melayu, perpaduan dan kerakyatan. Sebagai penduduk asal Negara ini, orang Melayu mempertahankan kedudukan istimewanya yang tidak sewajarnya diganggu gugat dan ini memang diakui oleh kerajaan British sejak sekian lama. Sistem beraja, penggunaan bahasa Melayu dan penguatkuasaan agama Islam merupakan hak sebati dengan orang-orang Melayu sejak berabad lamanya.

Selain tu, orang Melayu juga amat keberatan malah tidak rela orang asing diberikan hak kerakyatan dengan begitu mudah. Satu permuafakatan dan persetujuan bersama untuk mewujudkan perpaduan yang kental telah dilakukan dengan kebijaksanaan pimpinan seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Tan Cheng Lok, V Sambanthan dan lain-lainnya tanpa sebarang perselisihan dan salah faham serta konflik berpanjangan. Sikap tolak ansur dan bekerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu serta kesanggupan mengungkap pendirian masing-masing secara jujur dan ikhlas inilah yang menjadi teras kepada pembentukan sebuah masyarakat bersatupadu sebagaimana diamalkan pada hari ini.Orang Melayu melalui UMNO dengan hati terbuka bersedia menerima orang-orang Cina dan India mendapat hak mereka menjadi warganegara yang sah disamping turut berkongsi kuasa dalam bidang politik.

Pada masa yang sama, orang-orang daripada keturunan Cina dan India melalui MCA dan MIC bersedia meniktiraf hak keturunan Melayu dari segi tampuk pemerintahan, hak istimewa orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan pendidikan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Berdasarkan kebijaksanaan kepimpinan dalam mewujudkan persefahaman, tolak ansur and kerjasama inilah, Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaannya tanpa titisan darah. Mereka secara jujur dan saling hormat menghormati telah sepakat berkorban mengenepikan kepentingan diri demi kepentingan negara. Sikap dan semangat ini mereka terjemahkan dalam kontrak sosial, yang sebahagian utamanya disuratkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan jelas disuratkan bahawa Islam adalam agama Persekutuan (Perkara 3), Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Utama Negara (Perkara 32), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152), dan rizab kuota mengenai perkhidmatan, biasiswa, permit dan sebagainya untuk orang Melayu dan bumiputera (Perkara 153). Oleh kerana pernyataan perlembagaan ini mempunyai kaitan dengan kontak sosial, hal tersebut tidak seharusnya ditentang atau dicabar, sebaliknya difahami, dihayati dan diterima sebagai sesuatu yang perlu dihormati demi keharmonian yang menyeluruh.

Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Reid memperakukan hal tersebut dalam S164 seperti berikut:
“When we came to determine what is the special position of the Malays, we found that as a result of the original treaties with the Malay states, reaffirmed form time to time, the special position of the Malays has always been recognized. This recognition was continued by the provision of cl 19(1) (D) if the Federal Agreement 1948 which made the High Commissioner responsible for safeguarding the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities. We found that there are now four matters with regards to which the special position of the Malays is recognized and safeguarded”

Berdasarkan kenyataan di atas, nyatalah bahawa hak keistimewaan orang-orang Melayu yang terus kekal dalam Perlembagaan Persekutuan hingga hari ini adalah hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak ini wujud dalam kontrak sosial bukan sebagai sorong-tarik persetujuan, tetapi merupakan pengiktirafan yang perlu dipelihara dan dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini bermakna kita belum lagi merdeka secara mutlaknya...

Tanpa Nama berkata...

Kita belum merdeka secara mutlak?

Hoi... sapa tu.. yang dok tulis macam tuuu.. orang cina , india, pkr ke atau ....chua soilek atau suqui.?

Liaht lah sejarah Austrlia, apa jadi dgn pribumi nya bila merdeka? lihat lah seajrah di amerikaa , apa jadi pada kaum indiaa nya , nila merdeka sepenuhnya.

Tak ada satu negar pun dal;am dunia ini merdeka sepenuhnya.. adan kita perlu akui perkara itu..

kalau lah merdeka sepenuhnya dan cina memerintah malaysia.. apa jaminan tidk jadi seperti Singapura? apa jaminan tidak jadi seperti beberapa china town diserata dunia..

bercakap biar berlapik.. rosak susu kerana nila, rosak badan kerana mulut , rosak negara.. tak akan lagi amam.. akan timbul salah faham dan ketidak percayaan alagi anatar satu sama lain..
fikirlaa..

mohd fahmi berkata...

orang inggeris memang hebat dalam menjajah... tanah melayu dijajah tanpa disedari berpunca dari kelemahan sendiri iaitu memberi peluang.. ada sesiapa bahawa inggeris penah menyatakan jika berlaku rusuhan selepas merdeka sebelum sampai beberapa tahun yg ditetapkan maka pihak inggeris akan mentabir kembali tanah melayu..pihak inggeris sendiri tahu dengan dasar pecah dan perintah,akan berlaku rusuhan diantara kaum.pada masa itu penduduk tanah melayu tidak akan menuntut kemerdekaan lagi serta lemah selama-lamanya...

berbalik dengan konteks isu mca ini.... kerajaan perlu bertegas agar mca patuh,dan mca mesti meyakinkan setiap kaum cina bahawa corak & dasar pemerintahan yang ada adalah terbaik untuk survival kaum mereka.. jika mereka gagal...maka tunggulah akibat yg akan ditanggung kepada generasi akan datang.

ps:kerajaan thailand pon kena main dengan inggeris,dengan memberi wilayah majoriti melayu islam kepada mereka..sebagai balasan thailand membantu jepun..