Rabu, 29 September 2010

PRK DUN GALAS - KU LI PENGARAH PILIHANRAYA

MPG mengucapkan tahniah kepada YM. Tengku Razaleigh bin Hamzah atas kepercayaan dan perlantikan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Pengumuman itu di buat oleh TPM TS Mahyuddin Yasin, manakala Datuk Mustaffar Mohamad pula di lantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya. MPG melahirkan rasa yakin dan percaya kedua-dua tokoh ini mampu melakukan sesuatu pada PRK kali ini.

Kemeseraan dan keakraban kedua-dua tokoh ini dengan penduduk tempatan adalah sesuatu yang menjadi kekuatan kepada jentera pilihanraya kali. Inilah peluang bagi Ku Li untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah ahli politik murahan yang menangguk di air yang keruh sepertimana pernah di gelar oleh sesetengah pihak.
 

Selasa, 28 September 2010

ANWAR GUNA TALIAN HAYAT TERAKHIR UNTUK PASTIKAN TEAM MENANG

Setelah berlaku beberapa insiden kekecohan dalam pemilihan PKR minggu ini dengan beberapa orang kuat Anwar-Azmin tersungkur, anwar terpaksa menggunakan talian hayat terakhirnya untuk menyelesai dan membunuh karektor yang menganggu cita-citanya.

Orang yang terpilih adalah Setiausaha Agong Parti iaitu Saifuddin Nasution pencacai yang gagal "membeli" ahli parlimen BN di Taiwan. Kali ini Saifuddin di beri arahan supaya menggunakan kedudukan dan kuasanya selaku setiausaha agong untuk berbuat sesuatu supaya cabang-cabang yang kecoh dan tidak memilih mengikut kehendak anwar akan mendapat susah.

Boleh jadi juga Saifuddin Nasution akan mengumumkan pemilihan semula bagi cabang-cabang ini, atau mencari helah atau sebab supaya ketua cabang yang menang menentang team anwar-azmin di kuala langat, klang, PJselatan, subang, jerai, merbok, kuala nerus , kapar, kota raja dan beberapa cabang lain di isytiharkan khianat kepada parti dan mereka semua di pecat dari parti.

Apa pun kesudahanya tunggulah pengumuman penting yang akan di buat.

Ahad, 26 September 2010

LIM KIT SIANG DI SURUH SEKOLAH LAGI

Kerana suka mengamalkan politik murahan dan politik Provokasi Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengambil tindakkan terhadap Pengetua di Kulaijaya Johor dan Bukit Selambau Kedah kerana di dakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Cabaran tersebut di jawab oleh TS Mahyuddin Yasin,

“Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran,” “Lim Kit Siang tolonglah, fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan.

2.“Saya cabar Kit Siang membuktikan ikut undang-undang mana atau peruntukan mana yang membolehkan Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai kementerian.

3. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif atau bertindak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan dan kuasa untuk menurut arahan atau telunjuk DAP

4.Berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan, kuasa tersebut terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana kedua-dua individu tersebut adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap (D48) terdapat prosedur tertentu yang perlu dijalankan seperti proses siasatan, menentukan kes, memberi surat tunjuk sebab, memberi ruang untuk menjawab sebelum menjatuhkan hukuman dan proses rayuan berhubung kesalahan disiplin oleh kakitangan awam.

5.“Kita mesti bertindak adil dan mengikut undang-undang, saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya,

Jumaat, 24 September 2010

BILA ANAK KETAM MENGAJAR BAPAK KETAM BERJALAN LURUS

Aku terpinga-pinga dengan kenyataan MP Lembah Pantai berkenaan isu pemilihan Agong PKR akan datang antara lainnya menyarankan agar semua calon menandatangani secara terbuka "DEKLARASI KEMPEN ADIL DAN BEBAS".

Apakah dalam Parti keADILan sudah tidak ada mekanisme keADILan lagi?.apakan perjuangan pemimpin PKR yang menawarkan diri sebagai bahan bakar di akhirat (akibat perbuatan fitnah memecah belahkan umat Islam) sudah jauh terpesong dari landas keADILan?. Tak cukup ke dengan "SUMPAH KERAMAT"?. Atau PKR akan mencontohi Abang Sulung PAS untuk bersumpah menceraikan Isteri demi mempertahankan kuasa?.

Nurul Izzah cukup-cukup lah berretorik, betulkanlah kepala Bapak kau tu dulu, kalau bapak kau tu ibu segala nepotisme dan kronisme, toksah lah sibuk-sibuk mencadangkan sebarang deklarasi segala macam. Sedarlah betapa ramai tokoh-tokoh besar dalam PKR yang telah meninggalkan Parti kerana sikap durjana bapak kau, bermula dari Dr. Chandra Muzaffar hingga lah kepada ahli PKR cabang semuanya lari meninggalkan parti kerana "CAKAP TAK SERUPA BIKIN".

Perjuangan reformasi kau tu harusnya di suburkan dalam PKR, transormasikan PKR agar benar - benar ADIL baru lah boleh tunjukkan pada dunia bahawa perjuangan berlandaskan ideologi refomis kau itu relevant. setakat mendabik dada sebagai puteri refomasi selama
12 tahun tak memberi makna kalau tidak ada hasil yang boleh di banggakan. Ingatlah antara isi perjuangan reformasi 12 tahun dulu adalah untuk membersihkan negara dari amalan rasuah, nepotisme dan kronisme. MALANGNYA penyakit itulah yang yang sekarang ini amat bersarang kuat dalam PKR terutama bila kepentingan peribadi mengatasi asas perjuangan.

Tidak salah wujud legasi dalam Parti, tapi tunaikan janji dulu, sebagai Parti berbilang kaum tunjukkan bahawa tidak wujud sebarang unsur perkauman di dalam PKR. Kalau Presiden orang Melayu, jawatan timbalan Presiden kasilah pada bukan Melayu, kesian kat cina yang dah keluar MCA semata-mata mengharapkan janji manis untuk jadi MB bila PR rampas kerajaan, Kesian kat India yang taat macam anjing kat dalam PKR yang menunggu di nobatkan sebagai sivaji.Orang UMNO yang masuk PKR kau tak payah pandanglah, dia orang bukan gila jawatan sangat sebab dalam UMNO dulu pun dia dah pegang jawatan tinggi dah, ada yang dah jadi menteri malah ada juga yang dah jadi bakal PM.


Berlaku ADIL lah bukan hanya pada kata-kata.........buat Nurul Izah, percayalah bahawa aku masih menyayangi mu walaupun kau tidak dapat berlaku ADIL pada ku......hhheeeeee.

Rabu, 22 September 2010

GUAN ENG BIAWAK MENGHUKUM PENGUNDINYA TANPA PELUANG BELA DIRI

Kerajaan Negeri Pulau Pinang  menaikkan tariff air 20 peratus lebih tinggi daripada kos penggunaan air domestik bermula 1 November 2010, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Menurutnya, terdapat tiga tujuan utama berbuat demikian, pertamanya adalah untuk MENGHUKUM GOLONGAN YANG MEMBAZIR AIR kerana terdapat 30 peratus pengguna air di negeri ini suka melakukan pembaziran air paip yang disediakan oleh kerajaan.
Selain itu, katanya tarif penjimatan juga bermatlamat memastikan rakyat Pulau Pinang tidak menyalahgunakan subsidi air domestik yang mereka nikmati sekarang.

Ia juga, ujarnya untuk mempromosikan budaya penjimatan air di negeri ini di samping membantu penjimatan PBA.
HADIAH ISTEMEWA KERAJAAN DAP KEPADA RAKYAT PULAU PINANG SETELAH LEBIH 2 TAHUN MEMERINTAH, INILAH YANG DI NAMAKAN KERAJAAN KEBAJIKAN.

LAA…..APA INGAT AIR YANG DI BAZIRKAN ITU TAK DI BAYAR KE, KENA BAYAR JUGA KAN, DAN DUIT TU MASUK KEMANA? PBA JUGA KAN?.
APA LAH BEBAL PUNYA KM, BAGI ALASAN MENGELAKKAN RAKYAT MENYALAHGUNAKAN SUBSIDI, KAU DAH NAIKKAN 20 % MAKNANYA TAK DE SUBSIDI  LAH LAGI, RAKYAT TAHU KAU MEMANG NAK HAPUSKAN SUBSIDI TAPI TAK NAK CAKAP TERANG-TERANG)


CAKAP AJELAH KAU MENDIDIK SEMUA RAKYAT PULAU PINANG SUPAYA GUNA KERTAS TISU UNTUK BERISTINJAK, TAK PAYAH  MANDI WAJIB LEPAS BERJIMAK, TAK PAYAH AMBIL WUDUK, JANGAN BASUH TANGAN GUNAKAN CHOP STICK. SEMUA ITUKAN AKAN MENGGUNAKAN AIR, INILAH PENGGUNAAN LEBIHAN YANG DI MAKSUDKAN. DAN SIAPA YANG BIASANYA GUNA AIR UNTUK TUJUAN ITU SEMUA KALAU BUKAN ORANG MELAYU ISLAM.......

JUAK –JUAK PAS, TAK KAN DIAM AJE KOT....TAK KAN BERSETUJU DENGAN TINDAKKAN KM MENGHUKUM TANPA PEMBELAAN? BUKAN SEMUA YANG GUNA AIR BERLEBIHAN ITU MEMBAZIR AIR.....KALAU NAK HUKUM SIASAT LAH DULUUUUU....HUKUMAN TANPA PELUANG BELA DIRI ITU KAN ZALIM NAMANYA

Selasa, 21 September 2010

PENIPUAN DALAM PEMILIHAN PKR DI DEDAH ORANG SENDIRI

Penipuan pemimpin PKR didedah

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

P. S. Jenapala mendakwa, penipuan itu terbukti apabila dua cabang iaitu Batu Gajah dan Bruas di Perak yang mencalonkannya untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi parti itu telah diarah menarik balik pencalonan kerana beliau dikatakan bukan calon pilihan pihak tertentu.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap Isnin sehingga pemilihan selesai pada November ini bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

“Mereka sebelum ini hanya pandai menuduh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan ketika pilihan raya.

“Pihak terbabit sudah pasti akan bertindak balas sama ada secara fizikal atau mental untuk menghalang saya, tetapi saya tidak akan berhenti daripada berjuang selagi mana yang boleh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Jenapala, dua lagi individu yang menawar diri untuk bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.

KOMEN
Apa cerita nie bang nuar, tak kan dah ada bahtera baru masih lagi ikut cara lama macam dalam UMNO dulu, UMNO hancur dulu kerana "pink form". Sekarang nampaknya dah gunakan taktik lebih buruk lagi hingga sanggup menafikan hak ahli seumur hidup demi untuk Azmin Ali.

Ahad, 19 September 2010

STRATEGI ANWAR MENYINGKIRKAN WAN AZIZAH


Sokongan terbuka Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali akan mengakibatkan PKR tidak akan mempunyai Presiden untuk sekurang-kurangnya pemilihan Agong berikutnya. Inilah taktik dan strategi Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan ISTERI SAHNYA Wan Azizah sebagai Presiden PKR.

Tersuratnya, rata-rata maklum bahawa pada pemilihan kali ini Jawatan Presiden PKR nampaknya tiada sesiapa yang berminat lebih-lebih lagi bila Anwar Ibrahim membuat announcement supaya tidak mencalonkan beliau untuk apa-apa jawatan dalam PKR., maknanya secara atas kertas Wan Azizah akan menang tanpa bertanding, taktik ini akan menyebabkan perwakilan wanita dan ahli wanita dalam PKR akan melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sanggup berkorban untuk memberi jawatan utama kepada wanita kononnya inilah perjuangan untuk keadilan dan kesamarataan bagi wanita dalam politik tanahair.

Tersiratnya, sokongan terbuka terhadap Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Wan Azizah, kerana semua maklum bahawa jika Azmin Ali memenangi kerusi Ttimbalan Presiden sudah tentu Presiden Parti Wan Azizah tidak dapat berkerjasama dengan baik, sudah tentunya mereka tidak senang untuk duduk semeja bertentang mata menyelesaikan permasalahan dalam parti kerana permasalahan peribadi dan keluarga sebelum ini akan menganggu proses perbincangan tersebut, jika hal ini berlaku berterusan dan menganggu urusan parti sudah tentunya Anwar Ibrahim akan mengunakan segala pujuk rayunya terhadap Wan Azizah meminta Wan Azizah melapaskan jawatan Presiden dan Azmin Ali akan memangku hingga pemilihan akan datang. Inilah yang di idamkan oleh Azmin Ali, berkuasa dalam semua hal, sudah di pilih jadi ADUN,jadi Ahli parlimen dan seterusnya ingin jadi Presiden Parti inilah cita-cita dan kerakusan kuasa Azmin Ali.

Anwar Ibrahim akan berbuat apa sahaja asalkan orang kesayangannya mencapai "kepauasan". Inilah ideologi MATLAMAT MENGHALALKAN CARA acuan Anwar Ibrahim. Korbankan apa sahaja asalkan cita-cita peribadi beliau tercapai.Beliau juga sedar jika beliau terperosok semula di Sungai Buluh Wan Azizah tidak akan mampu mengatasi permainan politik dari DAP dan PAS yang rata-rata sudah terlalu senior, PKR memerlukan lelaki dalam menghadapi tekanan dan saingan dari rakan kongsi tersebut, tiada pilihan lain selain Azmin Ali.

Anwar juga sedar perlembagaan PKR ada menyatakan sesiapa ahli PKR yang memegang sebarang jawatan dalam parti apabila pihak mahkamah mensabitkan sesuatu kesalahan maka dengan sendirinya jawatan itu akan terlucut, itu sebabnya Anwar Ibrahim tidak mahu menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam Parti. kerana di khuatiri jika beliau di pilih jadi Presiden, Jawatan itu akan terlucut kerana peraturan / perlembagaan parti tersebut. Anwar tidak akan rela melepaskan PKR kepada orang lain dan seboleh-bolehnya Wan Azizah dan Azmin Ali tidak perlu bertanding sesama meraka kerana kedua-dua mereka ini asset dan tools yang sangat penting untuk Anwar. Ingatlah bahawa kewujudan PKR adalah untuk agenda Peribadi Anwar Ibrahim.

Sabtu, 18 September 2010

PKR CABANG ARAU BERANI DERHAKA KEPADA ANWAR

Beberapa hari lepas Anwar memberi amanat agar beliau tidak di calonkan pada apa-apa jawatan dalam pemilihan Agong PKR kali ini, namun arahan tersebut nampak nya tidak di hirau kan oleh Persidangan cabang Arau dengan mencalonkan beliau secara sebulat suara untuk jawatan Presiden untuk bersaing dengan penyandang sekarang yang merupakan isteri sah belaiu yang juga merangkap "BONEKA" bernyawa beliau.

Persoalannya,
1. Mampukan Anwar menolak suara demokrasi dari dalam Partinya sendiri yang kononnya berjuang untuk keadilan dan kebebasan.
2. Cukup kah jumlah pencalonan untuk belaiu bertanding sebagai Presiden?.
3. Adakah kali ini "laluan mudah" sekali lagi akan di kangkangkan oleh si isteri yang bernama Wan Azizah?.
4. Apa pula kata Azmin Ali terhadap pencalonan ini.?
5. Adakah cabang Arau akan di ambil tindakkan oleh pengurusan Parti?.

Sama-samalah kita lihat sandiwara PKR kali ini. Yang pasti Anwar harus bertaubat....dan menghormati kehendak ahli akar umbi, amaran untuk tidak mencalonkan beliau nampaknya dah ada yang mula menderhaka.

LAGI KATA KHAIRY JAMALUDDIN "BUDAK CERDIK TAPI TAK BIJAK"


Selepas Ibrahim Ali, Anifah Aman dan lepas tu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula dan selepas ini siapa pula yang akan mengulangi kata-kata bahawa “ Khairy Jamaluddin nie budak cerdik tapi tak bijak” kita tunggu dan lihat aje lah.




Semuanya gara –gara cadangan pra matang beliau yang meminta kerajaan memanggil Duta Besar Malaysia di Jakarta. Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan.pulang ke tanahair.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Peribumi Kebangsaan (PERKASA), Muhammad Zahid Md. Arif berkata, cadangan itu merupakan tindakan terdesak oleh Ahli Parlimen Rembau itu untuk mendapatkan publisiti murahan.. Sebagai Ahli Parlimen yang juga merupakan graduan dari Universiti Oxford, Khairy harus faham sekiranya Duta kita di Jakarta dipanggil pulang, bermaksud Malaysia bersedia untuk memutuskan hubungan diplomatik yang lama terjalin dengan republik itu,"katanya.




Aku pula akan berkata bahawa KJ NIE BUKAN SAHAJA TAK BIJAK MALAH TAK CERDIK DAN BANGANG PULA.



Dengan PERKASA mahu di jadikan seteru tetapi dengan BENDERA dijadikan Karib. Mamanggil pulang Duta Besar Malaysia bererti kita tunduk dan takut kepada ancaman BENDERA dan sekaligus memperlihatkan kita menyokong tindakkan BENDERA itu. Kalau KJ nie bijak dia sudah pasti merancangkan sesuatu yang menyamai dengan apa yang BENDERA lakukan, paling tidak kalau tidak bakar bendera Indonesia pun buatlah macamana bekas komando serahkan bendera terbalik kepada konsulat Indonesia di Penang tempohari.

Khamis, 16 September 2010

SEMANGAT 16.SEPTEMBER - BAWA SEMULA SINGAPURA KE DALAM MALAYSIA


Dalam merayakan 16hb.September sebagai hari penubuhan Malaysia, ada satu perkara yang kita kena fikirkan dan laksanakan tugasan iaitu mengembalikan semula SINGAPURA kedalam Malaysia barulah sambutan 16hb.September itu memberi makna dan benar-benar penubuhan Malaysia. Kita tidak boleh membohongi sejarah bahawa penubuhan Malaysia pada 16 hb.September 1963 itu adalah "Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura".

16hb.SEPTEMBER - HARI PENUBUHAN MALAYSIA

assalamualaikum.

Sempena hari penubuhan Malaysia ini aka bawakan kau orang satu video klip percuma untuk kau orang semua hayati terutama kepada mereka yang anti-PERKASA dan juak-juak al-juburi wal yahudi berbangsa Melayu.


Kepada perwakilan ranting dan cabang PKR yang berbangsa melayu, aku cabar kau orang untuk mencalonkan bukan melayu sebagai Presiden atau Timbalan Presiden Parti dalam pemilihan agong PKR 18 Oktober nie. Kalau kau orang benar-benar berjuang atas perinsip keadilan dan kesamarataan.Jangan cakap tak serupa bikin.

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARIRAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum.
melayupasirgudang.blogspot.com mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARIRAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. terima kasih atas sokongan anda semua.

BERANI KE SKMM GUGAT OPERASI MALAYSIAN INSIDER

DEMI KEHARMONIAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA PIHAK BERWAJIB MESTI MENJALANKAN TUGAS MEMBENDUNG DAN MENGHAPUSKAN SEBARANG UNSUR ATAU ANASIR YANG MENGANCAM KESTABILAN NAGARA. APA PERLU ADA AKTA PERCETAKKAN, AKTA KMM, AKTA HASUTAN,AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PELBAGAI AKTA- AKTA LAIN YANG DI LULUSKAN DI PARLIMEN TETAPI GAGAL BERTINDAK SEBAGAI ALAT UNTUK KESTABILAN DAN KEAMANAN NEGARA.


Baca petikan di bawah.
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta.Pada masa sama SKMM serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat dan seterusnya mendedahkan pihak yang menjadi pembiaya portal berita itu.


Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang The Malaysian Insider daripada terus mempengaruhi rakyat dengan berita-berita yang tidak berasas.
“Apatah lagi timbul dakwaan mengenai hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pasti boleh memberi kesan buruk kepada negara.
“Jahabar juga didakwa mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Kalimullah Hassan, Lim Guan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV di Indonesia, Surya Paloh dan penulis The Straits Times di Singapura, Riongkali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau mengulas tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang membuat laporan polis berhubung dakwaan hubungan istimewa portal berita propembangkang tersebut dengan tiga pemimpin Bendera di Indonesia.
Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya percaya dua bukti itu mampu membantu polis dalam penyiasatan kes tersebut. Seperti mana kenyataan JMM semalam, Anuar juga mahu Jahabar memperjelaskan hubungannya dengan kesemua individu terbabit.Dalam perkembangan sama Anuar berkata, pihaknya percaya melalui hubungan itu Jahabar telah menjadikan The Malaysian Insider sebagai portal berita yang memperjuangkan kepentingan individu tertentu termasuk Anwar dan bukannya rakyat secara keseluruhan.


“Kita semua tahu Anwar sekarang amat terdesak dalam usahanya mengalihkan perhatian orang ramai bagi melengah-lengahkan kes liwatnya. Orang seperti Anwar ini sanggup melakukan apa sahaja,“ katanya.
Selain itu beliau tidak menolak kemungkinan The Malaysian Insider terpengaruh dengan kecenderungan Metro TV yang kini begitu hebat membakar sentimen anti-Malaysia di kalangan rakyat negara itu.
Akibat permainan Metro TV itu, beliau berkata, gerakan anti-Malaysia masih berlaku di republik berkenaan walaupun pada asasnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia selama ini cukup terpelihara.
“Inilah yang berlaku sekarang. Atas sebab itu saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana kita tidak mahu The Malaysian Insider terus menerus mempengaruhi rakyat dengan menyiarkan berita yang langsung tidak berasaskan fakta.


“Kita khuatir kewujudan portal berita seperti The Malaysian Insider hanya akan memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara,“ katanya. Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyatakan bahawa Kalimullah merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan The Malaysian Insider.“Penafian yang dibuatnya sebelum ini tidak cukup kukuh untuk tidak mengaitkannya dengan kewujudan The Malaysian Insider kerana banyak persoalan yang ditimbulkan tidak terjawab,“ katanya.








Rabu, 8 September 2010

DAP PENANG LEBIH MENGIKTIRAF 16 SEPT. BERBANDING 31 OGOS?.

Kepada pembaca dan pelayar blog melayupasirgudang, aku minta kau orang baca betul-betul petikan bi bawah yang di ambil dari blog Ketua Menteri Pulau Pinang.

“The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations. Dato Siti Nurhaliza will perform at the Stadium Bandaraya Pulau Pinang on the night of 25th September 2010. This concert entitled “Menyambut Hari Malaysia Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” will be funded by the Penang state government and private sponsors”. - LGE BLOG

Sekali imbas memang tiada cacat celanya kenyataan yang di buat. Panggil penyanyi buat persembahan bersempena sesuatu tarikh penting adalah perkara biasa dan selalu di buat oleh UMNO/BN.(hingga di tuduh oleh PAS sebagai agen maksiat). Okeylah maksiat pun maksiat lah aku tak nak ulas soal persembahan nie. Apa yang aku lebih tertarik untuk di kongsi bersama adalah perkara ” TERSIRAT DI SEBALIK TERSURAT” yang orang Melayu semua terlupa dan terlepas pandang kerana dapat menyaksikan pertunjukan / persembahan percuma.

Yang tersirat di sebalik tersurat ialah DAP lebih mengiktiraf  PEMBENTUKAN MALAYSIA daripada KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.

Apa beza antara 2 tarikh tersebut?.

Semua orang maklum bahawa 31 Ogos adalah tarikh pengisytiharan kemerdekaan TANAH MELAYU daripada penjajahan. Manakala 16Sept.adalah hari pembentukan MALAYSIA. Bilamana dengan pembentukan Malaysia ini nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dengan sendirinya dilupakan, dan secara moralnya orang -orang Melayu sudah tiada tanah lagi, yang ada hanya negara MALAYSIA. Itu sebab al juburi wal yahudi kata, ”negara ini cina yang punya, negara ini india yang punya , negara ini bukan melayu yang punya”.


Program yang hendak di buat adalah program berhibur dan bergembira dengan kehilangan TANAH MELAYU !!!!!!!!!.

Mana program memperingati hari kemerdekaan?. Mana perutusan Hari Kemerdekaan? Ya mungkin ada pembaca yang mengatakan hari Kemerdekaan jatuh pada bulan puasa tak boleh sambut besar-besaran kerana menghormati bulan puasa dan sebagainya, ye aku setuju, malah aku juga tak setuju sambutan hari kemerdekaan di buat berlebih-lebihan termasuklah program count down, konsert ambang merdeka, bakar duit dengan mercun dan bunga api, cukuplah sekadar program ritual seperti doa, tahlil dan doa selamat malamnya dan paginya hanya perarakan.

Tapi kalau KM Penang nak buat pun aku rasa tak semestinya pada tarikh 31 Ogos tu, mungkin kalau betul-betul nak buat boleh buat tarikh lain iaitu 25hb.Sept, seperti tarikh yang di nyatakan dan programnya jadi  ”in conjunction with Merdeka Day celebrations.” ATAU  IN CONJUNCTION WITH MERDEKA AND MALAYSIA DAY CELEBRATIONS.”

Mereka yang Arif dan di beri kuasa untuk mempastikan keamanan dan kesejahteraan negara, silalah lihat perkara ini dengan serius. Hari ini segalanya mungkin tak nampak tetapi akan datang ianya akan menjadi virus yang memusnahkan sebuah Negara Bangsa.Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur. Siapa makan Nasi, Siapa makan bubur?

Orang-orang Melayu khasnya rakyat Pulau Pinang Fikir-fikirkan lah......jangan anda juga mempunyai saham menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

Selasa, 7 September 2010

KEADILAN BUAT PRM - HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG


Parti Keadilan + Parti Rakyat Malaysia = PKR
 
Syed Hussin apa dah jadi?. Nama hang tak di sebut pun untuk Timbalan ke, Presiden ke, Penasihat ke untuk pemilihan Oktober nie.
PRM dah tak de nafsu lagi ke?.
Betul ke PRM telah dibubarkan?.
Apa peranan PRM dalam PKR?
Tempat PRM di punggung PKR sahaja nampaknya.
Hang pa semua jadi alat saja nampaknya dalam PKR, buka lah mata luas-luas hangpa semua tak di hargai langsung dalam PKR. Hangpa semua jadi melukut tepi gantang aje. Itulah cara politik PKR dibawah nasihat al juburi nie. Sendiri mau ingatlah....esok lusa kalau dapat perintah negara habis semua di bolotnya bersama-sama kroninya sahaja hangpa juga dok melopong.....nasib-nasib PRM orang bersorak hangpa bersorak, orang ketawa hangpa ketawa...hangpa tak sedaq depa bersorak dan ketawa tang hangpa yang bodo dan dungu....
heeee... erti keADILan....

Isnin, 6 September 2010

AL-FATIHAH, SETAUSAHA POLITIK MB JOHOR MENINGGAL DUNIA

JOHOR BAHRU 6 Sept — Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Dr. Gunawan Mahmood meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri di pejabatnya di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar kira-kira jam 3 petang hari ini. Dr. Gunawan, 51, yang menghidap diabetis, mengadu tidak sihat di sebelah pagi dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Beliau kemudiannya balik ke pejabatnya untuk berehat namun kemudiannya ditemui dalam keadaan terkulai dan sudah tidak bernyawa oleh beberapa kakitangan pejabat Menteri Besar. Anak saudara allahyarham, Wahyu Budiman Rendra berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian bapa saudaranya itu oleh isteri allahyarham.

Jenazah allahyarham dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya, katanya kepada Bernama. Katanya jenazah allahyarham akan dibawa ke rumah bapanya di Felda Ulu Tebrau dan dijangka dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Felda Ulu Tebrau.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norhayati Maarof dan tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun.

Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Johor pada tahun 2008, Dr. Gunawan ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Penerangan (JASA) Johor. Allahyarham juga Penasihat Persatuan Penulis Negeri Johor. — Bernama

GEMPAR !!!!!! PENDEDAHAN KETUA POLIS NEGARA 6 HARI SEBELUM BERUNDUR

Hari ini Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa beliau berasa kecewa kerana ada pihak ketiga (yang di percayai kakitangan dan pegawai dari KDN) menganggu tugas beliau sebagai ketua Polis Negara dengan mengarahkan pegawai bawahannya mengikut arahan pegawai dan kakitangan KDN tanpa memaklumkan kepada beliau.

Datuk Hisham apa dah jadi nie?.

Ahad, 5 September 2010

TAZKIRAH KHAS BUAT NIK AZIZ DAN PENGIKUT SESAT PAS

Ini bukan nasihat atau tazkirah dari aku yang jahil. tapi nasihat dari ulama muda untuk Nik Aziz, Mudalilul Am Pas dan juak-juaknya yang taksub dan terima bulat-bulat wahyu dari pemimpin khawarij nie.

Silakan al ustaz AHMAD TAJUDDIN IDRIS AL-MANHAJI
Ketua Biro, Sekretariat
Ulama Muda UMNO (iLMU) 

"APA yang ingin saya nyatakan di sini ialah isu berhubung orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.
Baru-baru ini seorang mufti dalam negara telah menjawab isu ini, beliau tidak bersetuju bagi orang bukan Islam memasuki masjid atau surau dengan memberi 'tazkirah' atau peringatan di dalam masijd atau surau.
Tetapi berbeza pula apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, beliau mengatakan boleh orang bukan Islam memberi tazkirah di dalam masjid dan orang Islam yang menjadi pendengarnya.

Dia mengatakan orang lain jahil dan tidak mengetahui. Beliau menyifatkan lagi bahawa bahawa inilah cara yang paling baik untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Cuma yang perlu diluruskan ialah sekiranya bukan Islam itu masuk ke masjid untuk mendengar para guru agama mengajarkan ajaran Islam disebabkan dia ingin mengetahui tentang Islam tidaklah menjadi kesalahan. Tapi yang terjadi sebaliknya, mereka yang memberi tazkirah (peringatan) manakala kita orang Islam yang mendengarnya.

Kita yang perlu berdakwah kepada mereka bukannya mereka yang mengingatkan kita. Ini bercanggah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam".
Bila seseorang menjadi muslim maka kedudukannya lebih tinggi dan mulia dari penganut agama lain.
Perlembagaan juga menjelaskan hakikat ini dengan mengatakan Islam agama persekutuan yang memberi maksud orang Islam yang berhak berdakwah kepada orang lain.Barangkali yang benarnya beliaulah yang tersasar dalam meluruskan hal ini dan tersalah dalam menegakkan hujah disebabkan kekurangan pengetahuan dalam hal ini.

Apa yang hendak disoalkan kepada beliau di sini, pernahkan Nik Aziz dalam menegakkan hujah agamanya merujuk dahulu kepada fatwa-fatwa ulama-ulama muktabar yang disegani dalam dunia Islam? Apakah beliau telah meletakkan diri beliau sebaris dengan kibar ulama dunia? Dan, apakah apabila kita mengetahui sedikit hal agama maka dengan sebebasnya boleh mengeluarkan sesuatu fatwa?

Oleh itu nasihat saya untuk beliau supaya jangan tergopoh-gapah dalam mengeluarkan sesuatu hukum, hendaklah juga merujuk kepada fatwa-fatwa kibar ulama dalam hal ini dan janganlah sentiasa memberi pandangan yang boleh menyebabkan masyarakat Islam keliru."

Terima kasih ustaz atas tazkirah itu tadi, mudah-mudahan Allah s.w.t membuka pintu hati Nik Aziz dan juak-juaknya ini agar dapat memahami Islam dengan sempurna.

Sabtu, 4 September 2010

AKU SETUJU "BENDERA" PANGGIL BALIK WARGA INDON DI MALAYSIA.


Buat pertama kalinya aku amat –amat BERSETUJU dan amat BERBANGGA kerana ada NGO dari seberang yang mengelarkan dirinya kumpulan BENDERA memanggil pulang rakyat Indonesia yang berada di Malaysia. Kenapa aku bersetuju.

Pertama - Kerana selama ini Kerajaan Malaysia gagal meminta rakyat Indonesia yang masuk secara haram pulang walaupun berbagai-bagai usaha telah di buat.
Kedua – Kerana Kerajaan Malaysia selama ini telah membelanjakan jutaan ringgit Malaysia untuk menampung makan minum pendatang haram ini di pusat-puat tahanan sebelum di hantar pulang.
Ketiga- Kerana Kerajaan Malaysia selama ini telah membelanjakan jutaan ringgit menyediakan kapal-kapal untuk menghantar pulang pendatang dari seberang ini.
Keempat – Peratusan jumlah banduan yang di tahan di penjara-penjara di Malaysia dari kalangan  warga Indonesia ini saban hari makin bertambah.
Kelima – Sudah semakin ramai anak dara Malaysia di larikan ke Lombok.
Keenam – Sudah semakin ramai bini orang di selingkuh oleh mat-mat kijang nie.
Ketujuh – BENDERA sudah sanggup menyediakan pekerjaan dan membayar gaji mereka RM 10.00 untuk berdemo seharian .
kelapan dan seterusnya kau orang pembaca tambah lah sendirik.

Aku bersetuju desakan BENDERA ini kerana yakin hanya mereka yang datang ke Malaysia dengan cara haram @tidak sah dan mereka yang datang untuk melakukan kekacauan, jenayah dan  berdemonstasi menyertai kumpulan Al juburi sahaja yang akan menurut arahan BENDERA itu.

Rakyat Indonesia yang masuk  Malaysia melalui jalan yang sah dan benar-benar datang untuk mencari rezeki tidak mungkin akan mengikut arahan BENDERA ini kerana nawaitu mereka untuk mencari rezeki dan tahu menilai pendapatan RM 10.00 untuk satu hari suntuk atau RM 10.00 untuk bekerja selam sejam.

Akhir sekali aku nak kasitahu "hanya beruk sahaja yang faham bahasa beruk" MAKNANYA jika ada mana-mana rakyat Indonesia yang bekerja dan mencari rezeki secara sah dan halal di negara ini termakan dengan provokasi BENDERA ini maka mereka adalah wajar tergolong juga dalam kumpulan beruk yang di maksudkan.

Khamis, 2 September 2010

KJ TELAH MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR - TERUS BERTEMPIK "MELAYU PERLU TEGAS"

Empat - Lima kali aku baca artikel yang ditulis oleh Oleh AZRAN FITRI RAHIM dalam Utusan Malaysia hari ini, bukan tidak faham bahasa penulisan tetapi sedikit terkejut beruk, terperanjat monyet dan tidak percaya tupai bila baca tajuk ” MELAYU PERLU TEGAS – KHAIRY.

Aku yakin dan percaya cifu aku House PK pasti dah terbaca artikel tersebut. Kalau yang bercakap itu Datuk Ibrahim Ali aku tak heran lah sangat sebab dia nie memang istiqamah dalam perjuangan. Tapi yang di tuliskan oleh pengarang ini adalah kata-kata dari mulut Ketua Pemuda UMNO Malaysia tuuuu…..tu yang membuatkan aku baca sampai Empat Lima kali.

Kenapa tetiba aje Khairy Jamaluddin @KJ @ si Kitol nie cakap macam tu yek... mirip macam perutusan hari kemerdekaan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menulis soal mempertahankan perkara 153,152 dan 181 Perlembagaan Persekutuan sedangkan semua orang tahu bahawa beliaulah dalang di sebalik penentangan terhadap perkara tersebut.

Dan skrip itu di ulangi oleh KJ pula dengan bercakap soal ketegasan Melayu sedangkan semua orang tahu apa yang dia ulas berkaitan isu cikgu Hjh.Siti Insiah, semua orang tahu dan baca ulasan KJ membela We Ka Siong dalam Isu Biasiswa MARA, semua orang tahu dan lihat apa yang KJ buat bila jalur Gemilang di pijak,di bakar, di sapu tahi oleh rakyat Indonesia dan semua orang tahu dialah yang bertanggungjawab menyerahkan pasport antarabangsa kepada mentornya bila sahaja mentornya itu di bebaskan dari Sungai Buluh. Dan hari ini dia bercakap ”Melayu Perlu Tegas”.

KJ kalau betul lah seperti apa yang kau katakan bahawa Melayu itu perlu tegas, aku mintak kau tegas dalam janji kau iaitu melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia seberapa segara, kerana memang sudah ramai pemuda UMNO menyertai PERKASA, Baca janji KJ dalam http://parpukari.blogspot.com/2010/09/gempar-si-kitol-keluar-umno-sebab-ada.html

Wahai KJ janganlah menambahkan lagi kebencian Umat Melayu terhadap Pemuda UMNO dek kerana cita-cita kau yang nak jadi menteri dalam kabinet PM Najib. Istiqamah lah dalam perjuangan menjaga dan memelihara hak –hak bangsa di dalam Perlembagaan Persekutuan janganlah bersifat seperti lalang yang di tiup angin, jadilah pancang di tengah arus agar anak muda dapat mengikat tali perahunya.

Rabu, 1 September 2010

PERUTUSAN KE LIANG LAHAT OLEH KETUA PEMBANGKANG

Perutusan Hari Kemerdekaan oleh Ketua Pembangkang yang di siarkan di dalam laman blognya jelas memperlihatkan sifat sebenar manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini. Tulisan yang penuh dengan perasaan buruk sangka dan dendam. Pun begitu saya tertarik pada perenggan keempat dalam perutusan itu yang seolah-olah memperlihatkan beliau amat perihatin dan bertanggungjawab kepada perkara 153 , 152 dan 181 Perlembagaan Persekutuan, Tapi apa yang di tuliskan langsung tidak sama dengan apa yang telah beliau lakukan pada negara pada hari ini.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketua pembangkang itu tidak ikhlas semasa menyampaikan perutusan Merdeka kerana tidak menyatakan bahawa beliau sendiri akan mempertahankan peruntukan tersebut.
"Saya cabar Anwar buat kenyataan terbuka secara tegas bahawa beliau sendiri akan mempertahankan hak dan kepentingan Melayu serta Islam terutamanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dengan jiwa dan raganya daripada terus dipersoal oleh DAP.
"Janganlah berselindung di sebalik kata-kata kononnya pembangkang menyedari keperluan mempertahankan Perkara 152 dan Perkara 153 sedangkan, beliau sendiri tidak pula menyatakan akan mempertahankan hak orang Melayu,"

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail menuntut Anwar membuktikan perutusannya mengenai kepentingan mempertahankan Perkara 152 dan 153 itu melalui tindakan dan bukan hanya retorik semata-mata.
Tegasnya, bukti melalui tindakan itu penting kerana Anwar terkenal dengan sikap 'sesumpah' yang tidak tetap pendirian, kerana apabila berada dengan komuniti Cina dan India, janji yang ditawarkan adalah berlainan dengan perjuangan untuk mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Pensyarah Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain menempelak keikhlasan Anwar untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam kerana jelasnya, tindak-tanduk ketua pembangkang itu sebelum ini tidak mencerminkan apa yang diperkatakannya.
Katanya, Anwar sebelum ini tidak berani menyatakan pendirian dan ketegasan berhubung isu rampasan arak dan cubaan DAP untuk memansuhkan diskaun untuk bumiputera dalam isu pemilikan hartanah dan rumah kos mewah di Selangor walaupun perbuatan itu mengguris hati orang Melayu.

Sumber : Utusan Malaysia