Rabu, 31 Mac 2010

LAPORAN POLIS TERHADAP PENGERUSI DAP NEGERI PERAK

Satu lagi tindakkan biadap, kurang ajar dan melampau oleh ADUN Setiawan, yang juga Pengerusi DAP Negeri Perak terhadap institusi kerajaan yang berdaulat. Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Semalam 30hb.Mac 2010 Adun Setiawan – Ngeh Koo Ham telah melemparkan tuduhan berbaur hasutan dengan mengatakan “saya takut jika ada perbahasan mana-mana polis tidak suka kita,mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita” kenyataan beliau ini telah di siarkan di dalam berita TV 3 jam 8.00 malam dan 12.00tengahmalam 30hb.Mac 2010 dan malah dalam akhbar Utusan Malaysia pada muka surat 14 bertarikh 31hb.Mac.2010 juga ada menyiarkan kenyataan biadap Ngeh Koo Meng ini. Anggota Pasukan Keselamatan khususnya Polis tidak seharusnya di fitnah atau di hasut kononnya akan membuat apa sahaja hatta membunuh orang kerana semata-mata tidak bersetuju dengan seseorang itu, tuduhan ini amat merbahaya yang mana boleh menyebabkan seluruh rakyat yang terpedaya akan menggangap anggota keselamatan terutama Polis adalah jahat dan bertindak mengikut sesuka hati.Anggota Polis juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan menjalankan tugasnya mengikut arahan dan keperluan demi keselamatan orang ramai. Hasutan ini mungkin akan melamahkan moral anggota pasukan yang akhirnya tidak akan mengambil sebarang tindakkan terhadap mana-mana kesalahan atau sebarang jenayah kerana pandangan serong orang ramai terhadap anggota Polis . Jika ini berlaku apa akan jadi kepada keamanan Negara ? Pergerakkan Pemuda UMNO Pasir Gudang di bawah kepimpinan Sdr.Rohazam Shah Bin Ahmad, amat marah dan berasa kesal dengan kenyataan yang di buat oleh ADUN Setiawan yang juga Pengerusi DAP Negeri Perak. Meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajar denganya termasuklah mengenakan tindakan di bawah akta hasutan atau ISA jika perlu

Selasa, 30 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU

PERDANA MENTERI Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi. PM mengharapkan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 dalam masa 10 tahun akan datang (2020).Selaras dengan gagasan 1Malaysia. PM mengumumkan bahawa model baru ini adalah untuk semua kaum, di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat.Namun,ia mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama dengan DEB iaitu “membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “menyusun semula masyarakat agar kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan kaum.” Antara perkara yang menjadi agenda PM dalam merealisasikan MEB ialah, *Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut; * Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan; * Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang; * Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan; * Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta; dan * Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat. PM juga mengutarakan saranan supaya kerajaan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).PM melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia." Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang. Bahan Berita : Bernama & TV 3.

MEMPERKASA INTEGRITI MAHASISWA

Assalamualaikum. Artikel yang di muatkan di dalam blog ini, di ambil dari www.khalidnordin.com saya tertarik membacanya dan berharap dapat berkongsi dengan tuan-tuan.Kepada Datuk Seri Khalid terima kasih atas keizinan kepada saya untuk di muatkan di dalam blog ini. Laporan Exit Survey: Generic Student Atributes (GSA) menunjukkan pencapaian mahasiswa negara ini dalam elemen moral dan etika profesional berada di tahap paling rendah iaitu 73.3 peratus bagi wanita dan 57.7 peratus bagi lelaki. Statistik laporan itu menunjukkan mahasiswa negara ini kurang kesedaran terhadap kepentingan nilai-nilai integriti atau mungkin juga, mahasiswa tidak memahami apakah maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik perkataan itu sehingga mereka mengabaikan elemen tersebut. Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan integriti bermaksud kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Dalam kamus-kamus bahasa Inggeris pula, perkataan itu merujuk kepada kualiti untuk menjadi seorang yang jujur. Ini bermaksud sebarang usaha meningkatkan nilai integriti akan menjurus kepada melahirkan insan yang jujur, beretika, memiliki nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh. Tanpa kesemua nilai itu, pastinya generasi akan datang yang merupakan barisan pemimpin pelapis masa kini dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik, budaya dan lain-lain akan porak peranda. Masyarakat yang rendah tahap integriti akan menghasilkan suasana pelaburan yang tidak baik untuk negara sekali gus meletakkan negara di ambang kegagalan dalam merealisasikan Wawasan 2020 ke arah sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi. Mengakui kelemahan mahasiswa dalam elemen integriti, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Kasim Mansur berkata, kajian yang mendapati tahap integriti di kalangan mahasiswa terutama lelaki adalah rendah perlu diberi perhatian serius dalam menyelesaikannya. Menurutnya, sama ada gender itu ada perbezaan, apa yang penting sekarang adalah meningkatkan tahap integriti mahasiswa. “Kalau mahu negara maju, mampu bersaing dengan negara lain dalam arus globalisasi, maka modal insan ke arah memperkukuhkan integriti mahasiswa perlu wujud. “Tanpanya, akan muncul banyak permasalahan terutama dalam membangunkan masyarakat yang bermoral tinggi dan mampu menarik pelabur asing ke Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi. Katanya, pelabur asing pasti akan teragak-agak untuk datang ke negara ini jika rakyatnya tidak memiliki tahap integriti yang tinggi. “Tentu pelabur takut nak datang buat bisnes di sini (Malaysia). Siapa yang nak berurusan dengan orang yang rendah integritinya terutama dalam aspek moral dan kejujuran. Dalam bisnes, itu adalah antara faktor penting?” soalnya. Sehubungan itu, beliau menyokong cadangan yang dilahirkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya setiap universiti mewujudkan Rakan Integriti Mahasiswa atau RIM. Cadangan itu dikemukakan oleh Mohamed Khaled pada majlis penutup Debat Perdana Integriti 2010 yang berlangsung di UMS, Kota Kinabalu, Sabah kelmarin. Sementara itu, TNC HEP Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, apa yang dicadangkan oleh Mohamed Khaled itu tepat dan kena pada waktu sekarang. Ini memandangkan mahasiswa hari ini lebih banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran kehidupan yang sukar dijangka. Menurutnya, menerusi program-program pemantapan integriti, haluan mereka ke arah menjadi aset negara yang berguna boleh dipimpin mengikut landasan yang betul. “Kita mahu pupuk mahasiswa dengan nilai-nilai positif dan menolak budaya kerja yang tidak jujur termasuk rasuah. “Ini penting kerana hanya dengan integriti yang mantap, barulah mahasiswa dapat membawa negara ke arah kecemerlangan kualiti dalam apa sahaja bidang,” ujarnya. Beliau berkata, program pengukuhan integriti untuk mahasiswa yang boleh digerakkan melalui RIM itu juga bakal melahirkan mahasiswa yang amanah, jujur dan berkualiti tinggi. “Cadangan menubuhkan RIM adalah satu usaha yang baik dan kita (UUM) akan segera melaksanakan penubuhannya,” katanya. Beliau yang menyokong idea itu juga berkata, kesemua persatuan dan kokurikulum di UUM sentiasa menyerap elemen integriti di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, katanya, penubuhan RIM juga sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara elemen dalam konsep itu adalah perpaduan dan nilai-nilai aspirasi ke arah melahirkan masyarakat berintegriti yang menjadi terasnya. Selain itu, idea Mohamed Khaled supaya RIM di setiap universiti mempunyai hubungan yang rapat dengan Institut Integriti Malaysia (IIM) perlu direalisasikan. Ini kerana konsep penubuhan RIM itu adalah sejajar dengan visi dan misi penubuhan institut itu pada 5 November 2003. Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat dan bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Visi IIM adalah membentuk masyarakat Malaysia yang beretika dan berintegriti yang mana warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang murni. IIM akan melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan integriti warga Malaysia dalam semua aspek kehidupan menerusi misi yang telah disasarkan. Justeru, kerjasama rapat antara kedua-dua pihak itu penting kerana ia boleh berfungsi sebagai duta integriti di institut pengajian tinggi (IPT) dengan masing-masing bertanggungjawab menggerakkan program-program pemantapan integriti di kalangan mahasiswa. “Program seumpama ini sebenarnya telah wujud di UUM, cuma ia bergerak berasingan mengikut persatuan masing-masing. “Tetapi dengan kewujudan RIM kelak, usaha-usaha memantapkan integriti boleh dibuat di bawah sebuah organisasi,” katanya. Apa yang diharapkan adalah setiap IPT sama ada awam atau swasta mengambil langkah segera dalam memastikan penubuhan RIM di institusi masing-masing menjadi kenyataan. Malah, lebih wajar jika satu unit integriti turut dikembangkan di sektor awam, sektor swasta, politik, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan belia di peringkat daerah agar impian melahirkan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan kerjaya yang berintegriti tinggi dapat dicapai.

Ahad, 28 Mac 2010

MEMACU HALA TUJU, MERINTIS MASA DEPAN - PROSPEK

Assalamualaikum wbkth. Sekalung tahniah kepada Biro Pelajaran Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, yang telah berjaya melobi Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya untuk mengadakan majlis penutup PROSPEK (Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan) siri 1 2009/2010. Di Parlimen Pasir Gudang. Dengan adanya program PROSPEK yang berlangsung pada 27/3/2010 bertempat di Politeknik Premier Johor Baharu ini, seramai kira-kira 800 orang pelajar tingkatan lima dan enam dari sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang ini mendapat manafaat. Program yang bertemakan "Memacu Hala Tuju Merintis Masa Depan" ini antara lainnya mendedahkan pelajar-pelajar berkenaan halatuju mereka selpas menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini. Slot-slot seminar antaranya ialah: 1. Pengenalan kepada IPTA/IPTS. 2. Biasiswa dan Pinjaman. 3. Hala Tuju & Prospek Kerjaya. Majlis penutup program PROSPEK ini telah di sempurnakan oleh Yang AmatBerhormat Datuk Seri Mohamed Khalid Bin Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam ucapannya DS Khalid memuji program yang di anjurkan oleh Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya yang melaksanakan program dengan baik dan begitu berjaya sekali bukan sahaja di majlis penutup malah juga program-program yang telah di laksanakan di 9 buah negeri, program ini telah mencapai matlamat iaitu memberitahu atau menyampaikan maklumat terus kepada bakal-bakal mahasiswa berkenaan halatuju selepas menerima keputusan peperiksaan dan menyiapkan diri untuk memasuki Universiti. Kepada Biro Pelajaran Pemuda UMNO bahagian yang di ketuai oleh Sdr.Nor Azelin Bin Ambros serta seluruh jawatankuasanya,Tahniah. Kerana berjaya membawa PROSPEK ke Kawasan Parlimen Pasir Gudang.Dengan ini secara tidak langsung telah membantu pelajar-pelajar di Parlimen Pasir Gudang untuk memacu hala tuju, merintis masa depan.

Jumaat, 26 Mac 2010

UTUSAN MALAYSIA - UTUSAN UNTUK BANGSA

Akhir-akhir ini begitu banyak tekanan, hentakkan, asakkan, hempasan, himpitan dan segala macam serangan yang di lakukan secara terang-terangan (dulu pun dah ada tapi tak nampak sangat) terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Puak –puak pembangkang yang terlalu teruja dan taksub untuk mendiami @ menguasai Puterajaya. Apa yang mereka begitu ”Jaki” sangat terhadap Utusan Malaysia ini?. Jawapannya cukup mudah. 1. UM melapurkan perkara-perkara yang benar-benar berlaku dan bertanggungjawab atas lapurannya – tak macam akhbar dia orang. 2. UM memperjuangkan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. 3. UM menjadi utusan umat melayu. 4. UM hak orang Melayu. Puak yang jaki dengan Utusan Malaysia ini mempunyai agenda untuk menghapuskan identiti dan perjuangan Melayu di bumi Malaysia ini. Bertambah malang apabila agenda yang di kepalai oleh oleh DAP ini turut di sokong oleh orang Melayu sendiri melalui perjuangan yang sempit untuk kepentingan individu. Perbuatan membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini oleh sekumpulan lembu-lembu belaan Anwar Ibrahim memperlihatkan betapa mereka begitu terdesak dan tersedak dengan berita yang di siarkan oleh akhbar utusan tersebut. Utusan Malaysia terlalu banyak bakti kepada negara sebagai wadah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hingga lah sekarang ini sebagai wadah untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan. Selain memainkan peranannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk rakyat Malaysia. Membakar Utusan Malaysia adalah membakar hati pejuang-pejuang bangsa yang telah berusaha memerdekakan tanah air. Kita generasi merdeka patut mengutuk perbuatan biadap yang di lakukan oleh si Samsul Lembu dan kuncu-kuncunya itu. Ingatlah bangsa melayu mempunyai daulat dan karahmah sesiapa yang cuba menghancurkan bangsa ini pasti akan menerima padahnya.

Rabu, 24 Mac 2010

KEDATANGAN PEKERJA ASING, RAHMAT BUAT PASIR GUDANG

Kawasan Perindustrian Pasir Gudang merupakan salah satu kawasan di bawah Plan Pembangunan Iskandar Malaysia yang di kenali sebagai Zon Ekonomi Utama D meliputi Pelabuhan Pasir Gudang, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Langsat dan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat yang meragkumi keluasan 31,132 hekta. Sebagai sebuah kawasan Perindustrian dan Penemapatan yang baru ,(di wartakan sebagai kawasan industri pada awal tahun 1970an menggantikan kawasan pertanian).Pasir Gudang amat memerlukan kehadiran ramai orang untuk merancakkan pembangunannya.. Kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang meliputi tanah seluas 3,764 ekar, untuk penempatan industri dan perumahan diusahakan oleh Johor Corporation. Kini, kawasan perindustrian Pasir Gudang telah mempunyai lebih daripada 300 syarikat pengeluar./ Kilang yang terlibat dalam industri elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, kimia biofuels, produk-produk makanan, industri asas-kejuruteraan, pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, plastik dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Manakala industri sokongan dan hiliran juga wujud dari kepesatan pembangunan ini umpamanya industri perbankkan,pengangkutan,perkhidmatan kesihatan, perumahan dan lain sebagainya, Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Mawar, Taman Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Kampung Pasir Gudang Baru, Kampung Petanian,Taman Kota Masai, Taman Scientex, Perumahan Bakti dan beberapa nama lain lagi yang menempatkan sebahagian besar pekerja-pekerja industri di kawasan ini.. Perkembangan pesat ini telah mewujudkan suatu keadaan di mana Industri – industri di Pasir Gudang mengalami masalah kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan operasinya, walaupun sesetengah industri telah melaksanakan sistem automasi namun kekurangan tenaga manusia masih di rasai. Justeru itu kehadiran warga asing ini(dengan permit sah)amat di alu-alukan bagi sama -sama membangunkan kawasan ini.Secara tidak langsung pekerja asing ini telah 1. Membantu memulihkan sektor perumahan melalui kaedah penyewaan rumah,bayangkan berapa banyak rumah-rumah pangsa,pangsapuri,rumah teres dan macam jenis rumah tidak dapat di sewakan kerana tiada penyewa?. 2. Suatu ketika dulu peniaga-peniaga runcit sekitar Pasir Gudang hampir gulung tikar bila Makro,Giant,Maslee,Tesco, Kip Mart dan Econ Save di buka di kawasan Pasir Gudang,tetapi pekerja asing inilah yang menghidupkan mereka kerana sistem bayaran kredit.Dulu kalau musim perayaan nak cari kedai pun susah kerana semua balik kampung tetapi sekarang tak semua peniaga akan tutup kedai keran mereka tahu pekerja asing pasti akan datang untuk menbeli keperluannya. 3. Industri pengangkutan seperti teksi dan kereta sewa yang banyak di Pasir Gudang ini akan dapat bernafas kerana adanya ramai penumpang.Industri bas kilang juga turut merasa nikmatnya. 4. Sistem kecairan matawang juga dapat di lihat begitu rancak beredar dalam pasaran tempatan bilamana urusnuiaga dapat di jalankan dengan lancar kerana terdapat ramai pembeli. Ada banyak lagi yang boleh di lihat limpah kemakmuran yang akan dapat kita sama-sama nikmati dengan kehadiran pekerja warga asing ini. Sungguhpun begitu kita warga tempatan Pasir Gudang ini tidak bolehlah leka dengan pembangunan fizikal semata-mata tanpa melihat perkara-perkara lain yang tidak kurang pentingnya seperti kadar jenayah dan kebejatan sosial akibat dari kebanjiran pekerja asing ini, sehingga hari ini kadar jenayah dan kebejatan sosial yang di lakukan oleh pekerja asing ini masih dalam keadaan terkawal.Pada pandangan saya dalam soal jenayah dan kebejatan sosial oleh pekerja asing ini, bukan soal perlakuan atau tindakan atau soal hukuman atau penguatkuasaan yang perlu di pertikaikan tetapi ialah soal BAGAIMANA MENGELAK DARI PERKARA ITU TERJADI.atau "PREVENTIVE". Ini yang lebih utama. Jenayah atau kebejatan sosial tidak akan berlaku jika kita mempunyai daya "preventive" yang kuat iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah IMAN.Kalau tidak kuat Iman dan amal tanpa pekerja asing juga jenayah dan kebejatan sosial tetap akan berlaku walau di mana-mana pun sekali.

Isnin, 22 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU DAN DASAR EKONOMI BARU -Pertembungan antara Dasar Bapak dan Model Anak.

Assalamualaikum. Model Ekonomi Baru (MEB)yang di ilhamkan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, PM ke 6 Malaysia antara lainnya bertujuan untuk. 1. Meningkatkan Produktiviti Pekerja melalui penambahan inovasi dan kreativiti di kalangan pekerja yang dengan secara langsung membantu meningkatkan pendapatan. 2.Menganjakkan kedudukan ekonomi negara dari pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. 3.Tahap pengangguran akan berada di tahap minimum dan kerajaan akan terus berusaha mewujudkan peluang pekerjaan. Di fahamkan Model Ekonomi baru ini mensasarkan untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)dalam usaha membentuk sebuah ‘ekonomi berasaskan pengetahuan’(e-knowledge) yang kurang bergantung kepada eksport barang perkilangan dan tenaga buruh.Bidang Perkhidmatan yang telah di kenal pasti adalah antara lainnya adalah sektor Perkhidmatan Kewangan Islam,Perkhidmatan Perubatan, Perkhidmatan Pendidikan,Sektor Pelancongan dan beberapa sektor Perkhidmatan yang akan di kenal pasti oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN). Jika di lihat dari segi tujuan dan matlamat Model Ekonomi Baru ini saya tidak dapat melihat mengapa Dasar Ekonomi Baru yang di wujudkan pada tahun 1971 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu bapa kepada DS Najib, kemudian di tukar nama kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991 itu perlu di usik,di hapus atau di gantikan. Seharusnya MEB ini juga mengambil kira tujuan dan matlamat DEB. Perlu di ingat bahawa Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Apa guna MEB kalau jurang ekonomi antara kaum dan negeri tidak dapat di kurangkan atau di hapuskan?. Apa yang lebih menyedihkan adalah orang Melayu yang sudah hidup selesa hasil dari DEB turut sama menyarankan dihapuskan DEB. Tengkuk mereka sudah lepas, maka mereka tidak peduli tengkuk orang lain. Kalau pelaksanaan yang menjadi masalah, jangan keseluruhan dasar hendak dibuang.Kita kena lihat di mana yang bocor dan di mana yang tiris dalam perlaksanaanya dan baiki segera dengan inovatif dan kreatif.DAN INGATLAH DEB ADALAH ROH KEPADA PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Baca :http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/11/model-ekonomi-baru-tidak-untungkan-melayu-secara-langsung/ Negara kita tidak boleh terus dalam keadaan di mana jurang ekonomi antara golongan majoriti (60 peratus) dengan golongan minoriti (40 peratus) bertambah luas. Kalau semua bidang ekonomi sudah dikuasai oleh golongan minoriti, bagaimana golongan majoriti ini boleh memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akan memberikan potongan kepada bahan binaan yang diperlukan oleh kontraktor Melayu. Tender terbuka golongan Melayu tewas.Projek swasta tidak akan diberikan kepada kontraktor Melayu. Apa MEB akan lakukan adalah mengubah struktur ekonomi negara kita supaya tahap persaingan peringkat domestik kita akan lebih meningkat menjelang 2020?. Akhir kalam janganlah kerana jenama baru,segala budi dan bakti pattern lama di singkirkan, jangan pula kera di hutan di susukan anak di rumah mati kehausan. Wassalam.

Ahad, 21 Mac 2010

PAGI TETAP MUNCUL WALAUPUN AYAM TERLUPA BERKOKOK (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini. Hari ini saya berkesempatan mengikuti Ahli Parlimen Pasir Gudang menghadiri program mesra rakyat di perkampungan cina dan majlis makan malam sempena sambutan tahun baru cina di Kampung Baru Plentong aku terharu dengan sambutan masyarakat cina di situ bila seorang ahli parlimen UMNO yang terkenal dengan rajin turun padang datang menziarahi mereka.Rata-rata yang di kunjungi sangat senang dengan pemimpin UMNO ini,lebih-lebih lagi beliau berjalan kaki dari rumah ke rumah mengelilingi kampung bersama wakil rakyat dari MCA. Wakil rakyat MIC aku tak nampak masa lawatan masuk kampung...hanya nampak muka masa jamuan makan itu pun datang dengan pemandu saja, AJK MIC bahagian pun sama nampak masa makan saja. Okey lah bab MIC nie aku cerita lain masa. Dalam kunjungan ahli parlimen tadi,aku cukup terharu dengan sambutan oleh golongan pengundi saluran 1,2 dan sedikit saluran 3. iaitu sambutan dari golongan mereka yang berusia 40 tahun keatas. Mereka ini aku rasa begitu faham sejarah dan begitu kuat sokongannya kepada MCA dan BN. Tapi mana perginya pengundi cina saluran 4 dan 5.?????. Ada 3-4 orang yang ikut keliling kampung yang aku fikir tentunya AJK Pemuda MCA Bahagian. Pemuda cina kampung tersebut????? mungkin kerja kot. Apapun aku akui tidak mudah untuk memenangi hati golongan muda sekarang ini,pendekatan yang lebih sesuai dengan golongan muda harus di gunakan dan satu program khas untuk golongan ini harus di gunakan sebagai kaedah mendekati mereka. apapun tahniah kepada Datuk Seri Khalid Nordin dan Ahli Dewan Undangan Johor Jaya YB Tan Cher Puk atas kunjungan mesra rakyat itu.Dan aku berharap agar Pemuda MCA akan melakukan sesuatu untuk menanamkan semangat cintakan negara kepada golongan muda cina, agar mereka memahami sejarah dan terus bersama menyokong kerajaan. Agar kerajaan akan terus berusaha membantu golongan muda cina ini. Melihat kepada senario politik sekarang aku khuatir suatu masa nanti golongan muda cina ini akan terus terpinggir dari arus politik dan terus tidak peduli soal politik negara.Atau terus terpengaruh dengan pembangkang yang nyata tidak ada sebarang jasa kepada mereka.Atau paling di takuti golongan muda cina ini akan di anggap seperti tiada sumbangan kepada kestabilan politik negara sewaktu kerajaan benar-benar kuat, sekarang ini kita melihat bahawa UMNO begitu bersunguh-sungguh bangkit bukan sahaja membetulkan diri dan parti tetapi juga membawa bersama kebangkitan Barisan Nasional,Fajar Sidiq buat UMNO dan BN sudah nyata kelihatan yang menunjukkan adanya sinar mentari menanti di hadapan, MCA harus juga bangkit bersama jangan nanti seperti kata pepatah "Pagi tetap juga muncul walaupun ayam terlupa berkokok" waktu itu apa yang MCA minta dari kerajaan mungkin sukar di tunaikan kerana menilai sumbangan semasa masa suram dan sukar yang terpaksa UMNO dan BN lalui sendirian.

Isnin, 15 Mac 2010

SKIM PENCEN PEKERJA SWASTA

Assalamualaikum. Aku amat menyokong dan bersetuju dengan Kementerian Sumber Manusia terhadap cadangannya untuk merangka dan mengusulkan di Dewan Rakyat satu skim pencen untuk golongan pesara pekerja swasta. Asas sokongan aku adalah. 1. Akta kerja 1955 tidak memperuntukkan satu bentuk jaminan atau bayaran tertentu untuk mereka yang telah mencapai umur persaraan,malah dalam akta kerja tersebut juga tidak menentukan berapakah umur persaraan. 2.Bagi mengurangkan kadar peratusan miskin tegar di kalangan orang-orang tua kerana salah urus tadbir wang KWSP nya yang di keluarkan selepas pencen. 3. Pengeluaran KWSP secara "mengejut" memberikan kesan pelaburan secara keseluruhan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 4. Kebanyakkan pengeluaran wang KWSP selepas umur pencen ini tidak di gunakan untuk masa depan sebaliknya dihabiskan samada untuk kegunaan sendiri termasuklah "membeli bini baru" atau di habiskan oleh anak-anak. 5.Peningkatan peratusan hutang tidak berbayar kepada hospital-hospital kerajaan mungkin di sumbangkan oleh golongan tua yang tidak dapat membayar kos perubatan kerana tidak bekerja lagi dan wang KWSP telah habis. 6. Kadar penempatan orang-orang tua di pusat penjagaan orang-orang tua atau rumah kebajikan akan meningkat berpunca daripada orang tua itu tidak mempunyai sumber pendapatan. 7. Kadar pembuangan ibu bapa juga mungkin bertambah, kerana ibu bapa telah jatuh miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Bagi mengelakkan dan mengurangkan gejala sosial yang mungkin tercetus dari kerana pengurusan wang KWSP yang tidak betul adalah lebih baik skim pengeluaran hari tua itu di tukarkan dengan skim pencen.Pun begitu aku meminta pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji lebih teliti dalam perkara ini agar perlaksanaannya nanti tidak membebankan mana-mana pihak.

Ahad, 14 Mac 2010

UMNO MESTI BERKERJASAMA DENGAN MPM

Aku cukup tertarik membaca tulisan ayahnda A.Kadir Jasin dalam blognya bertajuk MPM uji dasar UMNO dan Pas. Secara jujur dan ikhlas aku mencadangkan agar UMNO berkerjasama dengan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM).Berkerjasama yang aku maksudkan bukanlah meng-UMNO-kan MPM atau Meng-MPM-kan UMNO, biarlah mereka dengan identiti masing-masing tetapi dalam hal atau perkara 3, perkara 152, perkara 153 dan perkara 181 perlembagaan persekutuan aku rasa MPM lah yang paling mantap dan istiqamah perjuangannya. Aku rasa bab-bab penting nie tak sesuai untuk di politikkan dan di perjuangkan oleh orang yang berkepentingan politik dalam masyarakat berbagai kaum dan mengamalkan konsep berkongsi kuasa dalam pemerintahan. Aku ingin melihat MPM akan berdiri sebagai sebuah organisasi yang mampu menghimpunkan dan menyatukan semua umat melayu yang berbeza ideologi politik tetapi satu suara dan tindakkan dalam memperkasa dan mempertahankan perkara-perkara 3,152,153 dan 181 di dalam perlembagaan persekutuan.Aku ingin tegaskan bahawa MPM bukanlah sebuah organisasi yang berbentuk perkauman tetapi hanyalah satu platform atau landasan untuk membela nasib dan hak bangsa melayu selaku peribumi sepertimana tertulis di dalam perlembagan dengan tidak sekali-kali merampas hak kaum lain yang di jamin oleh perlembagaan. Aku tidak yakin perjuangan UMNO hari ini mampu mempertahankan dan membela hak bangsa. UMNO sekarang terdesak untuk mendapat sokongan bukan melayu demi kuasa politik justeru itu UMNO terpaksa korbankan "jiwa" nya demi untuk membeli jiwa kaum lain.Inilah hakikat yang terpaksa parti politik UMNO lalui demi untuk kelangsungan kuasa politik melayu.

Khamis, 4 Mac 2010

PASIR GUDANG

The name Pasir Gudang originated from the existence of a sand mine at Kampung Ulu. Sand or 'pasir' in Malay are dug and stocked in sand pits/stores or 'gudang' in Malay, to be exported to Singapore, hence the name 'Pasir Gudang'. The surrounding areas further inland were developed in the mid-19th century by Chinese travellers of the Teochew clan. Issuance of the 'river deed' by the Sultan of Johore allowed them to develop the Kangkar Masai, Kangkar Plentong and Kangkar Lunchu areas under riverheads known as 'kangchus'. It was on these riverbeds that they cultivated catechu and black pepper. Falling catechu and black pepper prices forced some estate owners to cultivate pineapples. The introduction of rubber into Malaysia in the early 20th century resulted in the opening of big estates by the British and Singaporean cultivators. Up till 1916, six estates covering an area of 15,000 acres (61 km²) were opened in the Mukim of Plentong. In 1916, Kampung Pasir Gudang became the centre for Police, Customs and opium-control besides being a centre for the 'penghulu' of the Mukim of Pasir Gudang. The formation of estates had also resulted in influx of labourers from China and India. The Japanese occupation during the Second World War and guerrilla movements after the war did not have much effect on the agricultural activities here. Under the Emergency Law in the 1950s, new villages were set up at Plentong, Masai, Johor and Pasir Gudang[citation needed]. The estate labourers were either placed in these new villages or at guarded estate barracks. Land schemes under the FELDA scheme were founded in Ban Foo, Plentong Baru and Felda Cahaya Baru after 1969. To further develop Johor, the State Government further took the estate lands to be converted into industrial and housing areas to the develop Pasir Gudang into an industrial area. Establishment of the Johore Port in 1977 was seen as a reaction to counter the entrepôt hub in Singapore.