Salam,
Baru sehari berpuasa, kita telah di sergah dengan kenaikkan harga ayam oleh penjual-penjual ayam di pasar berkaitan, alasannya pengedar / pemborong telah menaikkan harga, tanya pengedar dan pemborong mereka kata pengeluar atau tuan punya ladang naikkan harga, tanya tokey reban dia kata harga makanan ayam naik....pelbagai alasan di beri untuk menyokong tindakkan mereka. logik atau tidak logik pengguna kena fikirkan sendiri. Ada juga kata kerana harga gula naik malah ada juga kata kerana Najib jadi PM.
Mereka tidak pernah mengaku bahawa kenaikan harga ini di sebabkan sifat TAMAK dan suka MENGAMBIL KESEMPATAN terhadap orang lain, apa sahaja alasan mereka semuanya menyalahkan orang lain bukan salah mereka sendiri. itulah manusia.
Apapun aku nampak perkara ini berlaku kerana adanya permintaan yang terlalu tinggi dari pengguna maka mereka mengambil KESEMPATAN untuk membuat untung. Dalam hal ini aku fikir KDNKK atau Kementerian Pertanian dan Asas Tani (mana yang berkenaan) wajar membuka permit import ayam hidup dari luar negeri supaya keadaan pasaran dapat di stabilkan. Mana pergi satu syarikat yang dulu di nobatkan sebagai syarikat pengeluar ayam dan daging halal yang menguasai bekalan ayam dan daging di pasaraya - pasaraya besar?.
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Para peniaga nampaknya tidak mengendahkan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusannya sempena kedatangan Ramadan semalam supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dengan sewenang- wenangnya.
Ini terbukti apabila tinjauan yang dibuat di pasar seluruh negara hari ini mendapati berlaku kenaikan harga ayam antara 30 sen sehingga RM1.30 sekilogram (kg).
Di ALOR SETAR, harga ayam yang pada kebiasaannya sehingga serendah RM5.70 satu kg kini mencapai RM7 menyebabkan pengguna merungut.
''Baru-baru ini saya beli baru RM6.50, tapi hari ini naik mendadak kepada RM7. Saya minta pihak berkuasa buat pemantauan, jangan biar pengguna teraniaya," kata Saniah Ahmad, 42, ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar hari ini.
Sementara itu, peniaga yang ditemui pula mendakwa kenaikan harga ayam berpunca daripada pembekal.
''Saya tiada pilihan dan terpaksa menjual mengikut harga pasaran walaupun mahal," kata Abdul Shukur Darus, 30.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Salleh Ma'amor yang dihubungi berkata, buat masa ini harga ayam ditentukan oleh pasaran.
''KPDNKK menjangka harga ayam akan mengalami kenaikan sehingga RM1 satu kg menjelang Ramadan. Bagaimanapun dua minggu menjelang Aidilfitri, ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal," katanya.
Di KOTA BHARU, harga ayam di Pasar Siti Khadijah dilaporkan telah dinaikkan sebanyak 40 sen sejak dua hari lalu iaitu menjelang umat Islam berpuasa dan kini dijual pada harga RM7 satu kg.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, beberapa peniaga mengakui kenaikan tersebut dibuat semata-mata kerana ketibaan Ramadan.
Seorang peniaga, Alimah Abdul Latif, 52, berkata, sebelum ini dia menjual ayam RM6.60 satu kg dengan harga daripada pemborong ialah sebanyak RM6.30.
''Tetapi dua tiga hari lalu, pemborong naikkan harga ayam kepada RM6.60, kami sebagai peniaga pun terpaksalah menjual lebih tinggi kalau tidak, tiada untung," katanya.
Di PULAU PINANG, tinjauan di Pasar Taman Tun Sardon dan Pasar Bayan Baru mendapati berlaku kenaikan harga ayam sebanyak 30 sen.
Ayam yang sebelum ini dijual pada harga RM7.20 satu kg telah dinaikkan kepada RM7.50 pada hari ini.
Di SEREMBAN, Pengarah KPDNKK negeri, Norashiken Ishak berkata, harga tertinggi bagi satu kg ayam yang siap diproses hari ini adalah RM7.50 berikutan berlakunya permintaan tinggi pada musim perayaan ini.
Kenaikan sehingga 30 sen berbanding harga sebelum ini masih berada dalam paras siling antara RM5 hingga RM7.50 satu kg.
Tinjauan di beberapa pasar di Seremban menunjukkan akibat pengaruh bulan Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri kelak, ada kecenderungan peniaga menaikkan harga ke paras maksimum yang dibolehkan iaitu RM7.50 satu kg.
Di MELAKA, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, semua peniaga masih mematuhi arahan dengan menjual ayam pada harga antara RM6.90 hingga RM7.20 satu kg.
Menurutnya, berdasarkan pemantauan penguat kuasa sejak semalam mendapati tidak ada laporan berkaitan peniaga menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Di KUANTAN, harga ayam juga masih terkawal apabila ia dijual pada harga biasa iaitu antara RM6.90 hingga RM7.50 sekilogram.
Tinjauan Utusan Malaysia ke Pasar Besar Kuantan hari ini mendapati tidak berlaku kenaikan ketara oleh peniaga ayam di premis berkenaan.
Sementara itu, Pengarah KPDNKK Pahang, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz ketika dihubungi memberitahu, hampir semua kedai runcit dan pasar raya di negeri itu masih menjual ayam pada harga biasa.
Di JOHOR BAHRU, pemantauan di beberapa pasar di negeri itu mendapati ayam masih kekal dijual pada harga antara RM6.60 dan RM7 satu kg dan tiada sebarang kenaikan yang dilaporkan.
(Sumber : Utusan Malaysia).
5 ulasan:
MOA skang dok tidoq .. perabih duit mana yang dapat cekau ..
Inilah kesannya bumiputra melayu islam tidak menguasai ekonomi negara, bila ada hari kebesaran islam seperti puasa raya sebagainya harga ayam naik, cuba kita perhatikan hari kebesaran lain terutamanya tahun baru cina adakah harga keperluan naik ? kita hanya boleh dengar menteri berkaitan kata "jangan naikkan harga" akhirnya harga naik juga, sebabnya kerajaan hanya mampu memberi amaran tapi tiada tindakan.
Inilah masalahnya bila parti yg kita bagi kuasa tidak menjalankan tugasnya dgn betul. Rakyat yg susah akan bertambah susah...
Orang johor yg dok kat masai, blh beli ayam kat Kip Mart, Masai. Aku beli ayam RM 5.80/kg. Hehehe..
Jangan makan ayam. Mari kita boikot makan ayam selama seminggu, pasti harga ayam akan turun. Jika tak turun juga kita terus jangan makan ayam, Saya ingat kita tak akan mati jika tak makan ayam. Bulan puasa ini adala sebaik-baiknya masa kita mengurangkan makan dan banyakkan ibadat. Government kata harga ayam diselaraskan kerana ramaai rakyat dah mengidap penyakit obess,darah tinggi dan selsema ayam.Kerajaan kita amat perihatin terhadap kesihatan rakyat iitu pasal itu diselaraskan harga. Ingat pesanan TUN Mahathir, tak setuju tukar kerajaan atau tukar orang. Jika kita tak mahu tukar PM kita minta PM tukar Ismail Sabri. JIka tidak kita tukar semua pada PRU akan datang. Satu lagi pesanan, Pada Hari Raya ini, kita semua jangan balik kampong berhari raya, jika kita baliki ramai akan mati dijalan raya, kerajaan passti akan selaras harga minyak, untuk mengurangkan kematian.
Mat kaki ayam
Catat Ulasan