Ahad, 31 Oktober 2010

DEMI KUASA PAS SANGGUP KETEPIKAN AJARAN ISLAM

Tindakan Pas yang sengaja melemparkan fitnah terhadap UMNO dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, jelas membuktikan parti itu gagal mengamalkan akhlak Islam.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hussein berkata, malah tidak keterlaluan sekiranya Pas dianggap sebagai parti yang sarat dengan emosi hingga ke peringkat sanggup mengetepikan ajaran Islam asalkan cita-cita politik mereka tercapai.
Bagi beliau, Pas kini lebih mementingkan untung rugi politik daripada segala-galanya walaupun mereka sedar sesetengah perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

"Mereka menuduh UMNO tidak mengamalkan Islam. Mereka tuduh UMNO tidak bela Islam. Mereka menuduh UMNO tidak memperjuangkan Islam meskipun mereka sedar langkah kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan rakyat ini adalah kehendak Islam.
"Saya yakin mereka faham dan mereka tahu. Namun disebabkan untung rugi politik mereka sanggup mengetepikan semua ini. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan fitnah dan dakwaan tidak berasas demi meraih sokongan rakyat, Beliau mengulas tuduhan Pas yang disiarkan di dalam risalah kempen parti itu bagi bilangan keempat yang diedarkan kepada orang ramai, semalam.

Antaranya di bawah tajuk Kenapa jangan sokong UMNO, Pas menuduh UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan parti berkenaan. Pas turut menuduh UMNO tidak membela agama kerana gagal menangani masalah murtad serta peranan ulamanya yang hanya ditugaskan untuk melawan Pas.Menurut risalah itu, ulama di dalam UMNO juga ditugaskan membaca doa, tahlil dan marhaban.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Yusof berkata, sekiranya benar UMNO tidak mahu menjalankan kerja-kerja agama sudah tentu Islam tidak berkembang seperti sekarang. Justeru beliau berkata, Pas tidak sewajarnya menuduh UMNO gagal memartabatkan Islam kerana jelas ia merupakan dakwaan tidak berasas. Beliau yang juga Rektor Kolej Islam Darul Ridzwan dalam pada itu turut menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pas.

Seorang lagi tokoh agama, Syed Ibrahim Syed Ahmad turut senada dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu. Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang itu berkata, fitnah yang dilakukan oleh Pas itu disebabkan oleh emosi serta kegagalan mereka menghayati akhlak yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

"Ini yang mengecewakan saya kerana apa yang dilakukan oleh Pas ini memberi gambaran yang buruk kepada orang lain sedangkan Rasulullah tidak pernah sesekali mengajar umatnya melakukan kerja-kerja seperti ini.

"Sepatutnya sebagai seorang Islam kita menunjukkan akhlak yang baik serta tingkah laku yang benar-benar mencerminkan kita merupakan umat Islam yang akhirnya boleh dijadikan contoh dan ikutan kepada pihak lain," katanya.
(Sumber : Utusan Malaysia)

Jumaat, 29 Oktober 2010

NIK AZIZ SESAT KATA TOK GURU HAJI LAH PONDOK GENTING

Kerana kuasa dan taksub mempunyai pengikut yang ramai, Nik Aziz gagal ujian Allah lalu menjadi sesat dan menyesatkan.Suatu hakikat yang sangat sukar di terima oleh penyokong kuat PAS yang memang dah sesat.

Tulisan kali ini MPG ambil dari beberapa tulisan yang di siarkan  oleh Utusan Malaysia yang di petik dari kenyataan seorang ulama pondok yang mahsyur di Kelantan iaitu  Tok Guru Haji Lah Pengasas Pondok Geting. 

Menurut Tok Guru ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu. “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” 


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW. Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'. Ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.Sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak)."Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar Tok Guru Haji Lah.

Khamis, 28 Oktober 2010

TRANSFORMASI JENTERA KEMPEN UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Alhamdulillah, MPG dapat melihat sudah berlaku tranformasi di dalam UMNO dan Barisan Nasional terutama kepada Jentera Kempen PRK Galas. MPG berharap methodologi ini dapat di teruskan oleh Jentera-jentera Pilihanraya BN masa PRU 13 nanti. Sudah sampai masanya jentera kempen perlu kreatif dan tembak tepat. Apa yang nyata dalam kempen kali ini UMNO/BN sudah berani dan mempunyai keyakinan diri dalam kaedah berkempen, yang paling menarik hati MPG adalah kain rentang yang di gantungkan di beberapa tempat di sekitar DUN Galas. Lihatlah kain rentang yang di paparkan di bawah  (di ambil dari blog teman MPG iaitu Bloger Media Permatang Pauh).
Inilah kreatif yang perlu ada pada jentera kempen BN. MPG percaya puak-puak PAS atau DAP pun tak berani nak saman, malah SPR pun tak boleh nak turunkan kain rentang ini,sebabnya this is a fact. Ini bukan soal perkauman atau fitnah, ini kenyataan yang PAS dan Pakatan Jahanam kena terima. MPG mencadangkan agar Jentera Kempen BN menggantung lebih banyak lagi kain rentang-kain rentang seperti di bawah.





Selain itu boleh juga tulis besar-besar pada kain rentang.
1. Tolak PAS kerana PAS sokong DAP yang menolak negara Islam.
2. Tolak PAS kerana Subahat dengan PKR mempertahankan Peliwat.
3. Tolak PAS kerana PAS dah buang HUDUD kerana DAP.
4. Tolak PAS kerana PAS menolak Perpaduan Ummah (UMNO - PAS).
5. Tolak PAS kerana PAS tipu masyarakat Orang Asli di Galas.
6. Tolak PAS sebab PAS melesapkan pelaburan ahli dalam KOHILAL.
7.Tolak PAS sebab PAS punca tragedi Memali.

Selasa, 26 Oktober 2010

GEMPAR !!!!!!! DEMOKRASI ALA PAS....ORANG ASLI GALAS DI UGUT

Demi mempertahankan kuasa PAS sanggup lakukan apa sahaja termasuklah mengugut masyarakat orang asli di DUN Galas. Kalau dahulu puak-puak inilah yang menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak demokrasi, menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen, merasuah rakyat untuk undi, mengugut rakyat dan lain sebagainya. Di PKR DUN Galas kali ini pula mereka seperti kata pepatah melayu, "ketuk dulang paku serpih", pada pandangan MPG bukan setakat serpih malah dengan dulang-dulang di lesapkannya, macam lesapnya duit KOHILAL yang telah di halalkan oleh puak-puak khawarij nie.

Berita yang di maklumkan oleh Penghulu Lojing, Jambu Rimus berkata, anak-anak buahnya telah diserap menjadi peserta ladang tersebut biar pun tidak mengetahui secara mendalam bagaimana ia beroperasi.Katanya, pada masa yang sama, mereka terpaksa bekerjasama dengan Pas kerana bimbang dengan kuasa yang dimiliki oleh parti berkenaan yang memerintah negeri ini terutama dalam hal yang melibatkan tanah."Ramai yang 'dapat' Ladang Rakyat. Saya tidak tahu mereka sudah dapat duit atau belum."Kalau kami tidak beri kerjasama (kepada Pas) susah.

Inilah dilema masyarakat orang Asli di DUN Galas yang di ekspolitasikan oleh Kerajaan Negeri yang mendakwa mengamalkan pemerintahan secara Islam yang adil dan tidak mengugut mana-mana kaum untuk mentaatinya. Realitinya hak Masyarakat orang Asli di jadikan senjata untuk memaksa mereka mengundi PAS.

Untuk pengundi Masyarakat orang Asli Galas satu pesanan MPG, kalau orang PAS datang bagi sesuatu ambil jangan tak ambil itu bukan rasuah itu hadiah tetamu kepada tuan rumah, kalau datang tangan kosong mintak jangan tak mintak, sebab dia ada bawa banyak hadiah, tak mintak dia pakat makan anak beranak, 4Nov. nanti pakat undi BN untuk kesejahtaraan masyarakat orang Asli.

Jumaat, 22 Oktober 2010

MALAYSIA HAK MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU


                                                           (Photo ikhsan dari GAP)

Puas hati dengan ucapan Presiden UMNO Ds Najib pada perhimpunan Agong UMNO pagi tadi. Intisari yang penting ialah tidak ada siapa pun yang boleh mengubah Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub walaupun Pembangkang menang 2/3 majoriti dalam Parlimen kecuali mendapat ke izinan kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu. Dan Bangsa Melayu mesti menjadi bangsa yang tersohor bukan lagi hanya berharap bantuan dan subsidi dari Kerajaan. Bangsa Melayu mesti mampu bersaing menjadi Bangsa yang memimpin bangsa lain untuk Negara Malaysia ini.

Sungguh bersemangat Ucapan Dasar Beliau. Memberikan keyakinan kepada kita bahawa hak bangsa Melayu akan terus di pelihara dan di pertahankan oleh UMNO di samping memperkasakan bangsa Melayu melalui pelbagai usaha dan iktihar. Moga-moga ucapan PM itu memberikan semangat kepada seluruh umat Melayu untuk terus sayang dan bangga kerana di jadikan Allah sebagai Bangsa Melayu yang menjadi tuan kepada bumi Malaysia ini.

Keikhlasan PM menceritakan HAK terhadap perlembagaan itu sedikit sebanyak telah mententeramkan jiwa sebahagian dari rakyat yang selama ini gusar dengan tindakkan PM yang di lihat sering menunaikan permintaan dari bangsa lain. Semua orang UMNO mengharapkan keikhlasan PM dalam mempertahankan hak-hak bangsa sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Rabu, 20 Oktober 2010

DARI KALABAKAN KE KELANA JAYA

Teguran membina dari seorang ahli Parlimen. Tahniah MPG ucapkan kepada Ahli Parlimen (BN-Kalabakan) Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang mengambil bahagian dalam perbahasan budjet 2011 di Parlimen. Beginilah contoh terbaik Ahli Parlimen yang berbahas dan bercakap bagi pihak rakyat dan untuk kepentingan rakyat, bukan macam ahli Parlimen yang di sebelah sinun yang membangkang membuta tuli, berbahas tanpa fakta merapu-rapu menunjukkan ke DUNGU annya..

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.

Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.

"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeri pun, baru 26,000," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.

"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.

"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.- Bernama.

Selasa, 19 Oktober 2010

ANTARA TRANFORMASI DENGAN REFORMASI SEJAUH MANA RAKYAT MENGERTI

Antara Tranformasi dengan Reformasi yang mana satu membina tamadun bangsa dan yang mana satu meruntuhkan tamadun bangsa. Apakah rakyat jelata faham maksud tersurat dan tersirat terhadap kedua-dua perkataan tersebut?. Adakah rakyat jelas tentang kedua-dua methodologi itu. Marilah kita sama-sama membaca dan memahami artikel ini.

Apa makna tranformasi bagi DS Najib Tun Razak?.

Perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Jika dikaitkan kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini.

KLIK SINI :TRANFORMASI OLEH DS NAJIB





Apa makna Reformasi bagi DS Anwar Ibrahim?

Reformasi bermakna perubahan. Perubahan yang dimaksudkan oleh Anwar adalah perubahan dari benda yang baik kepada benda yang buruk termasuk dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
KLIK SINI: REFORMASI OLEH ANWAR AL JUBURI


Isnin, 18 Oktober 2010

PAS ANTARA BENDA PELIK DAN AJAIB DI DUNIA

dapmalaysia.net memberikan 21 dalil kenapa PAS termasuk antara benda-benda yang pelik dan ajaib di dunia ini. TEKAN SINI

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) 

KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.


 tu belum lagi bab kunci pintu syurga...bab orang kafir baca ayat-ayat al quran masa ceramah....bab tadah uncang masa ceramah...Sebenarnya ada banyak lagi benda-benda pelik yang telah PAS lakukan hingga puak -puak ini memang sah pelik bin ajaib di dunia. Maka tak pelik lah bila kita lihat dia orang pun kita naik pelik.......

Ahad, 17 Oktober 2010

TRANSFORMASI DALAM LANDSKAP POLITIK MALAYSIA

Salam.
Aku amat bersetuju dengan lontaran buah fikiran Yang Amat berhormat Dato Seri Najib Tun Razak berkaitan perubahan yang perlu berlaku di dalam Barisan Nasional yang telah memerintah Negara hampir 53 tahun sejak merdeka agar seiring dengan persekitaran politik yang telah berubah.

KLIK SINI - SARANAN DS NAJIB

Sehubungan dengan saranan itu, MPG menyeru agar pihak pemerintah lebih mendengar suara rakyat dalam menentukan bakal wakil rakyat pada PRU 13 akan datang.

Di Parlimen, methadologi penyokong kerajaan akan menentang apa sahaja cadangan pihak pembangkang atau pihak pembangkang akan menentang apa sahaja cadangan kerajaan haruslah di hapuskan, mana-mana ahli parlimen kerajaan yang menyokong cadangan baik pembangkang haruslah tidak di kenakan tindakan. Dan ahli parlimen pembangkang pula janganlah seperti kebudak-budakkan menentang melulu apa sahaja cadangan baik kerajaan. Ahli Parlimen Malaysia mesti matang dalam soal Politik demi kepentingan rakyat dan Negara.

Jumaat, 15 Oktober 2010

MAKIN HANGAT, MAKIN HANGIT TETIBA NURUL IZZAH LAYAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR

Kalau ikutkan  aku memang malas nak tulis pasal kelam kabut pemilihan PKR nie,takut di katakan jaga tepi kain pulak,maklumlah kain pun dah koyak rabak, tapi kerana naluri nak tahu apa ada dalam kain tu...... dan ada pula kawan-kawan yang mintak aku laporkan sikit perkara di atas.aku belasah lah juga.

Tak sampai 48 jam pengumuman dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP) mengumumkan Nurul Izzah tak layak bertanding Timbalan Presiden tetiba Setiausaha PKR mengumumkan Nurul Izzah layak pula bertanding selepas Biro Politik PKR bersidang. Pelik.
1. Pelik. Setiausaha overight tugas-tugas Jawatankuasa Pemilihan yang di war-warkan sebagai badan bebas dan telus lagi adil  dibandingkan dengan SPR yang di cop sebagai agen kerajaan BN.
2.Pelik. Lima hari selepas tarikh tutup pencalonan baru terperasan ada cabang lain calonkan Nurul Izzah (di umumkan oleh Saifuddin Nusation sebagai cabang Semporna) hakikat sebenar cabang nie pun tak calonkan nurul izzah, pelik sungguh yang mana satu betul pun tak tahu. cerita lajut klik sini

Apapun segala yang berlaku memperlihatkan betapa buruk dan busuknya proses pemilihan PKR di semua peringkat, konsep matlamat menghalalkan cara memang benar-benar di amalkan dalam PKR. Asalkan matlamat Azmin menang timbalan presiden semua perkara menjadi boleh dan di benarkan hingga memaksa Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR iaitu Ostat Gobala wa garu wa garulah pun mengugut untuk tinggalkan parti



KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua. “Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen. Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.
 
Pengumuman yang di buat oleh Setiausaha PKR itu sebenarnya hanya satu helah  atau taktik untuk memberikan kemenangan kepada Azmin. Dari barisan yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden ini semuanya adalah dari kalangan yang mahu menyingkirkan Azmin dari jawatan tertinggi Parti , dan masing-masing mempunyai pengikut tersendiri  kalau di kumpulkan menjadi satu pastinya Azmin akan jatuh MENONGGENG. Satu sahaja cara yang boleh memenangkan Azmin ialah dengan memecahbelahkan kem-kem ini. Semakin banyak yang bertanding  atau semakin banyak kem untuk jawatan timbalan presiden semakin besar peluang azmin untuk menang. Percayalah bahawa penyokong Nurul Izzah adalah juga penyokong Khalid Ibrahim, adalah juga penyokong Mustafar Kamal Ayob, adalah juga penyokong Zaid Ibrahim, bayangkan kalau ketempat-empat penyokong ini bergabung menjadi satu, memang mimpi ngeri buat Azmin. 
 
Untuk kasi pukulan TKO pada Azmin, beri laluan kepada Khalid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden (1 lawan 1). Nurul Izzah teruskan dengan jawatan Naib Presiden dan Zaid Ibrahim jadi kamikazee bertanding Presiden. Insyallah PKR akan bebas dari kronisme dan nepotisme.

Selasa, 12 Oktober 2010

MEREKA ADALAH KAUM YANG SETIA JIKA..........

Masyarakat cina di negara ini mesti membuktikan kepada PM Najib bahawa mereka adalah kaum / masyarakat yang SETIA kepada Negara ini. Mereka harus menanamkan semangat Patriotisme dan Nasionalisme yang tidak berbelah bagi terhadap Negara ini. Patriotisme kapitalistik yang di amalkan sekarang harus di buang jauh dalam minda masyarakat cina dan perlu di ganti dengan Patriotisme Nasionalistik.

1.Sanggup menerima dan mengamalkan sosiobudaya kebangsaan yang telah di tetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan?.contohnya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
2.Sanggup menutup SRJK dan Sekolah Menengah Cina Persendirian untuk agenda kenegaraan yang lebih besar iaitu mewujudkan masyarakat 1 Malaysia.
3.Sanggup berkongsi kek ekonomi dengan bangsa melayu dan India,agar orang Melayu tidak perlu lagi perlu terlolong-lolong meminta belas ikhsan agar 30 peratus kek ekonomi di berikan kepada bangsanya.
4.Sanggup mengubah dasar DAP agar tidak ekstremis dan rasis atau meninggalkan parti DAP demi keSETIAan kepada negara.
5.Sanggup menghormati perlembagaan Negara yang memberikan hak keistemewaan kepada kaum Melayu dan Bumiputera.
6.Sanggup menghormati dan menerima Kaum / Bangsa Melayu sebagai tuan di negara ini.
7.Sanggup mengamalkan dan menghayati Prinsip-prinsip Rukunegara terutama kepada perkara kedua dalam rukunegara tersebut.
8.Sanggup menerima kontrak sosial yang telah di persetujui bersama semasa pembentukan Tanah Melayu dahulu.
9.Sanggup MCA berhadapan dengan DAP untuk mempertahankan perlembagaan Negara.
10.Sanggup melupakan Tanah Besar Cina sebagai kiblat mereka.

Ahad, 10 Oktober 2010

UTILITI BILL SRJK CINA AKAN DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN


Perhimpunan Agung MCA hari ini berjaya dalam usaha mereka untuk memperkasakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, bilamana kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan utiliti sekolah tersebut. Tahniah kepada PM Najib yang begitu perihatin dan pemurah kepada masyarakat cina di negara ini. Tahniah juga kepada PM Najib yang telah "meminda" buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang "setia" kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.

PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang "setia" kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti) terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya.

Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?.

Tuk Najib, MPG menulis artikel ini bukan dengan nawaitu menimbulkan isu perkauman atau menjolok isu perkauman, sebaliknya merasakan bahawa Datuk Seri lah yang memulakan perkara ini. Pendapat MPG yang buta huruf ini, sepatutnya PM 1 Malaysia ini berusaha untuk menyatukan seluruh masyarakat dan kaum dalam negara ini melalui mekanisma perpaduan yang sangat halaus iaitu dengan memperkasakan ”SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA”. SATU BUDAYA UNTUK MALAYSIA, SATU BAHASA UNTUK MALAYSIA. Lihat siapa yang setia kepada Negara tercinta Malaysia ini.

Ingatan MPG kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan lah DS menjadi salah seorang pemimpin yang ”cakap tak serupa bikin”. Dalam perhimpunan NGO Melayu baru-baru ini di Ampang DS mengingatkan agar kuasa yang ada di pegang kuat seumpama memegang hulu keris agar tidak tercabut, tetapi di dalam perhimpunan MCA ini DS seolah-olah memberikan sedikit kuasa itu kepada kaum lain untuk di kongsikan bersama. Ingatlah adat dan Pantang Pahlawan Melayu kita. Pantang derhaka kepada Bangsa dan Agama.

Datuk Seri Najib orang Melayu dah lama bertanyakan kepada Pemimpin Melayu yang ada kuasa, kenapa kawasan majoriti Melayu tetapi wakil rakyat masih orang bukan Melayu?. Wakil rakyat adalah utiliti rakyat, salah ke atau susah ke untuk tunaikan hajat orang melayu di kampung-kampung dan kawasan luar bandar hendakkan UTILITINYA yang sama sebangsa dan seagama agar dapatlah nanti menyarahkan bantuan dan ber tazkirah bersama-sama rakyat di dalam surau-surau dan masjid-masjid.

Untuk generasi ku akan datang maafkan atuk kau ini kerana hanya mampu menulis di blog ini sahaja.

Khamis, 7 Oktober 2010

TERKINI - ZAID IBRAHIM SEDIA TANDING JAWATAN PRESIDEN JIKA......

Zaid bersedia tarik diri bertanding timbalan presiden
07/10/2010 8:33pm

PETALING JAYA 7 Okt. – Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ingin bertanding jawatan itu.

"Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.

“Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.

"Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang,” katanya.

Zaid yang menerima 38 pencalonan bagi jawatan itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.

"Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan.

“Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi daripada timbalan presiden,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini. – Bernama

Rabu, 6 Oktober 2010

CHACA MERBA PKR KERANA KRONISME DAN NEPOTISME, CINA DAN INDIA TERTIPU

Salam.
Posting kali ini MPG ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang satu artikel yang di siarkan dalam Utusan Malaysia hari ini dalam ruangan Rencana yang di tulis oleh ABDUL RAZAK IDRIS dari Banting Selangor.

MPG tertarik dengan fakta yang di keluarkan dengan gaya penulisan yang bersahaja yang mampu membuat  pembaca berakal menggunakan akal warasnya untuk berfikir, menilai dan membuat keputusan tepat demi generasi bangsa dan Negara akan datang. Selamat Membaca

Kerapuhan peringkat cabang PKR sudah terserlah

PEMILIHAN cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengundang seribu dua persoalan, inikah parti yang boleh disandarkan segunung harapan untuk memerintah negara pada satu hari nanti. Senario pemilihan ketua cabang dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi mereka dihambat sebegitu banyak isu bak kata pepatah ibarat menegakkan benang yang basah. Calon dan penyandang yang bertanding masing-masing tuduh-menuduh, gertak-menggertak, ugutan saman-menyaman malahan tangan yang sepatutnya bersalam di musim rumah terbuka Aidilfitri ini digenggam menjadi penumbuk sulung.
Ada kepala yang berdarah, dan inilah kali pertama dalam sejarah calon bertanding peringkat cabang terpaksa mendapatkan rawatan di katil hospital. Pelik tapi benar. Jika ahli-ahli PKR terus-terusan menggunakan undang-undang rimba sebagai pegangan mereka sudah pasti majoriti rakyat negara ini tidak kira bangsa Melayu, Cina dan India akan menolak mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Kekuatan yang ada pada UMNO selain sebagai tulang belakang pemerintahan negara, dilihat sedia berubah dan diubah tanpa kekerasan. Seorang Perdana Menteri sedia berundur demi perpaduan dan kelangsungan umat Melayu, betapa fakta ini menunjukkan pemimpin kita perlu berjiwa besar dan melakukan yang terbaik demi parti bukan demi kepentingan tembolok sendiri.
Adakah pemimpin dalam PKR berani meletakkan jawatan setelah sokongan di peringkat cabang telah menolak mereka? Ada yang ditolak merupakan seorang exco negeri yang pernah menimbulkan kontroversi kerana tersiarnya gambar tidak senonohnya.
Jika pemimpin PKR itu berjiwa besar, sebaik-baiknya berundur sahaja kerana ahli-ahli di akar umbi telah menolak beliau.
Dalam mana-mana pemerintahan politik, sokongan akar umbi amat penting, kerana cabang dan ranting yang tidak disokong oleh akar yang kuat akan mudah tumbang. Hakikatnya jika ia tumbang akan menyusahkan orang yang berada di bawah pokok untuk berteduh iaitu rakyat.
Apabila melihat kepala seorang ahli PKR Sabak Bernam berbalut, hati saya merasa gusar. Jika di peringkat cabang begini hebat kekecohannya, bagaimana pula pemilihan peringkat pusat kelak? Mungkin pihak polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan ambulan boleh disediakan sebagai langkah berjaga-jaga.
Konflik pemilihan PKR dianggap hebat namun setakat ini ia dilihat tidak lebih daripada satu budaya yang berakar umbi dalam parti tersebut. Sebagaimana parti politik lain, ia tidak lari daripada mengalami masalah.
Sikap 'Napoleon kecil' mahupun Napoleon besar' turut wujud dalam parti ini. Sebagai parti yang diasaskan demi perjuangan menegakkan keadilan akibat satu kes melibatkan pemimpinnya, perjuangan parti dilihat masih berpaksikan sebab yang sama.
Sikap dolak-dalih pemimpin besar mereka dalam meneruskan pertuduhan liwatnya diibaratkan takut tidak bertempat, segan tetapi berpakaian. Jika keadilan dikatakan perlu ditegakkan dalam perjuangan parti beliau, mengapa pihak yang mengadu lebih menderita kerana haknya untuk mendapat keadilan sering dinafikan akibat sebab teknikal bukan sebab bukti-bukti kes pendakwaan.
Mampukah kita sebagai rakyat untuk berkata tidak kepada pemimpin dan parti yang mempromosikan kekerasan dalam intipati perjuangan mereka. Setiap rakyat berharap mempunyai pemimpin yang boleh kita berpaut bak dahan yang kuat di pohonan yang rimbun setiap saat demi kelangsungan hidup bernegara.
Hari ini kita telah didedahkan wajah kosmetik pemimpin yang dikatakan berjuang untuk rakyat, tetapi tergamak menggunakan kekerasan terhadap ahlinya sendiri. Jika sikap toleransi antara ahli tiada dalam diri, bagaimana pemimpin mereka dapat memberi keadilan kepada rakyat yang tidak bersifat partisan.
Kadang kala kita berasa hairan kerana pemimpin mereka sering menuduh kerajaan tidak melakukan suatu kerja dengan baik dan jika diamati tiada satu dasar yang dilihat enak didengar dan dilihat oleh mereka semuanya mengundang rasa jelik. Kepada rakyat yang rasional, perjuangan menggunakan undang-undang rimba jelas mencemburui kemajuan pendidikan dan teknologi siber dan e-pengetahuan yang dilestarikan oleh kerajaan kepada kita.
Belajarlah untuk mensyukuri nikmat yang ada dalam suasana aman dan harmoni, jangan letakkan diri kita memilih pemimpin yang sejak dari peringkat cabang sudah terserlah kerapuhannya. Jangan berpaut di cabang yang rapuh. Hari ini kita selesa berteduh di bawah rimbun pohon Barisan Nasional. Walau ada hujan lebat, kilat dan guruh sekali-sekala. Namun pohon bernama Malaysia ini masih gagah di bawah kepimpinan 1Malaysia.

Selasa, 5 Oktober 2010

ANWAR PENING , AZMIN MUNTAH, AZIZAH LOYA

Ketua Umum Pening, Naib Presiden muntah-muntah dan Presiden loya itulah yang terjadi kepada kepimpinan 3A dalam PKR. Bukan kerana mereka atau salah seorang dari mereka mengandung atau termengandung tetapi ini semua gara-gara  pemilihan kepimpinan cabang(bahagian) yang bermula 17 september hingga 3 Oktober lalu.

Mana  Anwar tidak pening kerana selepas selesai pemilihan peringkat cabang kelihatan sangat jelas bahawa apa yang di cita-citakan tidak menjadi kenyataan dan nampaknya ahli akar umbi PKR tidak mudah ikut telunjuknya dan Azmin, banyak mesyuarat cabang yang mencipta kejutan dengan ayam tambatan mereka rebah tersungkur. Silap-silap haribulan Azmin hanya menang pencalonan tetapi bila tiba pemilihan pemimpin pusat bermula 29 Oktober hingga 14 November, Azmin pula yang tersungkur.Inilah yang memeningkan kepala Anwar.

Azmin pula  termuntah-muntah semangat ketika berucap di hadapan 145 orang ahli PKR cabang Gombak yang hadir dari jumlah ahli di kabarkan seramai 7,320 orang layak  bermesyuarat di Hotel de palma Ampang.Tak sampai 2%. Ucapan bakal Timbalan Presiden PKR itu memuntahkan hasad dengki dan dendam terhadap Bangsa Melayu dengan berikrar akan melawan PERKASA habis-habisan dan bermati-matian akan membalas dendam terhadap Tun Mahathir.


Azizah pula di lihat sudah loya dengan tindakan ahli PKR yang membuat kecoh semasa mesyuarat cabang. Tiada langsung di dengari nasihat kepada cabang-cabang agar menjaga tatasusila mesyuarat. Nampak nyata Presiden Parti ini tidak boleh berbuat apa-apa hanya melihat sahaja permainan yang di mainkan oleh suami kesayangan dan madunya menghuru- harakan PKR. Nasib kau lah zizahhhhh....nasib baik nurul bukan anak haram.

Isnin, 4 Oktober 2010

PARTI PAS PUNCA UMAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA BERPECAH BELAH

MPG menyiarkan artikel ini kerana ingin menjawab suara-suara sumbang juak -juak Parti hamPAS yang buta huruf dan buta sejarah dengan mudah menuduh UMNO lah yang memecah belahkan bangsa Melayu di negara ini.


Sejarah membuktikan bahawa PAS lah sebenarnya yang memecah belahkan umat Melayu Islam di Negara ini. PAS lah yang bertanggungjawab mulai tahun 1951 hingga ke hari ini malah mungkin hingga hari kiamat akan sentiasa meneruskan agendanya untuk memecahbelahkan ummah Melayu di tanahair ini.


Sebelum munculnya PAS, sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO (di percayai di ketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan yang tewas di dalam pertandingan merebut jawatan Presiden PEKEMBAR)  telah mencadangkan penubuhan Pertubuhan Ulama Se-Malaya, semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Bermula dari situlah orang Melayu Islam di Malaysia ini terus di pecah belahkan.

Pada 7hb.April 1981, ketika berceramah di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu, Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) Telah menyeru supaya ahli-ahlinya terus bermusuhan sesama bangsa dan agama, Dan intipati ucapanya telah di jadikan doktrin perjuangan  yang di namakan  “Amanat Hj.Hadi”.

Kerana amanat ini lah orang melayu berpecah belah, kerana amanat dajal ini lah negara menjadi SAUDARA SEAGAMA DIKAFIRKAN DAN KAFIR HARBI DI ANGKAT MENJADI SAUDARA, Hj Hadi sudah melakukan dosa yang amat besar. Inilah amanat yang menyesatkan seluruh penyokong PAS, yang berani mengkafirkan saudara seagama ,mengkafirkan ibu atau ayah sendiri, solat 2 imam dan macam macam lagi. Kerana amanat inilah berlaku nya peristiwa memali ,dan puak PAS menyatakan yang mati ketika peristiwa memali adalah syahid, namun majlis fatwa telah mengistiharkan mereka yang mati bukan syahid.

Pada tahun 1984,  Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam dan  memecah belah masyarakat Islam di Malaysia.

PAS BUKAN AGAMA, PAS ADALAH PARTI
DILULUSKAN OLEH PENJAJAH PADA TAHUN 1951
PAS DITUBUHKAN KERANA KECEWA DAN PEREBUTAN KUASA
PAS HANYALAH PARTI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH
UNTUK PECAHKAN ORANG MELAYU DARIPADA BERSATU DALAM UMNO.

PENJAJAH TAHU KALAU ADA DUA PARTI
SATU BERASASKAN BANGSA, SATU BERASASKAN AGAMA
ORANG MELAYU AKAN BERPECAH KEPADA DUA
PANGKAH PAS TIDAK BOLEH MASUK SYURGA
PANGKAH PAS TIDAK DAPAT PAHALA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK MASUK NERAKA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK DAPAT DOSA

KERANA PAS HANYALAH PARTI CIPTAAN MANUSIA BUKAN RABBI
PAS HANYA SEMENTARA..LIHATLAH PADA SLOGANNYA..
PAS ADALAH PARTI BUKAN AKIDAH
PAS BUKAN PRINSIP AGAMA, PAS HANYA GUNAKAN NAMA ISLAM SAHAJA

TIADA TERSEBUT DALAM 6666 AYAT AL QURAN
PANGKAH PAS MASUK SYURGA
TIADA HADIS NABI YANG SEBUT PANGKAH PAS
ADALAH WAJIB...

TIADA SEBARANG AYAT AL QURAN ATAU HADIS YANG TERTULIS
WAJIB UNDI PAS BAGI ORANG ISLAM

KALAU ADA YANG KATA BEGITU
TERNYATALAH PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT (PAS) DAN MENYESATKAN.

Ahad, 3 Oktober 2010

HUJAN TIDAK RIBUT PUN TIDAK TETIBA MIC MINTAK TAMBAH KERUSI KABINET

Belum lagi officially jadi President MIC Palanivel s/o. Govindasamy ( பழனிவேல் கோவிந்தசாமி,) dah mula memasang angan-angan dan mimpi di siang hari. Dasar tak tahu malu, kalau begini mindset semua pemimpin India di negara ini alamat hancurlah negara. belum apa-apa dia dah mintak satu lagi kerusi kabinet untuk bangsanya,  ooiii apa nie... kerja lah dulu satukan orang India di Malaysia nie barulah mintak , tak malu ke asyik meminta, dah lah selama ini ada dalam Barisan Nasional jadi liabiliti, tengok-tengok lah sikit apa sumbangan MIC dalam PRU 12....Hancusssss.

Buktikan lah dulu kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti bahawa MIC adalah parti yang berjasa dan memberi sumbangan dalam mempertahankan kerajaan sedia ada barulah boleh mintak kerusi kabinet. Ini PRU 13 pun belum lagi, kerusi MIC pun belum tahu lagi dah mintak kerusi kabinet.  Ini ke yang telah di tunjuk ajar oleh presiden kamu sebelum bersara?.

Kalau beginilah mindset pemimpin MIC nie, maknanya tak akan berubah lah MIC sampai bila-bila. Dan nampaknya pengganti Semi-value nie lagi tak de value.

Sabtu, 2 Oktober 2010

NIK AZIZ CEMAS DAN TAKUT ATAS CADANGAN KU LI SEBAGAI CALON GALAS

KOTA BHARU 2 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.


Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.


"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.


"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan; tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan untuk memilih Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.


Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata, BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. - Bernama

PERSOALAN YANG PERLU DI JAWAB OLEH BIAWAK-BIAWAK NIK AZIZ

1. Kenapa tetiba wali selipor nie kata begitu?????.
2. Sejak bila pula kepimpinan negeri serambi mekah menjunjung darjat seseorang hamba Allah.
3.Kenapa keturunan raja tak boleh jadi wakil rakyat, lagi baik apa Raja yang berjiwa Rakyat. bukan Macam Raja Petra Kamaruddin (RPK).
4. Ahli Parlimen bertanding di DUN tak jadi masalah dalam politik Malaysia, malah ramai juga ahli Parlimen PAS juga ADUN tu macam Nizar KKK, Abdul Wahid Endot dan beberapa orang lagi.
5. Takut ke Ku Li nanti jadi ketua Pembangkang di DUN Kelantan?.

Jumaat, 1 Oktober 2010

TENGKU RAZALEIGH CALON DUN N.45GALAS ?

Satu - satunya nama dan tokoh yang cukup popular dan di takuti oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Tiada tertulis di mana-mana pun samada di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun akta Pilihanraya di Malaysia yang tidak membenarkan Ahli Parlimen di calonkan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di mana-mana negeri di dalam Persekutuan atau Malaysia. Malah fenomena  ini  langsung tidak asing bagi Pakatan Pembangkang. Ramai dari kalangan Ahli Parlimen mereka merupakan ADUN di beberapa negeri.

Jika PM Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan  Tengku Razaleigh adalah calon N 45 Galas, itu merupakan satu pukulan maut buat pembangkang khasnya PAS. Pemimpin dan penyokong PAS pastinya bermunajat supaya hal ini tidak berlaku. MPG mencadangkan rakyat di N 45 Galas mencadangkan nama Tengku Razaleigh sebagai calon wakil rakyatnya terus ke dalam facebook PM.