Belanjawan 2011 akan di bentangkan di dewan rakyat dalam masa dua bulan mendatang, adakah pembentangan belanjawan kali ini akan sama seperti pebentangan pada 2009 untuk tahun perbelanjaan 2010?. Mungkin kali ini ahli dewan penyokong kerajaan akan lebih bersedia untuk tidak meninggalkan kerusi dewan selagi persidangan belum berakhir hasil pembelajaran dan pengajaran pembentangan 2009. Jika begitu sekali lagi Kerajaan BN Selamat.
AKAN TAPI
Apa akan terjadi jika pembentangan belanjawan kali ini di lihat lebih melayani permintaan dari UMNO dan tidak memihak kepada tuntutan dari parti-parti komponen dalam Barisan Nasional lain dan hal ini telah di manipulasikan sebaik mungkin oleh Yang Berhormat dari Parti Pembangkang untuk menghasut ahli yang berhormat Barisan Nasional keturunan Bumiputera Bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dan keturunan Bukan Melayu dari Semenanjung.?. Jawapannya amat mudah iaitu Belanjawan 2011 tidak akan dapat diluluskan di Dewan Rakyat.
JIKA INI BERLAKU, KERAJAAN BARISAN NASIONAL AKAN TUMBANG BUKAN DALAM PRU 13 TETAPI LEBIH AWAL MENERUSI SUARA DI DEWAN RAKYAT KIRA-KIRA 2 BULAN LAGI.
CALCULATION MUDAH
Dari 222 kerusi dewan rakyat. Penyokong Kerajaan BN ialah sebanyak 137 kerusi. Pembangkang 77 dan Bebas 8.Kerusi
Pecahan Ahli yang berhormat Barisan Nasional mengikut Parti/Kaum.
UMNO- Melayu Islam 78
MCA – Cina 15
PBB – Bumiputera Sarawak 14
SUPP – Cina Sarawak 5
PRS – Bumiputera Sarawak 6
UPKO – Kadazan – Murut 4
SPDP- Bumiputera Sarawak 4
MIC – India 4
PBS – Bumiputera Sabah 3
GERAKAN – Cina 2
LDP – Bumiputera Sabah -1
PBRS – Bumiputera Sabah -1
Kalau belanjawan kali ini tidak memihak kepada komponen Barisan Nasional yang terdiri dari bukan Melayu dan bukan Bumiputera Islam sebanyak 49 kerusi itu, maka mereka akan memboikot pengundian atau keluar dewan semasa pengundian atau menyokong Pembangkang untuk tidak meluluskan belanjawan, kesannya , Penyokong kerajaan hanya tinggal 88 orang, manakala Penyokong Pembangkang pula seramai 134 orang (77 Pakatan Rakyat campur 49 dari komponen BN bukan melayu dan Islam). katakan 8 orang calon bebas sokong kerajaan maka BN baru dapat 96 undi. Masih tidak dapat mengatasi jumlah undian pembangkang.
JUSTERU ITU SUDAH PASTINYA PM-NAJIB SANGAT BERHATI-HATI DALAM PEMBENTANGAN BELANJAWAN KALI INI, DAN BESAR KEMUNGKINAN DEMI MENJAGA SURVIVAL POLITIK MELAYU, SEKALI LAGI MELAYU TERUTAMA UMNO HARUS BERKORBAN DAN AKAN TERKORBAN. INILAH BENCANA YANG MENIMPA BANGSA MELAYU YANG TERUS BERSENGKETA.
JADI ADAKAH WAJAR KITA DAKWA BAHAWA UMNO SUDAH TIDAK BERNAFSU LAGI MENOLONG ORANG MELAYU?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan