Isnin, 28 Februari 2011

PAS BARU SEDAR AHLI MEREKA BUKANLAH CELIK AGAMA SANGAT

Hari ini Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS negeri Pahang mengakui bahawa pemimpin tertinggi PAS tidak perlu calon yang tinggi pendidikan Agama untuk DUN Kerdau. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengapa beliau tidak di pilih sebagai calon PRK Kerdau. Dengan penjelasan ini membuktikan bahawa
1. Wakil PAS untuk Dun Kerdau Hasanuddin Salim tak lulus sekolah Agama.
2.  Pemimpin tertinggi PAS tidak perlukan bakal rakyatnya yang berserban dan jubah labuh,kerana DAP akan supply calon..
3. Menghina penduduk Dun kerdau dengan berkata pengundi Dun Kerdau tak perlu pemimpin berlatar belakang Agama yang tinggi.
4. PAS parti politik sekular.

Sabtu, 26 Februari 2011

PAS KAWASAN PASIR GUDANG DECLARE DIA SAJA JAMAAH ISLAM, JEMAAH LAIN TIDAK ISLAM


Salam.
Ramai Jamaah Solat Jumaat di Masjid-Masjid “terpilih” sekitar Pasir Gudang (terpilih oleh beruk-beruk dan orang suruhan) menerima satu risalah memujuk orang yang bersembahyang Jumaat tadi menyokong dan menyertai PAS.

  1. Apapun aku ucap tahniahlah kepada beruk-beruk dan orang suruhan nie kerana lebih pentingkan edar risalah pecah belahkan umat Islam daripada sembahyang Jumaat.
  2. Tahniah lah kepada usaha PAS kawasan Pasir Gudang dalam usaha menarik balik penyokong-penyokong Jamaahnya, yang telah lari disebabkan keputusan Pucuk Pimpinan PAS menerima DAP kafir harbi sebagai sahabat karib perjuangan.
  3. Satu usaha PAS kawasan Pasir Gudang untuk memastikan setiap ceramahnya di Pasir Gudang akan menghasilkan “uncang kainnya” penuh.
  4. Satu usaha memberitahu Jamaah Jumaat tadi bahawa masih wujud lagi PAS Kawasan Pasir Gudang.

Ada empat sebab aje kenapa wajib menyokong dan menyertai PAS dalam risalah itu berserta dengan empat dalil aje.  

4 sebab itu ialah. 1.Setiap orang islam wajib menyertai dan menyokong Jamaah Islam.2. PAS adalah Jamaah Islam 3. Dasar,Perlembagaan dan Praktik PAS menepati Jamaah Islam yang di jelaskan dalam Al Quran dan hadith. 4. Tidak menyertai dan menyokong jemaah Islam adalah kesalahan besar di sisi Allah.
4 Dalil pula ialah. 1. ayat al-quran surah ali-Imran ayat 104:”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada maruf dan mencegah dari yang munkar;mereka adalah orang-orang yang beruntung”. 2. Umar al-khattab pernah berkata:”tiada Islam tanpa Jamaah…..”3.Al-Hadith : “sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah,maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya”.4.Al-hadith: “ sesiapa yang meninggalkan ketaatan dan Jamaah,lalu ia mati.Maka matinya adalah mati jahiliah.

Itulah 4 sebab dan 4 dalil menyeru orang Melayu Islam Pasir Gudang menyokong dan menyertai PAS.

JOM kita ramai-rami sertai PAS dan Sokong PAS kalau dapat jawab perkara berikut.
  1. Kena masuk ke Jamaah Islam yang berguling-guling atas jalan raya tidak redha ujian allah, Kena masuk ke Jamaah Islam yang kerja memaki hamun sedara se islam, Kena masuk ke Jamaah Islam yang meredhakan kalimah allah di guna agama krestian. Kena masuk ke Jamaah Islam yang sembahyang dua Imam, Kena masuk ke Jamaah Islam yang menentukan masuk syurga masuk neraka atas tafsiran sendiri. Kena masuk ke Jamaah Islam  yang menjual ayat-ayat al-quran untuk kepentingan politiknya.
  2. PAS saja ke Jamaah Islam, UMNO bukan Islam ke, sedangkan dalam perlembagaan UMNO menetapkan beragama Islam antara syarat menjadi ahli UMNO. Jamaah UMNO semua Jamaah Islam. Syarat jadi ahli PAS macamana?.Ahli Kelab Penyokong PAS bukan ahli PAS ke?.
  3. Dasar,Perlembagaan dan Praktik PAS yang mana menepati  apa yang di jelaskan dalam Al-Quran dan Hadith yang tidak di lakukan oleh UMNO. Apa yang UMNO tidak buat ialah Pecah belahkan Umat Islam melalui ideologi Agama untuk tujuan politik seperti Pas, UMNO tak mengharamkan saudara seagama macam PAS melalui Fatwa Hj. Hadi. UMNO perintah negara ikut piagam Madinah, PAS perintah Kedah dan Kelantan ikut suka Menteri Besar dia.
  4. Al-maulana Ustaz PAS yang mana pula yang mengajar atau memberitahu tidak masuk Jamaah PAS adalah kesalahan besar atau antara dosa-dosa besar di sisi Allah.?. Mengarut betulah kau orang nie. aku tak nak sesat macam kau oranglah.....dosa yang paling besar di sisi allah adalah mensyirikkan nya macam yang orang PAS lakukan, taksub kepada pemimpin hingga sanggup bersengkongkol dengan kafir Harbi, sanggup langgar perintah allah, menuduh allah mencarut,menyamakan allah dengan mahluk. Memesongkan makna ayat al-quran sebagai modal politik memecahbelah kan ummah.

Untuk menjawab bab 4 Dalil tu, nasihat aku, lain kali kalau nak ceduk hadith tu tulislah sekali siapa perawinya jangan main dengar cakap pemimpin PAS yang berselindung sebalik serban dan baju labuh kemudian jaja sebagai hadith. Kalau setakat tulisan main hentam ikut suka mulut dan ati inilah jadinya . Maka jadilah Jamaah PAS yang merasakan dianya lebih Islam dari orang lain, yang merasakan puak-puak dia sahaja yang akan memenuhi syurga Allah.

Khamis, 24 Februari 2011

MENTERI, TIMBALAN MENTERI DAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM KABINET ANWAR

Syehkul Anwar Ibrahim al Juburi wal yahudi terpaksa mengadakan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri berasingan dalam usaha memujuk Menteri Besar Kelantan, Kedah dan Selangor serta Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkilan kerana tidak dapat menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 111 yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Mahyudin Yassin tempohari.


Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan pimpinan tertinggi dari KEADILAN, PAS dan DAP.  Dalam mesyuarat itu Anwar  mengumumkan barisan Kabinetnya sepertimana desakan yang di buat oleh PM Najib. Kabinet Anwar dibentuk mengikut 25 Kementerian seperti dalam kerajaan Barisan Nasional.

Berikut adalah Menteri-Menteri, Timbalan Menteri serta ketua Setiausaha Kementerian dalam kabinet Anwar.


JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR - Permatang Pauh)
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim (PKR - Bandar Tun Razak)
YB Fuziah Salleh (PKR - Kuantan)

YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang (PAS - Marang)
YB Ust Nasharudin Mat Isa (PAS - Bachok)

YB Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timor)
YB Ngeh Koo Ham (DAP - Beruas)
YB Hiew King Chiew (DAP - Kota Kinabalu)
YB John Fernandez (DAP - Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul (PKR - Sungai Petani)
YB Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali (PKR - Gombak)
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS - Kuala Selangor)
YAB Lim Guan Eng (DAP - Bagan)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Khalid Samad (PAS - Shah Alam)
YB Tan Kok Wai (DAP - Cheras)

KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas (PKR - Telok Kemang)
YB Dato’ Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena)
YB Gobind Singh Deo (DAP - Puchong)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din (PKR - Merbok)
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS - Kota Bahru)
YB Er Teck Hwa (DAP - Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang (PKR - Batu)
YB Nasir bin Zakaria (PAS - Padang Terap)
YB Charles Anthony Santiago (DAP - Klang)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong (PKR - Selayang)
YB Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - Kuala Krai)
YB Teresa Kok (DAP - Seputeh)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim (PKR - Kuala Kedah)
YB Taib Azamuddin Md Taib (PAS - Baling)
YB Sim Tong Him (DAP - Kota Melaka)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail (PKR - Indera Mahkota)
YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut (PAS - Kuala Terengganu)
YB Jeff Ooi (DAP - Jelutong)

KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff (PKR - Balik Pulau)
YB Che Uda Che Nik (PAS - Sik)
YB Chong Eng (DAP - Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani (PKR - Tanah Merah)
YB Dato’ Mahfuz Haji Omar (PAS - Pokok Sena)
YB Teo Nie Ching (DAP - Serdang)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR - Kuala Langat)
YB Muhammad bin Husin (PAS - Pasir Puteh)
YB M.Kulasegaran (DAP - Ipoh Barat)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar (PKR - Lembah Pantai)
YB Dr Che Rosli Che Mat (PAS - Hulu Langat)
YB Chow Kon Yeow (DAP - Tanjong)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian (PKR - Petaling Jaya Selatan)
YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - Kota Raja)
YB Nga Kor Ming (DAP - Taiping)

KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail (PKR - Machang)
YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS - Bukit Gantang)
YB Liew Chin Tong (DAP - Bukit Bendera)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir (PKR - Ketereh)
YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman (PAS - Pengkalan Chepa)
YB M.Manogaran (DAP - Teluk Intan)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah (PKR - Subang)
YB Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS - Tumpat)
YB P.Ramasamy (DAP - Batu Kawan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Mohd Firdaus bin Jaafar (PAS - Jerai)
YB Anthony Loke Siew Fook (DAP - Rasah)

KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye (PKR - Gopeng)
YB Dr Mohd Hayati Othman (PAS - Pendang)
YB Dr Tan Seng Giaw (DAP - Kepong)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin (PKR - Ampang)
YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf (PAS - Rantau Panjang)
YB Fong Po Kuan (DAP - Batu Gajah)

KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram (PKR - Kapar)
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS - Kota Bahru)
YB Fong Kui Lun (DAP - Bukit Bintang)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali (PAS - Titiwangsa)
YB Lim Lip Eng (DAP - Segambut)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS - Kubang Kerian)
YB Tony Pua (DAP - Petaling Jaya Utara)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - Parit Buntar)
YB Chong Chien Jen (DAP - Bandar Kuching)

Rabu, 23 Februari 2011

MEMALUKAN KERAJAAN MUNAFIK PAS TAK MAMPU BIAYA TAMBANG PELAJAR PULANG KE MESIR

Semu kerajaan negeri bersetuju membiayai perjalanan pulang pelajar-pelajar dari negeri masing-masing ke Mesir KECUALI KEDAH DAN KELANTAN.
KLIK SINI : CERITA BENAR

Dulu masa sibuk membawa pulang pelajar sibuk berkokok kalau jadi kerajaan pasti akan lakukan sepertimana kerajaan BN lakukan, nah sekarang kenapa tak ambil tanggungjawab itu. Dasar munafik.

Isnin, 21 Februari 2011

NIK AJIS DAN HADI AWANG BERBALAH MEMILIH CALON DUN KERDAU ?

Salam.

PRK Dun Kerdau akan di buat serentak dengan PRK Dun Merlimau demikian kenyataan yang telah di buat oleh  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Fenomena luar biasa akan berlaku di Dun Kerdau kerana buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanahair parti PAS mempunyai TERLALU RAMAI CALON YANG LAYAK untuk mewakili parti itu sekaligus bakal bergelar YB.

Pesuruhjaya PAS negeri Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man telah dengan segera melepaskan jawatan sebagai Pengarah PRK Dun Merlimau semata-mata untuk menunjukkan minatnya menjadi calon DUN Kerdau, makin pening Nik Ajis dan Hadi Awang nak pilih calon.


CALON PILIHAN NIK AZIZ :  Bagi mempastikan DUN kerdau menjadi milik PAS dan mengelakkan sengketa di kalangan Puak-puak khawarij PAS maka Nik Aziz terpaksa mengimport calon heavyweight dari kerajaan langit.

CALON PILIHAN HADI AWANG : Abdul Kahar Ahmad Jalal, 55, @ Rasul Melayu, Dia nie juga di sebut-sebut bakal di umumkan oleh Hadi Awang sebagai calon DUN Kerdau.

Ahad, 20 Februari 2011

PARIAH BERDEMO DI HADAPAN KUIL SRI ARULMIGU RAJAMARIAMAN JOHOR BAHRU

Salam.
Aku sangat marah dan kecewa dengan kepimpinan MIC Negari Johor yang hanya berpeluk tubuh dalam isu interlok. Aku yakin dan percaya tiada usaha dari pihak MIC untuk menjelaskan kepada masyarakat India di Negeri Johor ini berkaitan isu interlok yang sekarang ini masih berada di peringkat perbincangan oleh jawatankuasa khas yang di bentuk. Lantas naluri aku berkata dalam isu ini MIC merupakan dalangnya,MIC adalah musuh dalam selimut, MIC di bawah kepimpinan G.Palanival cuba membohongi sejarah, G.Palanival and the gang cuba memadamkan sejarah "PARIAH". MIC negeri Johor membenarkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.Membenarkan PARIAH membuat kacau dan huru hara di Jalan Ungku Puan Johor Bahru,

Malam tadi MPG menerima perkhidmatan pesanan ringkas seperti berikut "Gabungan Ngo-Ngo India Johor akan mengadakan DEMONTRASI bantahan terhadap INTERLOK pada 20.02.2011.Jam 10 pagi hingga 2.00 petang di hadapan Kuil Sri Arulmigu Rajamariaman, Jln Ungku puan Johor Bahru.Demi mempertahankan maruah kaum India,harus kita membuktikan kekuatan kaum India kepada kementerian pelajaran dan kerajaan Umno / BN. Sasaran 5 ribu orang. Otrumaikaaga ondrupaduvam...nam india inathin urimaikaaga inainthu seyalpaduvam" M.S Maniam-Setiausaha Gabungan.

MPG ingin menyedarkan semua YB-YB kaum India yang menang tanpa berpeluh di DUN majoriti Melayu,demo ini sangat MELUKAKAN  HATI DAN PERASAAN orang melayu. Demo ini membuktikan bahawa kamu YB-YB kaum India Negeri Johor tidak dapat mengawal dan menjaga tingkah laku kaum kamu sendiri di bumi bertuah Johor. Dan bersedialah untuk menghadapi kemungkinannya di PRU 13 nanti. Kami orang melayu rakyat kepada Sultan Johor sangat taat dan setia kepada Sultan mengingatkan kamu semua jangan sampai kerana demo itu Kuil tersebut sudah tiada lagi di tempatnya, ingatlah bahawa bumi bertuah Johor ini ada tuannya.Tanah-tanah di Jalan Ungku Puan itu ada tuannya.

Tahniah kepada Pegerakkan Pemuda UMNO Pasir Gudang yang akan segera berjumpa M.M Samy ADUN Permas Jaya dalam Parlimen Pasir Gudang untuk sedia mendengar ulasan beliau terhadap gerakan demonstrasi tersebut. Jangan lari wahai M.M Samy. 

Sabtu, 19 Februari 2011

JIKA MELAYU HILANG KUASA

Tulisan sdr.SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,YDP Persatuan Keluarga Jamalullail Perak
yang harus di baca dan di sebarkan kepada semua umat melayu agar menjadi peringatan dan pengajaran. Bacaan lanjut sila klik here SYED ABDULLAH MENULIS

Rabu, 16 Februari 2011

KALISAMPAH GUAN ENG CUBA MENCABAR PERANAN YANG DI PERTUAN AGONG DI PULAU PINANG

PULAU PINANG 16 Feb. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk hal-ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara membabitkan agama-agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ini merupakan pertama kali portfolio seumpama itu diperkenalkan di Pulau Pinang di mana beliau sendiri akan menjadi Exco. - Utusan

KOMEN MPG

MPG ingin mendengar komen-komen dari pakar perundangan dan Perlembagaan Malaysia terhadap tindakkan Lim Guan Eng di atas, adakah dengan penubuhan portfolio baru untuk hal-ehwal bukan Islam akan menggugat perlembagaan Negara pada perkara 3. Mewujudkan keadaan tidak harmoni antara kaum dan seterusnya mengganggu peranan Yang di Pertuan Agong sebagai ketua Agama Islam di Pulau Pinang.


Adakah ini satu taktik kerajaan cuvanist DAP untuk menghapuskan kuasa raja-raja di Malaysia terutama kuasa YDP Agong di Pulau Pinang?. Lim Guan Eng cuba untuk mewujudkan satu suasana tidak harmoni dalam negara ini dengan penubuhan portfolio ini, berapa pula peruntukan yang akan di berikan kepada usaha pembangunan dan dakwah agama-agama lain ini ? Adakah ianya akan menyamai peruntukan kepada masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Pulau Pinang ?

Selasa, 15 Februari 2011

SELAMAT DATANG KE PASIR GUDANG WORLD KITES FESTIVAL


The Pasir Gudang World Kites festival is one of the prestigious event listed in Malaysia Tourism calendar. It is organized by Pasir Gudang Municipal Council (MPPG) and Johor State Goverment , Johor Tourism Department with the support of Ministry of Tourism Malaysia, Ministry of Information Communications and Culture Malaysia and Johor Kite Association. The Festival promises thrill and fun-filled time with its showcase of kites creatively put together by internationals from all over the world and local kiters participating in various categories as well as exhibitions,  workshop and Malaysia’s Own Multicultural Performances. This year's event will be held from 16th to 20th February 2011. CLIKS HERE FOR DETAIL

Isnin, 14 Februari 2011

KISAH BENAR PARIAH.........PRESIDEN MIC DAN HINDRAF TAKUT INTERLOK

Tak selesai lagi rupanya masalah Interlok nie, masih ada lagi  masyarakat India di Malaysia nie yang mengharapkan dirinya di gelar Pariah sampai mati. MPG cuba membuat kajian sendiri mengapa Novel Interlok di jadikan sasaran mereka yang tidak dapat menerima hakikat bahawa golongan Pariah itu memang benar-benar wujud dan bukan ciptaan penulis Datuk Abdullah Hussin.

Kenapa Hindraf dan Presiden MIC marah sangat dengan istilah itu?. Inilah penemuan yang MPG dapat...

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para BrahminBrahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables". Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini atau .
Sistem Kasta
Kelas Warna Kulit Pekerjaan
Brahmin Putih Paderi dan Guru
Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah
Vaisya Cokelat Petani, Pedagang dan Pelukis
Sudra Hitam Buruh
Pariah Hitam Buruh Kasar


Menurut Chandogya Upanishad salah satu kitab di dalam agama Hindu, doktrin karma menyebut bahawa mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya, atau Vaisya; tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk ke dalam rahim busuk seekor anjing, khizir atau pariah. Dengan kata lain, setiap manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal. 

Dahsyatnya golongan pariah nie...patutlah dia orang tak nak mengaku asal usulnya...tapi kalau buat perangai menghuru-harakan negara Malaysia, termasuk al syekh anwar al juburi wal yahudi dan kumpulan haram Hindraf memang patut mereka ini termasuk di dalam golongan tercela "Pariah". then tak payahlah nak politikkan istilah itu....sudah-sudahlah wahai Presiden MIC, dan Hindraf cerminlah diri. Nak jadi Brahmin ke nak jadi Pariah.

Ahad, 13 Februari 2011

JUAK PAS TAMBAH BINGUNG LEPAS SIMPOSIUM

Dalam simposium tertutup anjuran  Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di PWTC Setiausha Agung Pas Mustapha Ali declare "PAS akan bersama UMNO untuk mempertahankan Perlembagaan Negara 

Satu pukulan TKO buat juak-juak extremism PAS @ puak khawarij. PAS PARTI POLITIK KOTOR YANG MEMPERALATKAN ISLAM.


Lepas nie semua juak-juak PAS akan kata ini pandangan peribadi Mustafar Ali

Jumaat, 11 Februari 2011

APA MENTERI KDN BUAT - KHALID IBRAHIM NAK TUBUH PASUKAN POLICE REPUBLIC OF SELANGOR

POLICE REPUBLIC OF SELANGOR
MPG tak dengar apa-apa komen dari menteri yang jaga KDN berkenaan cadangan paling JAHAT DAN BERUNSUR PENDERHAKAAN TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA DAN CUBAAN MENENTANG YANG DI PERTUAN AGONG  oleh MB Selangor Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap.

Apakah Menteri KDN menganggap cadangan ini cuma cadangan dari AJK PIBG sekolah?. Atau satu cadangan olok-olok yang tak perlu di ambil pot. Come on lah Datuk Hishamkeris ini bukan cubaan,ini betul-betul... Khalid Gagap nak tubuhkan pasukan Polis sendiri baca lah
KLIK SINI

Apakah Khalid Gagap telah di pengaruhi oleh orang tertentu agar Selangor mempunyai Polis sendiri selepas itu Tentera Sendiri dan kemudian itu boleh memberontak untuk keluar dari Malaysia dengan mewujudkan REPUBLIC OF SELANGOR ?. KDN kena lihat perkara ini dengan teliti adakah cadangan ini merupakan perbuatan hasutan yang boleh mendatangkan kebinasaan kepada negara. KLIK SINI

Mana-mana cubaan untuk menubuhkan pasukan Polis dan Tentera oleh Negeri-negeri di Malaysia selepas Merdeka  bagi menyaingi Pasukan Polis dan Tentera yang sedia ada adalah merupakan satu tindakkan subversif dan penentangan terhadap kerajaan Malaysia yang Berdaulat dan satu penentangan terhadap Yang Di Pertuan Agong.KLIK SINI

Majlis Perbandaran Pulau Pinang baru ada Polis Bantuan dah pijak orang ni...kalau selangor ada Polis sendiri tak tahulah pulak apa akan jadi, mahunya Polis Selangor berperang dengan Polis Diraja Malaysia.

Khamis, 10 Februari 2011

POST MORTEM PAS JOHOR SEBAB KEKALAHAN DI DUN TENANG

Maklumat ini di ambil dari sumber www.dunsemarang.blogspot.com.
 
POST MORTEM (AWAL) PILIHANRAYA KECIL TENANG
PAS NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 31 JANUARI 2011
Isu-Isu Utama Jentera Pilihanraya DUN Tenang

1. Kredibiliti Calon
- PAS Negeri Johor sudah beberapa kali menyatakan keperluan mengemukakan calon ‘lelaki/muda’ di dalam pilihanraya kecil kali ini.
- Sdr Firdaus Mas’od adalah calon yang dirasakan mampu memberikan impak dan tekanan kepada pihak lawan. Calon orang muda, berpendidikan tinggi (Undang-Undang, UIAM) ini lebih mengenali kawasan Tenang daripada mana-mana calon lain;
- Cikgu Normala adalah calon yang baik (namun PAS Johor) menginginkan beliau bertanding di kawasan Serom dalam pilihanraya umum akan datang. Kekalahan ini akan merosakkan sedikit peluang dan kredibiliti Cikgu di kawasan lain.
- Suami calon menjadi masalah kepada parti.
- PAS Johor merasakan Pusat terlalu mencampuri urusan penentuan calon di peringkat DUN, Negeri Johor.
- Keperluan PAS Pusat memberikan peluang kepada PAS Negeri membuat keputusan terbaik di peringkat DUN.

2. Kelemahan Jentera
- Kekurangan dana menyebabkan banyak jentera kita tidak dapat melaksanakan amanah dengan berkesan dan baik.
- Hari Mengundi adalah kelemahan yang paling ketara; kita tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk membantu pengundi ke tempat mengundi mereka;
- PAS Johor tidak diberikan peluang untuk memegang dana secara langsung; perlu meminta-minta daripada PAS Pusat (perlu pemerhatian khas).

3. Penglibatan PKR
- PAS Johor sudah mengingatkan PAS Pusat agar ‘mengehadkan’ kehadiran jentera PKR (khususnya Ketua Umum) di kawasan Melayu;
- beberapa helaian kes sodomi Anwar di kawasan FELDA mendatangkan kesan kepada pengundi.
- jentera PKR terlalu dominan dan membuatkan jentera PAS sendiri tidak selesa;
- soal membuka aurat, pencampuran lelaki/wanita di dalam jentera PKR menyebabkan ramai di kalangan ustaz/ulama’ muda PAS menjauhkan diri;
- PKR tidak membawa niat Negara Islam. Gagal menjawab isu.

4. Kejayaan DAP
- PAS Johor berterima kasih di atas bantuan DAP yang memberikan 70 % undi Cina kepada PAS.
- kejayaan ini adalah sesuatu yang luar biasa;
- PAS berjaya menembusi tembok pemikiran masyarakat Cina dengan baik
- strategi ‘PAS for All’ berjaya; tetapi tidak berkesan di kawasan Melayu;
- Labis Tengah cemerlang;
- PAS mudah bekerjasama dengan DAP; disebabkan mereka menjayakan program mereka sendiri. Kita hanya hadir dan mendapat keuntungan politik.

5. Karisma Guan Eng
- tarikan utama DAP adalah kehadiran Guan Eng yang mempunyai kemahiran pidato yang hebat
- pimpinan yang dilihat bersih dan wibawa
- banyak membantu PAS Johor dengan menyediakan dana segera yang membantu parti
- amat berterima kasih.

6. Impak Kehadiran Pimpinan PAS Sendiri
- kehadiran pimpinan PAS Pusat adalah baik dan berkesan;
- masih gagal meyakinkan orang Melayu perjuangan PAS dalam soal ekonomi kepada orang Melayu;
- perlukan model kepimpinan (keberkesanan pentadbiran PAS di Kelantan dan Kedah).
- pimpinan PAS Johor perlu diberikan pendedahan di peringkat nasional.

7. FELDA
- masih sukar mendekati masyarakat FELDA
- dilayan seperti ‘penjara’ oleh BN; takutkan kehadiran orang luar
- minda orang FELDA sendiri masih mundur dan terkebelakang;
- tidak mendekatkan diri dengan ‘agama’;
- kita perlukan lebih ramai ustaz yang memasuki FELDA (bincang isu kepimpinan Islam, integriti, kepimpinan ulama’); jangan terus buka kad politik.

8. Penggunaan Jentera Kerajaan
- melampau; semua jentera RELA/JPAM/BTN digarap untuk kepentingan kerajaan.

9. Perang Saraf
- kejayaan BN menjahanamkan kredibiliti calon; serangan kepada suami dan sebagainya
- isu gaji halal/gaji haram(Sumber dari ttp://penyokongpas.wordpress.com/).

Selasa, 8 Februari 2011

PENDEMO ANTI HOSNI MUBARAK SEBENARNYA SEKUTU KUAT ISRAEL

Mereka yang melancarkan protes anti Mubarak di kedutaan Mesir Kuala lumpur baru -baru ini di sahkan sebagai sekutu kuat ISRAEL. Pada demo itu pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO yang berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur antara mereka yang kelihatan adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu,  Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Pemerhati politik antarabangsa memaklumkan bahawa rusuhan di Mesir sengaja di adakan supaya Hosni Mubarak tidak melantik anaknya Gamal Mubarak sebagai penganti Presiden, Gamal di katakan tidak begitu pro kepada Amerika dan Israel, melihat situasi itu satu gerakan menghuru-harakan Mesir di rancang dengan bertopengkan Perjuangan Rakyat, maksud sebenarnya ialah untuk memberikan tekanan kepada Hosni Mubarak supaya melantik Omar Suleiman sebagai Naib Presiden. Omar Suleiman yang juga bekas ketua perisikan Mesir adalah orang yang paling rapat dengan ISREAL  demikan menurut laporan risikan yang telah di bocorkan.

Ini bermakna dengan kejatuhan Hosni Mubarak cengkaman ISREAL dan sekutunya Amerika keatas bumi Mesir makin bertambah kuat bila Omar Suleiman menjadi Presiden. Dan bermakna mereka yang bersengkongkol dan membodohkan diri berdemo di Panas terik Matahari mendesak Hosni Mubarak berundur adalah merupakan Penyokong ISREAL

Ahad, 6 Februari 2011

ANWAR MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT SARAWAK PULA

PKR Sarawak membodohkan rakyat dengan penganjuran Majlis Penghayatan Bersempena Sambutan Mulidur Rasul. Walaupun semua tahu bahawa parti itu tidak ada Biro Agama pun.


Di beritakan dari  negeri bumi kenyalang seramai kira-kira 800 orang bersesak-sesak hadir nak lihat dari dekat tokoh liwat paling dajal di Malaysia menghayati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.w.a.KLIK SINI : RAJAHMAS  KLIK SINI : ALEHKAYONG  KLIK SINI : KUCHING HITAM

WACANA MAQASID SYARIAH JADI MAJLIS MENTARBIYAHKAN ANWAR IBRAHIM OLEH HJ.HADI

MPG ingin merujuk kepada ucapan Anwar Al-juburi di majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Negeri selangor . Pada 30/1/2011 bersama  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Ketua Pembangkang itu berkata “Kesungguhan pemimpin dalam menunaikan amanah dari kepercayaan rakyat penting bagi mengelakkan krisis politik seperti di Tunisia dan Mesir, “Krisis di Tunisia dan Mesir berpunca daripada tiadanya keabsahan (legitimacy) untuk memerintah kerana pemimpin tidak diangkat dan diberi mandat secara sah oleh masyarakat,”.Beliau menambah keadilan sosial selaku cabang kepada prinsip utama keadilan harus diberi penekanan penting. Beliau berkata, prinsip keadilan adalah sebahagian maqasid syariat yang membawa matlamat utama pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

MPG ingin bertanya kepada al-juburi ini adakah dia sedar bahawa selama ini beliau dan PKR tidak pernah mengamalkan prinsip keadilan dalam partinya, 159 aduan berkenaan salah laku pemilihan PKR peringkat cabang dan kebangsaan tidak pernah di rungkaikan oleh kepimpinan PKR. sedarkah al-juburi bahawa kepimpinan PKR tidak DI ANGKAT DAN DI BERI MANDAT secara sah oleh ahlinya?. Malah beliau sendiri dalam kes liwatnya langsung tidak memberi peluang untuk keadilan di tegakkan secepatnya, ada sahaja helah untuk menangguhkan kes. apa nie bhai…lu cakap tak serupa bikin lah….tu sebab ramai pemimpin PKR tinggalkan lu….
Hadi pula berkata, sesebuah kerajaan perlu menyediakan ‘makanan rohani’ kepada rakyat sebagai sebahagian maqasid syariat.“Makanan kepada rohani itu merujuk kepada keperluan iman, ilmu, serta akhlak. “Sementara keperluan akhlak pula adalah bagi memastikan rakyat mendapat kekuatan dalaman bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik,” katanya.

Bhai lu kena lagi bhai dengan Hj.Hadi nie , lu tak dengar ke dia kata pasal ”makanan rohani tu……”Meliwat tu buruk akhlaknya bhai, pembohong itu makanan rohani orang munafik bhai....

Kasihan lu Anwar majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk menjadi MAJILS TARBIYAH DIINIYYAT TAHDZIBIYYAT buat Anwar al- Juburi. Nasib baik bukan majlis mentalqinkan……….  


Sabtu, 5 Februari 2011

MISI MENYELAMAT WARGA MALAYSIA DI MESIR, TAHNIAH KERAJAAN BN

Misi menyelamat warga Malaysia di Mesir, Tahniah kerajaan BN, Tahniah PM Najib, Tahniah DS Jamil Khir, Tahiah Datuk Azeez, Tahniah Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail. Tahniah bloger pro kerajaan Info corner. Agenda Daily 

Tahniah semua rakyat malaysia yang mengadakan sembahyang hajat memohon supaya mereka semua selamat. Tahniah kepada semua rakyat yang perihatin

Juak-juak pembangkang tak kan lihat aje kerajaan BN bertungkus lumus menyelamatkan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, walaupun ramai pelajar tajaan kau orang kat sana tu yang menimbulkan masalah kerana agenda politik. Tak kan susah nak mengaku kerajaan BN/UMNO sedang dan telah lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia....ikutkan nafsu politik sepatutnya kerajaan BN selamatkan aje pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang kerajaan taja aje...yang lain tu mereka datang sendiri pandai-pandailah bawa diri, buat apa mintak tolong kerajaan BN.


Sekali lagi aku ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan BN yang membantu mereka ini.

Rabu, 2 Februari 2011

10 KES PAS ALAMI SINDROM "INFERIORITY COMPLEX" TAHAP KRITIKAL

Satu pengakuan yang cukup mengemparkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan AJK Pas Pusat.KLIK SINI : KES 1

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusuf Rawa  mendakwa bahawa kepimpinan ulama PAS tidak membawa aspirasi nasional dan perlu ditukar jika mahu ke Putrajaya. Mujahid juga mendakwa kepimpinan ulama dalam PAS tak lagi sesuai apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut. Ini yang menyebabkan tulisan Mujahid didalam buku terbarunya ini menjadi kontroversi dikalangan ulamak-ulamak politik PAS.KLIK SINI : KES 2

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan pemimpin PAS mentahkedarah duit tabung Memali, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.‘‘Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu KLIK SINI : KES 3

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kekalahan Normala bukan kerana faktor beliau calon wanita, tetapi sebab hujan KLIK SINI : KES 4

Penubuhan PAS itu sendiri telah berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk menentang Malayan Union dan memperjuangkan nasib Bangsa yang beragama Islam dan berjuang mencapai kemerdekaan KLIK SINI : KES 5

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. KLIK SINI : KES 6

Tok Guru Mudalilul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang juga MB Kelantan mengeluarkan fatwa terbaharu di PRK Tenang "tak undi PAS adalah Jahiliah" KLIK SINI : KES 7 

Bekas menteri besar Perak  Nizar Jamaluddin dilaporkan dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas di sini mengatakan mengundi BN adalah haram di sisi agama, sebaliknya wajib menyokong PAS.  KLIK SINI :KES 8

MB Kedah dari PAS, Azizan Abd Razak mengalami masalah kesihatan fikiran iaitu kecelaruan fikiran dan sering tak tau merupakan antara sindrom "inferiority complex" KLIK SINI : KES 9

Kes 10 : Bukti nyata pemimpin dan juak-juak PAS mengalami sindrom kecelaruan fikiran