Rabu, 26 Disember 2012

INI FAKTA BUKAN AUTA : CAI PEMBANGKANG MESTI MALAS NAK BACA

Perkara yang nak MPG kongsikan ini bukan auta tapi fakta,tentu puak-puak pembangkang tak suka nak baca, sebab memang dah jadi tabiat mendarah daging dalam diri mereka tak suka pada perkara-perkara yang berfakta mereka lebih suka pekara-pekara auta yang jadi bahan makanan harian ceramah mereka. Apa pun sempena menyambut tahun baru nie. MPG rasa malas nak tulis pasal keJELEKkan Pakatan Pembangkang pasal terlalu banyak benda-benda yang di buat pelik-pelik belaka, makin banyak mereka menyerang Kerajaan BN dengan fitnah maka makin banyak pertolongan Allah kepada BN. Moga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia untuk terus menjauhi pakatan pembangkang.

Antara titik sentuhan rakyat...janji di tepati.
1. Meneruskan subsidi barangan asas dan bantuan seperti, Beras super tempatan,gula,Minyak masak,Tepung Gandum,Petrol RON95,Diesel,Gas Memasak.
2. Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA).
3.Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
4. AGRO Bazaar Kedai Rakyat
5. Tranformasi kedai Runcit (TUKAR)
6. Menu Rakyat 1 Malaysia
7. Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)
8. Skim Rumah Pertamaku.
9. Program Rumah Mesra Rakyat1 Malaysia (RMR1M)
10. Tabung khas perumahan Nelayan
11. Klinik 1 Malaysia
12. Bantuan untuk tukar teksi dan kereta sewa persendirian
13. Subsidi tukar tayar untuk teksi.
14. Anjung singgah
15. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
16. Kebajikan Warga Emas
17. Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
18. Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia)
19. Bantuan persekolahan
20. Baucher buku dari tingkatan 6 hingga Universiti.
21. Pemeriksaan kesihatan percuma untuk pencarum PERKESO umur antara 40 hingga 50 tahun.
22. 3G Smart phone rebate.
23. Insuran pengangkutan untuk pelajar sekolah
24. RM 100 bantuan kewangan untuk seluruh pelajar
25. Satu setengah bulan bonus kakitangan awam.,RM 500 untuk pesara dan balu pesara.
27. Minimum pencen RM  820.
28. Rm 1000 untuk pesara tentera yang berkhidmat kurang 21 tahun.
29. Elaun kehidupan Nelayan RM 200 sebulan
30. Pengusaha bas sekolah dapat subsidi ganti bas baru.

Banyak lagi lah penat nak taip.


Khamis, 13 Disember 2012

PAKAT DALAM PAKATAN DI JOHOR

MPG mendapat maklumat soheh dari puak-puak PAS yang kecewa dengan tindakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor yang tunduk dengan arahan "orang atasan" pakatan pembangkang untuk melepaskan 2 kerusi tradisi yang di tandingi kepada DAP.

Menurut empunya cerita, PAS melepaskan kerusi ITU kerana di janjikan jawatan MB selepas PRU 13 nanti. Ketua pembangkang Negeri Johor Dr.Boo dari DAP terpaksa berputih mata kerana Negeri Johor tak mungkin menerima bukan Melayu jadi MB, Pengerusi PKR Negeri Chua Jui Meng juga tahu sangat perkara ini, suka tidak suka calon PAS juga yang akan di angkat sebagai MB.

Bagi mengimbangi kuasa MB dari parti PAS nanti, DAP bersiap sedia untuk memenangi setiap kerusi DUN yang di tandinginya terutama di kawasan majoriti orang cina, kawasan-kawasan yang di anggap kelabu akan di arahkan PKR untuk meletakkan calon cinanya manakala kawasan hitam pula akan di arahkan PAS dan PKR dari kalangan orang melayu bertanding., dengan cara DAP akan menjadi majoriti dalam pakatan pembangkang negeri Johor. MB dari PAS akan jadi boneka sahaja. Perkara sama yang akan berlaku sepertimana yang berlaku kepada MBi Perak masa 11 bulan di kuasai DAP dan MB Selangor selepas PRU 12 hingga sekarang masih di kuasai oleh DAP..

Inilah pakatan yang sudah di putuskan oleh pemimpin pakatan Negeri Johor. Penyokong-penyokong PAS terus ditipu dan di keldaikan demi kuasa.




Isnin, 10 Disember 2012

BILA HATI TERTUTUP MATI : APA DAP BUAT SEMUA BETUL UMNO BUAT SALAH

PAS yang terhimpit dengan masalah dalaman PR dan ketandusan isu terus cuba memancing undi dengan cara mengelirukan rakyat serta menyemai keraguan dan kebencian terhadap BN. Fitnah konon BN menolak Islam, tidak Islam, kafir dan murtad telah menjadi wirid harian pemimpin-pemimpin mereka.

Oleh itu, momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama. Kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sedangkan ini bukanlah satu isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan tetapi milik persendirian. Justeru, adalah tidak munasabah meminta kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau pertubuhan persendirian. Logiknya, jika tidak mampu menubuhkan sekolah, kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda.

Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam, maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR. Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional.

Kedegilan kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu kemusykilan yang masih gagal difahami. Jika benar SAR ikhlas ingin mengajar agama, kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan mendapat bantuan secara langsung? Kenapa perlu terasing dari pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan kerajaan?

Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan. SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru. Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan.

Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang. Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP.
Puak-puak yang taksub dengan khaifah lantikan mereka ini begitu terkesima dengan jumlah yang di peruntukan tanpa membaca perincian terhadap budjet tersebut, menurut laporan Bajet negeri, Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR). Maknanya, tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR. RM13.84 juta.Dalam bajet tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta. Klausa ‘tujuan keagamaan’ ini adalah terlalu umum di mana kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam atau semua agama lain? Jika ia membawa maksud semua agama lain juga maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan RM32.58 juta lagi adalah untuk agama lain. 
 DAP memperjuangkan Negara Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain. Jadi, di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam? DAP langsung tidak berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya. Tetapi, PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Dato’ Seri Najib.

Sumber :Sudin Sahak.