Ahad, 19 Mac 2017

AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017

Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima rakyat dan Sultan.

Bermula dari program "SUARA HATI JOHOR" yang mengambil kira pandangan rakyat dalam membuat road maping kearah Johor Berkemajuan, Kepada "TEAM JOHOR" Mufakat kearah johor berkemajuan. Dan hari ini pelancaran "RaSUK 2017", Satu lagi program untuk rakyat bersama sama kerajaan negeri kearah membangun Johor Berkemajuan.

RaSuk 2017 mengembeling tenaga  sukarelawan-sukarelawan dari seluruh negeri Johor yang menjadi penggerak komuniti di peringkat akar umbi. Menghidupkan budaya sukarelawan di kalangan rakyat Johor.  Memberi penerangan tentang dasar-dasar pembangunan Kerajaan Negeri bagi memastikan sukarelawan dapat sama-sama menyumbang ke arah aspirasi Johor Berkemajuan

RaSuk 2017 juga menjadi satu platform bagi wakil Kerajaan Negeri Johor mengiktiraf peranan sukarelawan dalam pembangunan negeri dan berkongsi agenda pembangunan utama Gagasan Johor Berkemajuan. kesukarelawanan diharapkan akan menjadi budaya rakyat negeri Johor, khususnya buat anak muda di bawah usia 45 tahun yang menjadi tunjang dalam memberdayakan komuniti


RaSUK JOHOR 2017

Tiada ulasan: