Inilah yang berlaku bila pemimpin tidak faham peraturan dan undang-undang bersangkutan dengan penjagaan dan perlindungan terhadap kesucian Agama Islam,adat Istiadat Melayu, Sejarah dan Budaya Melayu, dalam hal ini saya tidak menyalahkan 100 peratus YB kafir yang memperalatkan Surau dan Masjid. Kebiadapan dan kurang ajar itu harus di channel kan kepada umat Islam yang membenar, mengizinkan, menyambut serta meraikan YB Kafir itu di dalam rumah Allah.
Memang ada tuntutan supaya kita sentiasa dan selalu mengimarahkan Surau dan Masjid tetapi janganlah sampai menghina kepada kesucian tempat ibadah, Majils boleh di adakan di Masjid dan Surau dan boleh jemput siapa sahaja tetapi kalau jemputan bukan Islam adalah lebih baik di tempatkan di luar Surau atau Masjid, dengan cara itu sekurang-kurangnya ianya tidak akan menyinggung perasaan umat Islam.
Perbuatan membenarkan bukan Islam menggunakan ruang ibadah umat Islam untuk ber“tazkirah” dan menyampaikan sumbangan bukan kali pertama berlaku tetapi hingga hari ini sudah tiga kali berlaku, pertama Pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas. Kedua Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan 'tazkirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dan yang terbaru giliran Masjid At-Taqwa Selayang Baru pula apabila Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen membuat penyampaian dan turut diberikan ruang untuk “bertazkirah” sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan Islam.
Inikah bentuk Islam yang di perjuangkan oleh PAS?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan