Isnin, 2 Ogos 2010

MATIKAN LINTAH DARAT - KOPERASI DI SETIAP PARLIMEN


Satu kawasan Parlimen boleh mempunyai lebih dari satu koperasi pemborong barangan kawalan asalkan mereka layak dan memenuhi syarat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tahniah dan terima kasih Datuk Seri. Aku  berharap sangat agar Ketua UMNO Bahagian dalam tiap-tiap Perlimen  mengambil peluang ini untuk mewujudkan paling tidak satu koperasi untuk menjadi pemborong barangan keperluan yang di maksudkan. Seelok-eloknya Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian juga mengambil peluang ini menjadi pemborong barangan kawalan mengambil alih peranan yang di mainkan oleh pemborong-pemborong lintah darat selama ini.

Semoga dengan usaha ini masalah kekurangan bekalan dan harga yang tidak berpatutan di sebabkan oleh karenah pemborong yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada kerajaan dan lintah darat kepada rakyat akan segera berakhir. Sekatan perlu di adakan dengan hanya membenarkan koperasi melayu atau UMNO sahaja sesuai dengan semangat 153 perlembagaan persekutuan. Sebagai permulaan memang wajar lesen pemborong di berikan tetapi setelah beberapa lama maka adalah wajar juga AP mengimport barangan kawalan ini di berikan kepada koperasi yang berjaya mencapai matlamat. Pun begitu soal pantauan dan pengawasan perlulah di berikan keutamaan

Tiada ulasan: