Ahad, 1 Ogos 2010

HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI KEPADA PESALAH ROGOL KANAK-KANAK

Ahli Parlimen Malaysia, tak kira barisan penyokong kerajaan atau puak pembangkang seharusnya membincang, meminda dan meluluskan hukuman REJAM SAMPAI MATI terhadap pesalah rogol kanak-kanak. Sejak akhir-akhir ini perbuatan mencabul, meliwat, merogol atau sebagainya terhadap kanak-kanak makin menjadi-jadi terutama di lakukan oleh mereka yang rapat atau kenal dengan kanak-kanak tersebut. Kes terbaru terjadi kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang di lakukan oleh pemandu Van sekolahnya yang berusia 51 tahun. Keadaan ini mengundang kegusaran kepada ibu bapa yang mempercayakan seseorang yang di anggap siuman untuk menjaga keselamatan anak-anak sewaktu ibu bapa tersebut pergi bekerja.

Pindaan terhadap Seksyen 376(2)(e) Akta jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan perlu di buat segara. Hukuman ini di lihat tidak lagi menjadi "pengerun" kepada si pelaku. Dalam hal ini di cadangkan agar hukuman REJAM SAMPAI MATI di hadapan khalayak ramai adalah satu-satunya hukuman yang setimpal untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada bakal pelaku -pelaku kesalahan sex terhadap kanak-kanak.

Mana pergi Ahli Parlimen dari Parti Pembangkang yang kononnya parti Islam yang memperjuangkan Islam dan ingin menubuhkan kerajaan Islam?. Kenapa tidak bermati-matian mengusul dan membahaskan perkara ini di Parlimen?. Ahli Parlimen kerajaan pula mengapa tidak berminat terhadap perkara-perkara seperti ini, banyak perkara dan bentuk hukuman yang perlu di pinda, di ubah dan di gubal semula bagi menjamin dan mendaulatkan undang-undang melalui proses hukuman, peringatan dan pengajaran terutama dalam hukuman yang melibatkan mahkamah syariah dan jenayah. Sudah-sudahlah berpolitik mempertahankan parti dan kedudukan. Bekerjalah untuk rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kelak kapal singki yang cadang dia kemudianya yang bela...Polis dan peguam negara yang jadi beballl buat kerja susah orang lain buat duit