Hudud bukan jawapan kepada masalah sosial - Karpal
20/08/2010 8:58pm
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.
Karpal berkata, partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.
"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial. - Bernama
KOMEN AKU
PETAMA BERBUIH-BUIH MULUT JUAK-JUAK PAS NIE BERHUJAH BAHAWA KARPAL NIE TAK ISLAM JADI TAK SALAH DIA CAKAP MACAM TU. KALAU DAH TAHU TAK ISLAM YANG MASIH NAK BERKAWAN DENGAN DAP TU APA HAL. AJAK TUBUH KERAJAAN PERPADUAN TAK MAHU.
KEDUA PASTINYA JUAK-JUAK PAS NIE CAKAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG DI DOKONG KERAJAAN SEKARANG INI CIPTAAN BRITISH. DAH TAHU MACAMTU KENAPA TIDAK AHLI-AHLI PARLIMEN PAS BERSAMA-SAMA BERSATU DI PARLIMEN MENGUSULKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN.
KETIGA JUAK-JUAK PAS INI AKAN SPIN KENYATAAN KARPAL INI HANYA PANDANGAN PERIBADI BUKAN PANDANGAN KESELURUHAN DAP. KALAU KENYATAAN PERIBADI KENAPA KARPAL GUNA PERKATAAN "PARTINYA" DALAM KENYATAAN ITU.
KEEMPAT PASTINYA JUAK-JUAK PAS NIE KATA UTUSAN MALAYSIA ORANG SURUHAN KERAJAAN BN DAN MENULIS FITNAH DAN HASUTAN. KALAU FITNAH DAN HASUTAN PERGILAH TANYA KARPAL SENDIRI DAN SIAPA YANG KATA LANGKAH MAYAT DIA DULU UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM ALA PAS..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan