Isnin, 29 Ogos 2011

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI, SELAMAT MENTYAMBUT MERDEKA KE-54 DAN SELAMAT HARI MALAYSIA

Salam buat semua pengunjung blog Melayupasirgudang. Dikesempatan ini MPG ingin mengucapkan selamat kepada semua ,

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI, SELAMAT MENTYAMBUT MERDEKA KE -54 DAN SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamatkan Malaysia negara tercinta dari nafsu buas pembangkang.









Ahad, 28 Ogos 2011

ADA MAT SABU PENYOKONG PAS MAKIN SESAT

SOKONG PAS ANDA SESAT,SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT.
Penyesetan baru yang di bawa oleh PAS atau khususnya oleh Timbalan Presiden PAS atau lebih khasnya Mat Sabu 121 adalah berkaitan  pengorbanan angota Polis dan keluarganya dalam peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan Mat Sabu itu mendapat reaksi daripada waris mangsa,
MUAR 27 Ogos - Waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950, kecewa dan terguris dengan kenyataan Mohamad Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Ismail Yahya, 80, iaitu adik kepada polis bantuan (AP) Othman Yahya yang terbunuh dalam tragedi berdarah tersebut, mengakui amat terkilan dengan kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas itu. Tegasnya, abangnya berjuang bersama-sama anggota polis Balai Bukit Kepong waktu itu secara sukarela kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Mengapa jasa dan pengorbanan abang saya tidak dikenang Mat Sabu? Walaupun kami daripada keluarga miskin tetapi abang saya mengetepikan semua itu semata-mata untuk berjuang demi tanah air tanpa dibayar satu sen pun.

"Sedih apabila mengenangkan pengorbanan abang saya tidak dihargai walaupun kami tidak minta disanjung. Kenapa pula kenyataan jahat dan bodoh seperti ini diluahkan," soalnya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Bukit Bendar dekat sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan biadab Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan 4 PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Selain itu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana kdua-dua tokoh tersebut ialah pegawai British ketika itu.

Ismail berkata, Mat Sabu tidak pernah merasai saat-saat pilu seperti dilaluinya apabila memangku mayat abangnya dan mengambil tangan, kaki dan kepala mereka yang terkorban untuk disemadikan selepas itu.
"Semua ini tidak berlaku terhadap keluarga atau saudara-mara dia, sebab itu dia bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia ini Melayu ke apa? Kalau nak ambil hati DAP pun berpada-padalah," katanya.

Sehubungan itu, Ismail mahu Mat Sabu berhenti daripada memutar belit kenyataan dan jangan memperalatkan Islam atau menggadaikan maruah bangsa Melayu hanya untuk cita-cita politiknya. Sementara itu, Penghulu Bukit Kepong, Mohd. Azhari Bidin, 40, menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai jahat dan mempunyai agenda tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau meminta pemimpin Pas itu insaf, bertaubat dan berpada-pada dalam berpolitik kerana tidak semua perkara boleh dipertaruhkan termasuk agama.

"Inikah pejuang Islam? Orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin dan dia pun bukan daripada golongan ulama atau profesional. Rugi bagi Pas kerana memiliki orang seperti ini apatah lagi bertaraf pemimpin," katanya.

Senarai Angota keselamatan dan keluarga yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong pada 23hb.Februari 1950. Alfatihah.

Anggota Polis
  1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
  4. Konstabel 9136 Hassan Osman
  5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
  6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
  7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
  8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
  9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
  11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
  12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. AP 2130 Samad Yatim
  3. AP Mahmood Saat
  4. AP 1925 Ali Akop
  5. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng



Isnin, 22 Ogos 2011

PRU OLOK-OLOK DUN PERMAS (N 43) CABAR YB PINDAH KEAHLIAN DAN JADI PENGERUSI MIC BAHAGIAN PASIR GUDANG DULU.

MPG setuju sangat dengan cadangan BN negeri kelantan untuk mengadakan simulasi pilihan raya di negeri itu selama dua minggu mulai 16 September ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Menariknya dalam simulasi akan datang ini Datuk Mustafar akan ketengahkan lebih ramai calon 'orang muda' dan calon yang benar-benar di senangi oleh rakyat kawasan tersebut. Kalau setakat calon nak selamat maka selamat jalanlah. Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri ‘calon menang’ yang disenangi rakyat.


APA MACAM PENGUNDI DI DUN PERMAS (N 43) KITA DESAK PERHUBUNGAN BN NEGRI JOHOR ADAKAN JUGA PILIHANRAYA OLOK-OLOK DI N 43. PILIHANRAYA OLOK-OLOK INI ANTARA PARTI KOMPONEN BN SAHAJA. UMNO LETAK CALON, MIC LETAK CALON, MCA LETAK CALON, PPP LETAK CALON, GERAKAN LETAK CALON ADA BERANI?.

THEN, KITA TAHULAH SIAPA YANG BUAT KERJA, SIAPA YANG BENAR-BENAR DI SENANGI RAKYAT. APA MACAM YB MM SAMY ADA BERANI KE.........SEKURANG-KURANGNYA MASA PRU 13 NANTI TAK PENING PILIH CALON.

APA PUN BUAT YB MM SAMY JANGAN KETAR LUTUT NIE CUMA PILIHANRAYA OLOK-OLOK KALAU KALAH PUN JAWATAN ANDA TETAP TAK TERUSIK HINGGA PRU 13 YANG SEBENAR. KALAU YB NAK MASUK NAMA PRU OLOK-OLOK NIE MPG CADANGKAN YB PINDAHLAH KEAHLIAN MIC DI KULAI TU KE BAHAGIAN PASIR GUDANG DAN BERTANDINGLAH PENGERUSI MIC PASIR GUDANG DULU BARU TAHU SAMADA AHLI MIC PASIR GUDANG BOLEH TERIMA ATAU TIDAK.



Khamis, 18 Ogos 2011

BILA MEREKA BERKUASA

Walaupun mereka berkuasa namun perasaan fobia terhadap bangsa melayu masih menghantuinya. terbaru kabar dari  http://pejuangmelaka.blogspot.com.

Silat akan di haramkan di Pulau Pinang





"Silat juga kami akan haramkan di Pulau Pinang seperti kami haramkan BTN, kerana dengan silat inilah Melayu begitu angkuh dan kejadian Pemuda UMNO menjulang keris amat ketara perkauman. Dengan diharamkan silat di Malaysia, kami warga Cina dan India akan berasa begitu selamat. Kerana kami mementingkan pendidikan daripada membuang masa" kata Guan Eng dalam Lim Guan Eng Blog Channel pada 16 Disember 2009. Siapa yang perkauman? Kenyataan Guan Eng ini jelas membuktikan DAP memang rasis terhadap orang Melayu.
Silat adalah budaya dan adat resam Melayu.


Kenyataan Guan Eng ini jelas berbaur hasutan. Dulu kata hendak perintah macam Umar Abdul Aziz, sekarang sudah lain. Berdasarkan tulisan Guan Eng di Blog Channel, amat ketara niat DAP untuk hapuskan silat, jawi dan budaya Melayu. "Ayuhlah bangun Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu" kata Guan Eng. Sudah tentu selepas ini akan ada penafian tentang tulisan Guan Eng ini. Pihak lain pula akan dituduh sebagai jahat dan pemfitnah. Guan Eng perlu bertanggungjawab. Buat semua orang Melayu, tolak ketepi perbezaan politik, demi agama dan bangsa...ayuhlah bersatu sebelum segalanya terlambat. Orang seperti Guan Eng mempunyai niat lain terhadap agama dan bangsa kita. Sedarlah bangsaku.Mari Bangkit Hapuskan Petualang Bangsa !! Salam Perjuangan

Isnin, 15 Ogos 2011

PENGUNDI HANTU MAINAN PERSEPSI PEMBANGKANG - Dr.Chandra Muzaffar.

Presiden JUST (The International Movement for a Just World), Profesor Dr. Chandra Muzaffar, menegaskan bahawa pilihan raya umum bukan bahan apologetik apatah lagi dalam konteks Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia, ia telah terbukti berlangsung dalam suasana yang telus, adil dan penuh kebertanggungjawaban.

“Kita lihat sendiri sejak merdeka 54 tahun lalu, sejak PRU pertama sehinggalah yang ke-12 pada 2008, tidak pernah berlaku dalam negara jumlah undi melebihi daftar pengundi sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa negara jiran termasuk Filipina semasa Marcos memerintah,” katanya.

Dr Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional turut membidas pembangkang yang sentiasa mewujudkan persepsi negatif dalam PRU dengan mengatakan wujudnya pengundi hantu. Beliau juga mengaku semasa menjadi calon PKR,dan tewas dalam PRU, ada rakan yang meminta beliau membantah keputusan Pilihanraya itu dengan alasan ada Pengundi hantu namun rakannya itu gagal membuktikan kekalahan beliau adalah kerana Pengundi hantu.

“Siapa pengundi hantu? Pembangkang mengatakan undi pos adalah pengundi hantu dan mewujudkan persepsi bahawa kononnya Barisan Nasional (BN) adalah memonopoli undi pos dan apabila undi pos ini secara automatik akan berpihak kepada BN. Itu semua hanya mitos. “Bukan semua undi pos menyebelahi BN biar pun ia melibatkan para pengundi yang kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan malahan saya sendiri semasa bertanding dalam PRU melawan BN di Bandar Tun Razak telah membuktikan bahawa undi pos berpihak kepada saya,” jelasnya.

Beliau turut memberikan contoh lain dengan dengan Ruslan Kassim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan dalam pilihan raya kecil Teluk Kemang menentang BN turut memenangi undi pos. “Pada keseluruhannya, sistem pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah adil dan terbuka dan kita tidak boleh bersikap apologetik dengan mana-mana pihak berkaitan hal ini,” katanya.


Sumber : MediaUMNO

Yang benar-benar wujud Pengundi hantu ialah semasa pemilihan Agung Parti Keadilan,bilamana jumlah kertas undi melebih orang yang datang mengundi dan hanya kroni Al Juburi memenangi jawatan tertinggi PKR. 

ARAHAN JAIPP ANTARA SYIAR DAN SYARIAT

Awal minggu ini kita di kejutkan dengan berita Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka. Fatwa tersebut serta merta mendapat tindakbalas orang ramai antaranya
  KLIK SINI, dan SINI JUGA

Komen MPG

Setiap pekara yg menjadi larangan agama walaupun mempunyai niat yg baik pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Ambil contoh seperti Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah kepada kaum kafir yang Rasulullah usulkan menjadi tentangan sahabat2 Nabi yg lain. Dan akibatnya walaupun Perjanjian Hudaibiyah itu berat sebelah tetapi ianya membawa kebaikan kepada penyebaran Islam di kota Mekah shingga akhirnya Islam menang dan menakluki kota Mekah dengan aman . Itu menunjukkan bahaw apa yg Rasulullah suruh/larang itu mempunyai hikmahnya yg tersendiri. Kita serahkan semuanya pada Allah, tak perlu ribut-ribut.

Rabu, 10 Ogos 2011

LAGI KAEDAH KAUM KAFIRUN MENCEMAR IMEJ ISLAM

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pembabitan syarikat judi atau arak dalam sebarang penganjuran majlis berpuasa bersama anak-anak yatim boleh mencemarkan imej Islam kerana jelas pendapatan syarikat-syarikat seumpama itu datangnya daripada sumber yang haram.

Sehubungan itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, adalah wajar mana-mana pertubuhan anak-anak yatim memastikan terlebih dahulu status pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa itu bukan daripada syarikat judi atau arak.

Pada masa sama beliau menggesa syarikat judi atau arak supaya lebih peka iaitu tidak terlibat dengan sebarang penganjuran majlis berbuka puasa walaupun tujuannya adalah baik.

"Puasa adalah ibadat dan berbuka puasa juga adalah ibadat. Adakah patut kita mencampurkan soal ibadat dengan benda-benda yang haram? Di dalam al-Quran jelas Allah telah memerintahkan kita menjauhi judi dan arak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan secara umum sekiranya terdapat syarikat judi atau arak yang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Muhammad Yusoff berkata, perkara yang dibangkitkan itu bukan berkaitan dengan soal tujuannya baik atau sebaliknya tetapi ia amat berkaitan dengan soal hukum melainkan sekiranya pertubuhan anak yatim itu benar-benar tidak tahu bahawa pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa itu adalah syarikat judi atau arak.

"Saya amat berharap semua pertubuhan dan rumah anak-anak yatim meneliti terlebih dahulu pihak yang menjemput mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku. Jika ada jemputan daripada mereka kita wajib tolak.

"Kita tahu syarikat-syarikat seperti ini mahu melakukan sesuatu yang baik tetapi masalahnya tidak boleh, tidak manis, tidak wajar dan tidak sesuai kerana sumber pendapatan mereka haram,'' katanya.

Beliau berkata, sekiranya syarikat-syarikat seperti itu tetap mahu memberi derma kepada anak-anak yatim, mereka boleh mencari anak-anak yatim yang seagama tetapi bukannya kanak-kanak Islam.

"Saya percaya banyak lagi syarikat dan korporat Islam yang berlumba-lumba untuk membuat kebajikan dalam bulan Ramadan ini,'' ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia. 

Isnin, 8 Ogos 2011

BUKTI PAS MUNAFIK

SALAM.
Hayatilah dengan hati yang terbuka, semoga Allah s.w.t memberikan hidayah, membuka hati-hati yang mati untuk menerima kebenaran

Ahad, 7 Ogos 2011

ISLAM MUSNAH DI TANGAN KHALID IBRAHIM

Menteri Besar berbangsa Melayu paling Berengsek dalam dunia itulah anugerah yang patut di berikan kepada Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dari Parti Kelentong Rakyat.

Dulu Istana di jadikan musuh bila nama Khusairin di perkenan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dulu pandangan Istana di perlekeh bila membuat keputusan menyebelahi Ronnie Liu memulangkan arak. Dulu arahan Istana tidak di endah dengan membenarkan masjid dan surau di gunakan untuk berpolitik. Dulu nama Istana di gunakan untuk sambut ulangtahun PKS hingga Sultan murka.

Hari ini tetiba Khalid Gagap teringat Istana menyembah untuk minta bantuan menyelesaikan kes JAIS dan Hassan Ali yang menyerbu memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama. Sepatutnya sebagai MB yang beragama Islam,Khalid Ibrahim tidak perlu menyatakan perasaan kesalnya terhadap tindakkan JAIS  kerana JAIS menjalankan tugasnya. Dalam kes ini nyata Khalid Ibrahim tidak bersetuju tindakan JAIS yang menjalankan tugas memastikan perkara 11(4) perlembagaan Persekutuan di lindungi dan menjamin tiada umat Islam yang di sesatkan atau di murtadkan samada secara langsung atau tidak langsung. Nampak sangat Khalid Ibrahim hanya MB boneka kepada majoriti yang menguasai Dewan Undangan Negeri.

Jalan untuk melepaskan tengkuknya Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Istana agar Istana di jadikan Kambing Hitam. BACA SINI

Khamis, 4 Ogos 2011

KAFIR KAH HASSAN ALI KERANA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

Hj.Hadi mengeluarkan fatwa bahawa menyokong UMNO adalah kafir kerana mempertahankan perlembagaan negara yang di sifatkannya sebagai peraturan jahaliah.

Inilah antara fatwa Hj.Hadi yang menyebabkan peristiwa memali, yang menyebabkan bini di tinggal laki, yang menyebabkan kanak-kanak kehilangan ibu bapa,yang menyebabkan orang Islam berpecah belah hingga timbul sembahyang 2 imam hingga keluar fatwa sembelihan orang UMNO haram di makan oleh pengikut PAS.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. Hj. Hadi Awang 

Hari ini Datuk Hassan Ali, Exco hal Ehwal Agama Islam Selangor bersama pegawai-pegawai JAIS dan Polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama kerana mempertahankan Perlembagaan Negara pada perkara 11(4) : 

Kedudukan istimewa Islam seumpama ini merupakan salah satu kesan atau implikasi penting akibat permeterian Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan istimewa agama Islam di Malaysia diperkukuhkan lagi apabila Perkara 11(4) dengan jelas memberi kuasa kepada Parlimen dalam konteks Wilayah Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri dalam konteks negeri-negeri untuk membuat undang-undang yang menyekat dan menghalang sebarang bentuk usaha mana-mana pihak untuk menyebarkan agama selain Islam di kalangan orang Islam. 

PERSOALAN : APAKAH TINDAKKAN HASSAN ALI INI , MENYEBABKAN HASSAN ALI MENJADI KAFIR OLEH HJ.HADI AWANG DAN JUAK-JUAK PAS  KHAWARIJ?

Rabu, 3 Ogos 2011

NC UNISEL DAN TIGA PEGAWAI DI BEDIL GARA-GARA TAK IKUT PERINTAH

Inilah akibat tak ikut kehendak pemimpin PKR, lihatlah apa yang berlaku dalam krisis pemilihan pemimpin PKR tempohari yang menyaksikan berduyun-duyun pemimpin kanan PKR cabut lari meninggalkan pemimpin yang di anugerahkan oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Kesimpulannya, sesiapa yang tak ikut kata pemimpin maka riwayat politiknya terkubur, jangka hayat pegang jawatan jadi pendek, silap-silap haribulan jadi kambing hitam yang di panggang hidup-hidup.

Berbalik kepada krisis UNISEL, ada kemungkinan bedilan di buat keatas Datuk Dr Rosti Saruwono, Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah di buat kerana kegagalan pihak PKR Negeri memperalatkan UNISEL untuk kepentingan parti.

Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Gagap akan berbuat apa saja asalkan kedudukannya sebagai MB tidak tergugat, asalkan puak-puak DAP yang di ketuai oleh Ronie Liu senang hati. Lihatlah apa yang berlaku kepada Hassan Ali....bagai melukut di tepi gantang.

Inilah corak pentadbiran kerajaan pembangkang...adakah corak ini paling sesuai untuk negara kita Malaysia?.

Isnin, 1 Ogos 2011

60 DALIL PAS BUKAN PARTI ISLAM

Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut
luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah
PAS sebenarnya?

1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang
lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai
rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah
dilakukan.

10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong
kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di
Kelantan.

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin
PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi
keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak
mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah
dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan
dalam buku ‘Shit’.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh
ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan
golongan mereka.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan
melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap
Kerajaan.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap
pemimpin Islam.

24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa
benci terhadap kerajaan.

25. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan
orang lain.

26. MAHU TAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan
anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh
kerajaan.

27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam
sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.

28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH
Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan
kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan
nikmat.

30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan
Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.

31. MENGHASUT RAKYAT
PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam
ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh
membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.

32. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang
pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah
jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

34. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.

35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala
berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala
pendapat mereka menjadi sebaliknya.

36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib
baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

37. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan
keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang
keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

39. PERKARA-PERKARA KURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat
sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.

40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT
PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang
mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki
syurga.

41. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang
Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU
PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar
seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama
Islam.

43. MENGKHIANATI AMANAH
PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri
mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan
mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah
negara.

44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA
PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam
urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta
mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti
muslim dari negara-negara lain.

45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati
peraturan Kerajaan Arab Saudi.

46. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan
mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat
ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka
sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS
tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan
mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu
perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.

51. PENDIRIAN TIDAK JELAS
PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang
dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu
bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN
PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa
sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada
usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik
mereka.

54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan
terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih
agresif dan ekstrim.

55. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar
masyarakat Islam.

56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara
perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator
perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.

57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.

58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada
orang Islam dari parti lawan.

59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan
timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan
ibadat.

60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM
PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO
menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.
Sumber:  http://apakata.blogspot.com/2011/07/perkara-yang-dilakukan-oleh-pas-perlu.html

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Kepada pengunjung blog MPG yang beragama islam,MPG mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, moga ibadah kali ini lebih baik dari sebelumnya,

Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan.


Bacaan lanjut sila ke ISLAM ITU INDAH