Sabtu, 7 Ogos 2010

PENGAKUAN IKHLAS PEMIMPIN PAS KELANTAN - MOTTO MEMBANGUN BERSAMA ISLAM SEMAKIN LONGGAR

KOTA BHARU 6 Ogos – Pas Kelantan yang telah 20 tahun memimpin pentadbiran negeri mengakui terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan dasar Islamnya selama ini.
Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang menjadi teras kerajaan sejak mula memerintah masih kekal namun penguatkuasaan yang lemah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Dari segi dasar kita tidak berubah, kekal, cuma mungkin penguatkuasaan ada kekurangan dan kelemahan, jadi kita akan ambil perhatian.
Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah negeri mengulas pelaksanaan dasar Islam yang menjadi moto kerajaan negeri kebelakangan ini didapati semakin longgar.
Antara, terdapat papan iklan di beberapa lokasi strategik termasuk bersaiz besar di bandar ini menggunakan model wanita yang tidak menutup aurat.
Keadaan ini berbeza pada zaman awal pemerintahan Pas apabila semua papan tanda memaparkan gambar wanita termasuk bukan Islam yang menampakkan bahagian rambut dan dada akan dihitamkan.
Kerajaan negeri juga seolah-olah dwistandard apabila penganjuran satu acara oleh agensinya sendiri di Muzium Kelantan di sini, membiarkan persembahan seorang wanita dengan ular selama sebulan berlangsung walaupun dia secara jelas tidak menutup aurat.
Sumber : Utusan Malaysia.

KOMEN
Ini pengakuan dari orang kuat PAS kelantan bukan reka cipta wartawan utusan, kalau negeri cuma seluas 14,931 km2. Dengan Jumlah Penduduk Sekitar1.67 juta dengan 95 % penduduk adalah Melayu Islam sendiri dah mengakui gagal melaksana dan menguatkuasakan dasar Islamnya. Maka apakah PAS mampu dan sanggup melaksanakan dasar Islam terhadap 28 Juta Rakyat Malaysia yang Melayu Islamnya hanya sekitar 54%. Untuk kuasa Politik sahaja PAS terpaksa gadai maruah diri dan agama bila bersekongkol dengan Kafir Harbi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala...baru nak sedar ke... dulu masa gambar yg d tampal konon x nak dedah aurat..hanya sebagai luaran shj, konon bila orang luar datang..fuh bagus kelantan,itu bagus, ini bagus...kalo sekadar buat hanya untuk tujuan politik bukab keraha agama,,,sudahlah PAS..penipuan dh lama terhidu..pertunjukkan ular berlangsung sebulan lebih n dh tamat baru nk sedar?..hahahah...lawak2..
bukan kita x tahu..apa yg untungkan PAS semua halaln bole..orang lain buat dosa, kafir..kalo PAS buat?...pikirla

Tanpa Nama berkata...

nik aziz merasmikan snooker islam konon...bukan kita x tahu permainan ni yg d penuhi ngan unsur judi... snooker bukan judi, tp pemain yg menjadikan ia judi..n d kelantan pun sudah maklumlah...rakyat kelantan bukan maksum..pemimpin nya pon sama..demi politik di benarkan...dulu x benar...sekarang benar..cepat benar berubah hukum hakam dalam PAS ni...adusss...yg pasti meniaga snooker d kelantan d kuasai ole kaum?..kaum ni punya pasal..nak kena jaga,,,nak kena bagi lulus..panggil MB datang rasmi konon...pikirla

Tanpa Nama berkata...

Apa nak dihairankan,apa yang PAS buat semuanya halal...Berdamping dengan umno haram,bersekutu dengan DAP menhancurkan islam halal..

Tanpa Nama berkata...

Okey le tu..Hidupkan Wayang Kulit disatukan dengan Opera Cina. Pemimpin PAS lain tunggu Nik Aziz padam aja lepas tu mulalah berebut kuasa. Sekarang pun dah nampak..Kah! Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

Sama la jugak dulu pasukan bola sepak disuruh pakai seluar panjang tapi sekarang peh!! Serban besar tipu pun besar

PAPA GOMO berkata...

kepala BUTOH Nik AJis lah. makin lama makin barua nik ajis ni. elok cepat mampos. orang jenis macam ni memang Anak Haram. bersatu atas nama Islam pun di tolak. barua dap nik ajis ni.

Ular Menyusur Akar berkata...

Gomo, banyak beristifar. Gomo antara blogger ternama.

Aku masih lagi tercari-cari kelebihan PAS dari UMNO samada dasar, pentadbiran atau penghayatan keislaman.

agbr47: Cantik kata dari rupa.