Tahniah aku ucapkan kepada pihak PDRM negeri Johor khususnya PDRM daerah Batu Pahat kerana bersegera memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim, pada kain rentang ceramah parti berkenaan yang diadakan di sini, akhir bulan lalu. Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata keterangan itu penting bagi pihaknya menyelesaikan kes penggunaan gambar baginda Sultan Johor dengan segera.
Polis sehingga kini sudah merekodkan keterangan daripada 52 individu termasuk Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan penduduk tempatan di kawasan poster itu dipasang. Polis juga telah merampas empat poster yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit pada 31 Julai lalu sebelum ceramah parti itu berlangsung. Pihak polis juga meminta masyarakat yang melihat atau ternampak pihak memasang dan menggantung poster itu supaya menghubungi polis daerah ini bagi membantu siasatan.
Aku berharap agar isu ini akan cepat di selesaikan dan berharap agar Anwar Ibrahim ini tidak mengupah peguam untuk meLEWAT-LEWATkan siasatan, jika beliau tidak memberikan kerjasama dengan pihak Polis bermakna beliau terlibat secara langsung dalam isu ini, dan mungkin juga beliau adalah dalang dalam isu ini. siasatan ini penting untuk membuktikan bahawa UMNO tidak terlibat dalam kerja-kerja bodoh seperti di dakwa oleh puak-puak PKR yang merelakan dirinya di liwat oleh helah politik Jui Meng dan Anwar.
5 ulasan:
Meluat betul dengan peliwat yang suka mencari alasan melewat-lewatkan kes.
betul tu. asyik meliwat liwat ajer... PKR=Parti Kelentong Rakyat.hahahaha
kah..kah..kah mula2 panggil anwar untuk bantu siasatan lepas ni orang umno pulak kena panggil atas tuduhan mereka banner...
tanya la ko punya tpm sapa yang buat..dia tahu sapa punya angkara..
Cuping Merah, hebat hang lebih tahu dari polis, so kesimpulannya CUPING MERAH & the Geng yang mungkin terlibat secara langsung dgn kes ni itu sebab die begitu marah dan babitkan TPM. Cuping Merah bersiap sedia lar untuk reka jawapan, k
Betul tu kapakmerah, kau kapak saja telinga dia kasi putus. heeeeee. dia dah merah telinga pasal Polis berjaya buktikan banner tu di buat oleh orang PKR sendiri. Lepas nie ada yang saman AMK pulak kerana buat laporan Polis palsu tuduh UMNO buat baner tuuuu.....
Catat Ulasan