KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.
"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini.
Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.
Ulasan
Adakah wajar seorang pemimpin dalam Barisan Nasional berkata begitu?.Adakah Soi Lek ni sudah yakin dan pasti selepas PRU 13 nanti Kerajaan Barisan Nasional akan tumbang?. atau memang benar ada agenda di sebalik pemilihan orang yang tidak bermoral ini sebagai Presiden MCA.Pandangannya ini menaikkan semangat lahabau-lahabau PAS untuk terus menentang kerajaan kerana mereka memang desprate untuk menguasai Putrajaya.
Aku nasihatkan Soi lek nie jagalah MCA Johor baik-baik, jangan sampai Cina Johor semua lari kepada Jui Meng. Yang dia sibuk di kelantan pasal apa di Johor pun separuh MCA bahagian tak sokong dia, pergilah nasihatkan cina-cina di Bakri, Muar ,Batu Pahat, Kluang, Skudai, Senai dan Air Hitam supaya sedar diri.
2 ulasan:
Salam Bro MPG,
Apa relevennya kenyataan itu? Adakah untuk memecahbelahkan pakatan? atau memecahkan undi BN orang melayu ke pas? Hati2 bro, fuckatan haprak sedang cuba menyerang johor agar dapat bersambung dengan singapura. Faham2 maksudnya sudahlah..
Kita pertahankan Malaysia ini sehingga titisan darah terakhir...
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Daulat Tuanku!
Hidup Melayu!
Merdeka!!!
TERIMA AJELAH HAKIKAT...DAN KELUAR DARI TEMPURUNG TU..CUBA JELING2 DILUAR SANA..
Catat Ulasan