Ahad, 8 Ogos 2010

APA JASA PAS ?- AWANG UTUSAN MALAYSIA


Satu soalan yang paling tajam dan straight to the point.Aku amat tertarik dengan tulisan Awang dalam Utusan Malaysia hari ini. dan aku minta kebenaran untuk di siarkan didalam blog ini sebagai tanda sokongan terhadap penulisan itu. Terima kasih Awang.
 Utusan Malaysia : 8/8/2010.
AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini. 

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.
Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung. 

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain. 

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO. 

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.


Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.







14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bintara Muda
Salam bro itulah hakikatnya yang pas harus terima. Memang pas tak ada jasa langsung di malaysia. Yang ada jasa Pas memecehbelahkan umat islam di Malaysia.

Ular Menyusur Akar berkata...

PAS OK, cuma pemimpin-pemimpin saperti TGHA dan N.AJIS yang banyak membuat fatwa songsang sehingga menjerumuskan pengikut-pengikut mereka kedalam fahaman songsang tersebut. Sekarang tambah lagi 3 ulamak PAS; Nizar, Badurul Amin dan Kalid Samad yang betul-betul menyongsang arus dalam pejuangan mereka sehingga PAS tidak lagi berwajah PAS malahan serupa aje dengan wajah parti politi yang lain. Apa yang mereka lakukan untuk menang bukan lagi untuk ukwah agama.

Kadang-kadang aku juga bersetuju jika PAS jadi check and balance. Dalam parti berbilang kaum pasti BN agak sukar untuk memastikan semua kegiatannya mematuhi syariat Islam. PAS akan datang membawa check and balance supaya perkara itu dapat di laksanakan mengikut prinsip Islam.

agbr47: PAS rosak kerana pemimpin-pemimpin yang rakus kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
Kah..kah..kah.. PAS Parti Anak Setan, Parti Ajaran Sesat, Parti Anak Sundal, Parti Arak Samsu, dsbnya... Tak leh nak sebut semua sbb banyak sangat yang tak betul dalam ajaran Islam yang dibawa oleh PAS. Kalu orang lain buat haram kalau dia buat halal.

Melayu Pasir Gudang berkata...

aku sokong pandangan dan buah fikiran sahabat agbr47. Masalahnya ketaksuban dan sifat assoyabiyah pengikut HamPAS ini yang menyebabkan segalanya jadi berantakan. Kita bukan anti PAS atau anti mana-mana parti. Yang benar tetap benar kita memang mengharapkan agar PAS menjadi sebuah parti yang kekal identitinya sebagai parti yang Dasar Perjuangan Islamnya tidak berubah dan tidak takut atau tunduk kepada kafir supaya UMNO boleh menumpang biarlah kita berlainan kapal tapi bab menegakkan Islam kita pada kalimah yang satu.Dasar dan hukum Islam tidak dapat di tegakkan oleh pemerintah kerana terdapat perbezaan ideologi politik antara umat melayu bukan perbezaan akidah dan syariat ini permasalahannya. Dua-dua parti katanya memperjuangkan Islam dan Bangsa jadi apa masalahnya, MASALAHNYA KEDUA-DUA NAK KUASA DAN PANGKAT tidak ada satu pun nak mengalah.

Tanpa Nama berkata...

kah ..kah..kah umno jasa apa?semua yang ada hanyalah hak kerajaan bukan umno punya..katalah PRU akan datang umno kalah dan PR menang..boleh ke umno ambik putrajaya untuk umno ataupun bangunan kerajaan yang ada?klau boleh betullah umno dah berjasa tapi kalau tak boleh itu bermakna umno belum membuat jasa..yang berjasa adalah kerajaan dan kerajaan adalah hak orang ramai,apabila kita sentuh hak orang ramai pasti semua terlibat tak kira la parti mana ataupun bangsa apa...tu korang kena faham...tapi aku ingat korang tkkan faham sebab korang tk nk kluar daripada tempurung...

sangtukangkata berkata...

ada juga malaun yang tak insaf2 erm. biarlah.. tapi yang penting pas dah terpesong jauh.. kira umno dah buat kerja yang sepatutnya.. pas.. mengampu, tuduh, caci, maki, dalil hebat, debat pun hebat, tapi yang lomahnya koje tak buat... pakai kopiah nak tunjuk islamik.. tapi padahal.. yang haram boleh kasi halal... so kalau dok tuduh umno teruk, ui ai pas lagi 10 kali ganda lagi teruk... tak caya tengok2lah sendiri.. jgn dengan umno sahaja berani tahap gaban.. tapi dengan dap, pkr.. trr trr trr, BAIK BOSSS!!!

Tanpa Nama berkata...

korang jer masih tidur...klau tk der pas islam dah lama hancur kat malaysia ni,nk harapkan umno dialah penghancur islam yang utama..cuba korang cari balik kata2 tun mahathir dan tun abdullah apa akan terjadi jika pas tiada dimalaysia ini...cari dan buka mata sedikit dan cuba jenguk2 sedikit diluar tempurung tu..

PAPA GOMO berkata...

bila pas berjasa pada negara? tak nampak pun jasa mereka selain dari menjahanamkan negara dalam demo demo yang tercetus.

pas bila nak bertaubat ni??? nak tunggu kiamat ke?

naDim'IQ berkata...

tido?? PELIWAT TEGAR mcm hang jer dok bz bela BABI & NAJIZ, Xde hamPAS or UMNO ISLAM dah lama releven kat TANAH MELAYU.. dari MAJOROTI gugusan NUSANTARA beragama BUDDHA & menyembah BERHALA, datang PENDAKWAH dari segenap pelusuk dunia berikutan ERA kebangkitan TAMADUN ISLAM..
tok seh dok lok lak r kalo Xlulus HISTORY!!
moyang atok hang peluk ISLAM?? hamPAS or UMNO ke yg ajaq MENGUCAP??

Mahathir Mohamad Al-Mamak Kutty berkata...

Apa pulak jasa Umno?

Anak haram makin ramai.. Kes buang anak pulak makin bertambah.. Kes rogol pulak makin menjadi-jadi..

Kalau kau kata Umno tu penegak Islam, perkara-perkara di atas tak akan berlaku secara berleluasa..

naDim'IQ berkata...

MMAK.. anak haram makin ramai bukan keje UMNO, tu SIKAP manusia sendiri.. manusia yg Xnak berpegang pada AL-QURAN & HADIS, yg Xnak hidup berdasarkan SYIAR ISLAM.. ISLAM jgn diPOLITIK, berPOLITIK pown dah kira YAHUDI.. zaman junjungan BESAR MUHAMMAD S.A.W ada sengketa POLITIK?? ada berPOLITIK?? fahaman & kesedaran tentang ISLAM perlu ada pada setiap PENGIKUTnya, Xyah dok sibuk2 hamPAS & UMNGOK yg bgtau ko!! lu nak citer pasai ANAK HARAM?? mat sabu pown wat MAKSIAT, org hamPAS kuat bejudi.. y Utz Harun Din kuar hamPAS?? MANUSIA bro.. IMAN Xkuat mcm2 boleh wat!! LOL

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

kah ..kah..kah umno jasa apa?semua yang ada hanyalah hak kerajaan bukan umno punya..katalah PRU akan datang umno kalah dan PR menang..boleh ke umno ambik putrajaya untuk umno ataupun bangunan kerajaan yang ada?klau boleh betullah umno dah berjasa tapi kalau tak boleh itu bermakna umno belum membuat jasa..yang berjasa adalah kerajaan dan kerajaan adalah hak orang ramai,apabila kita sentuh hak orang ramai pasti semua terlibat tak kira la parti mana ataupun bangsa apa...tu korang kena faham...tapi aku ingat korang tkkan faham sebab korang tk nk kluar daripada tempurung...
August 8, 2010 9:37 PM

Mak Bapak kau anon aug 8, 9:37 pm dari lahir, masuk sekolah sampai hari ni pun jasa UMNO lah yang dia dapat tengok dunia dan sampai hari kau pergi ke lubang lahat pun tanya dengan Imam UMNO mana nak letak jenazah kau. Bukan nya british atau pas yang beri kau pelajaran, ini lah dia orang, dari kecil tak nak mampos dah besar menyusahkan mak dan bapak dia .

Tanpa Nama berkata...

Mahathir Mohamad Al-Mamak Kutty said...

Apa pulak jasa Umno?

Anak haram makin ramai.. Kes buang anak pulak makin bertambah.. Kes rogol pulak makin menjadi-jadi..

Kalau kau kata Umno tu penegak Islam, perkara-perkara di atas tak akan berlaku secara berleluasa..
August 9, 2010 4:45 PM


Sila buat kelantan rujukan

Kes pengganguran no 1
Kes buang bayi no 1
Kes AIDS no 1
Kes penagih dadah no 1
Kes penyalah gunaan dadah no 1
dan banyak lagi kes kes yang melibatkan penyakit
dan kekotoran fisikal.
no 1.

Itu kerajaan UMNO ke? atau kerajaan wali selipar? Little nicky?

Berhati hati lah syaitan yang bertopengkan agama Islam yang suci.

Tanpa Nama berkata...

iya tk iya jgk,kalu tgok blue kt hp smua kecek klate..