Sabtu, 15 Mei 2010

TINDAKKAN TAK CERDIK OLEH AWANG ADEK

Kecewa,dukacita dan marah apabila mendengar berita Kerajaan pimpinan DS Najib telah meluluskan lesen judi sukan.Satu keputusan yg amat tidak bijak yg pasti akan menimbulkan perasaan dan sentimen lebih kurang sama seperti yg saya rasai,mungkin lebih,dikalangan orang Islam,khususnya orang Melayu.Mungkin ada juga sebahagian daripada mereka yg bukan beragama Islam menentang keputusan itu.Penentangan itu bukan atas dasar agama tetapi ianya dilihat dari sudut keburukan dan masalah yg akan timbul ekoran dari permainan judi akan meningkatlah penyakit sosial yg berkaitan dengan nya. Persoalanya,dimanakah para penasihat Agama dan para ulama dalam Umno dan kerajaan sehingga membenarkan keputusan yg dilaknati Allah ini dibuat oleh PM.Tidak mungkin mereka tidak sedar bahawa mereka juga akan menerima bahagian dan saham dari keputusan itu. Melesenkan judi secara undang-undangnya memberi tahu kita bahawa kerajaan membenarkan atau menggalakkan Perjudian, jika begini mengapa perlu pula kerajaan mengadakan penguatkuasaan. Pelik sungguh suruh buat lepas tu cari pasal tangkap pulak. Kerajaan tidak berintegriti. Satu yang menteri-menteri kerajaan tidak dapat melihat ialah bagaimana membentuk masyarakat Malaysia. Kalau asas kerana masyarakat bukan islam memerlukan segala perkara yang haram kepada orang islam di negara ini maka kita perlu laksanakan demi sebuah negara yang berbilang kaum dan kebebasan agama. Maka saya berpendapat identiti negara melayu islam itu memang tersasar jauh, saya berpendapat ramai orang bukan islam sebenarnya ingin hidup di dalam sebuah negara islam yang tulen. Mereka akan merasa bangga kerana walaupun mereka berbangsa Cina atau India tetapi mereka betul-betul berbeza dengan Cina dan India dari mainland mereka. Mereka adalah Cina dan India yang di bentuk dari sebuah negara Melayu Islam. Kerajaan seharusnya mengambil prinsip bahawa “kalau nak suruh orang itu masuk Islam tidak perlulah ubah rukun Islam.” Kelihatannya kerajaan sekarang ini terlalu liberal dalam soal dasar atau asas kewujudan negara bangsa yang berteraskan melayu islam sebagai identitinya.Apa akan jadi jika selepas ini kalau semua menteri-menteri melayu Islam kita berfikir macam awang adek 1. Lesenkan pelacuran bagi mendapatkan lebih pendapatan negara .Sebab tak bagi lesen pun rumah pelacuran atas nama rumuh urut bersepah-sepah. Penguatkuasaan tidak perlu di jalankan sebab dah halal.Awang adek jadi taukeh. 2. Hidangkan arak-arak dalam majlis - majlis kerana ada tetamu bukan Islam. Walaupun kita sendiri tak pasti adakah tetamu bukan islam itu akan minum. 3. Pihak berkuasa boleh saman masjid-masjid dan surau-surau yang melaungkan azan kerana pencemaran bunyi dan menggangu ketenteraman awam kerana ada komplen dari orang awam. Kalau beginilah cara pemikiran kerajaan UMNO / BN sekarang ini, maka inilah baru betul kerajaan yang di namakan demi kuasa sanggup menghalalkan cara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masalah sosial dan politik Malaysia, terutama yang melibatkan orang Melayu, banyak dicetuskan oleh orang2 Kelantan, tak kisah samada mereka di BN atau di PR.

Tanpa Nama berkata...

huh parahlah kalau macam ni. pedang yang tumpul digosok tajam untuk memancung leher sendiri.