"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Isnin, 31 Mei 2010
Al Juburi - PM realiti atau fantasi.
Melihat kepada senario kedudukan PKR hari ini, agak sukar bagi al juburi wal yahudi untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri kerana PKR tidak menjadi majoriti dalam Pakatan Pembangkang. (DAP 28, PKR 27,PAS23).Dalam prinsip asas demokrasi, mana-mana pihak yang memperolehi majoriti maka pihak itulah layak dan berhak mengetuai sesuatu organisasi atau kumpulan. Bagi Negara kita Malaysia pula, parti yang memenangi kerusi secara majoriti berhak mengetuai kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan,
Walaupun beliau masih di beri peluang sebagai ketua pembangkang, peluang untuk menjadi Perdana Menteri tidaklah semudah itu, kerana semua ketua / presiden parti-parti di dalam pakatan pembangkang juga mengidamkan jawatan itu.
Setelah usaha al juburi pada 16 Sept. gagal hanya ada satu peluang lagi kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri iaitu PKR kena jadi majoriti dalam pakatan pembangkang dan pembangkang mesti menang paling kurang 112 kerusi di parlimen pada PRU 13 nanti. Persoalannya mampukah PKR dan al juburi merealiasasikan impian ini, sanggupkah DAP dan PAS membiarkan PKR menjadi dominan dalam pakatan. Jalan pintas mungkin yang ada ialah Al-juburi masuk jadi ahli DAP. Meramal dari keputusan PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu, saya membayangkan PRU 13 adalah medan penentuan untuk orang melayu terus berkuasa memerintah melalui Barisan Nasional atau perubahan berlaku apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih dengan majoriti kerusi adalah dari parti DAP dari kaum cina dan india. Yang mewakili 40% penduduk Malaysia manakala al juburi akan membawa 20% lagi undi melayu menyokong pembangkang, menjadikan pembangkang menguasai 60% undi rakyat Malaysia. Tapi bagaimanakah kesan keputusan mahkamah terhadap kes liwatnya?. Apakah beliau tetap di terima menjadi Perdana Menteri kalau telah sabit kesalahan?. Rakyat akan tentukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kita semua tak hairanlah. Kes liwat Anwar ini akan ditunda sehingga PRU13!
Sebab DAP nak memperalatkan Anwar utk jadi PM dari PR. Dah tu dgn kelebihan kerusi parliamen, kerajaan PR akan mula meminda Perlembagaan. Pada PKR dan PAS alright punya. PAS cuma berlakon shj utk memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya PAS gunakan Islam utk mendapatkan kuasa politik shj. DAP akan mendesak supaya institusi Raja-Raja Melayu dihapuskan. Bagi Anwar ini adalah OK. Serupa juga dgn PAS yg memang tak menghormati pun raja2 Melayu (Ingat kes Pak Haji PAS yg berguling di depan kereta Sultan Perak hari itu?)
Bila institusi Raja sudah tiada, Malaysia akan diistiharkan sbg Republik of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi PM dan Anwar akan dilantik sbg Presiden Melayu yg pertama dan terakhir spt yg telah berlaku di Singapura.
Pembangkang Melayu akan dikenakan tindakan mahkamah bernilai ratusan juta ringgit oleh mahkamah yg memang pro PR selama ini pun. Bila dah muflis, dok diam ajelah orang Melayu. Maka bermaharajalelalah kaum Cina bila dapat kuasa memerintah Republik of Malaysia spt di Singapura hari ini.
Pada masa itu, orang Melayu akan dapat mimpi ngeri.
Melayu PAS menang sorak, kampung tergadai.
Melayu mudah lupa.
Allah hu Akbar.
Catat Ulasan