Rabu, 5 Mei 2010

PERJUANGKAN AGAMA USAH KETEPIKAN BANGSA

Budaya Politik Melayu seringkali tidak cerdik, kerana politik maka segalanya yang menjadi asas habis di leraikan telanjangkan satu persatu hinggalah memberikan ruang kepada bangsa asing menguasai diri dan bangsanya sendiri. Inilah yang terjadi dalam Politik bangsa Melayu di Negara ini pada hari ini.Orang-orang Melayu Islam berpolitik untuk menguasai dan meruntuhkan kerajaan sedia ada di bawah daulah Islamiah. Muktahir ini Institusi raja-raja pula di babitkan dalam kemelut ideologi politik kepartisan hingga mewujudkan kumpulan pro dan kontra terhadap Institusi Kesultanan Melayu itu, Apa tujuan?. Hanya satu iaitu menegakkan benang basah dan biarlah para penyokong sendiri memandang tinggi kepadanya dan penyokong dari puak kafir Harbi memandang tinggi kepadanya.Tujuan utamanya hanyalah Politik dan kuasa. Kumpulan mana yang melakukan perkara ini di Negeri Perak dan Selangor?. Adakah mereka dari bangsa yang berlainan dengan Raja-Raja Melayu?.Bangsa dan Agama apakah mereka yang berbaring di jalan raya menghalang kereta di raja Perak?. Bangsa apa dan agama apa yang di anuti oleh manusia yang mempertikai titah Sultan di Selangor?.Bangsa apa dan Agama apa orang yang memasang kain rentang menghina Sultan di Terengganu?.Bangsa dan Agama apa manusia yang menghina jenazah al mahrum Sultan Johor. Ingatlah bahawa Institusi Raja-Raja Melayu merupakan benteng terakhir orang melayu. Dan Orang Melayu merupakan bangsa yang membawa bersamanya Islam sebagai ad-din sepertimana tertulis di dalam perlembagaan negara perkara 160 yang mentarifkan bahawa "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan— (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian; Menderhaka kepada Raja Melayu adalah juga menderhaka kepada bangsa sendiri. sebarang usaha menjatuhkan maruah Raja- raja Melayu adalah juga perbuatan menjatuhkan maruah orang-orang melayu hayatilah Wasiat Raja-raja melayu yang terpaksa di keluarkan oleh Raja muda Perak YM Raja Nazrin Shah bagi mengingatkan orang-orang melayu yang terlalu taksub berpolitik gilakan kuasa.Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah: • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan. • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). (Dengan ihsan utusan Malaysia) Sudah di wasiatkan, Sudah di jamin di dalam perlembagaan hak orang Melayu dan Islam jadi apalagi kita yang sebangsa dan seagama ini bercakaran?. Adakah kita telah di pergunakan oleh orang lain untuk menjahanam kan bangsa dan agama kita?.Ayuh anak bangsa ku kita bersatu mempertahankan apa yang telah kita punyai, lupakan sengketa dan hasad dengki serta dendam kesumat, marilah kita mewujudkan kerajaan PERPADUAN antara sebangsa dan seagama. Jangan terlalu taksub kepada kumpulan tertentu hingga senang di bawa hanyut dalam kesesatan dan kefasikkan. Semua kita bertauhidkan kalimah”LAILA HA ILL’ALLAH WA MUHAMMADUR RASSULLAH”.

Tiada ulasan: