"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Sabtu, 1 Mei 2010
PAS GAGAL LAGI
artikel ini di petik dari :http://www.agendabangsa.com/comment dari Pinkasih
PAS Johor Bahru dan J/Kuasa Bertindak Setinggan DUN Stulang (yang dianggotai oleh penduduk setinggan bermazhab PAS) telah membuat laporan polis berkenaan isu pengambilan tanah setinggan dan penempatan semula penduduk. Ini merupakan satu lagi gimmick murahan PAS Johor Bahru yang kini cukup terdesak setelah gagal menghasut majoriti penduduk setinggan untuk menolak tawaran kerajaan.
Apa yang cukup melucukan ialah mereka mendakwa mendapat mandat dari penduduk 8 buah kampung setinggan yang terlibat. Mengikut laporan mereka…
Kehadiran penduduk dari 8 buah kampung yang terlibat dalam projek pembinaan lebuhraya dan penempatan semula cukup ramai dan sekaligus berjaya mencapai sasarannya.
Setelah ditolak konco-konco PAS Johor (Mahfodz Mohamed, Mazlan Aliman, Dzulkefly Ahmad, Rosli Kemin, Syed Othman), Ong Kow Meng (ADUN DAP yang datang jauh dari Senai), Hassan Karim (PRM) serta Abdul Khir & The Gang (J/Kuasa Bertindak tajaan PAS), BERAPA ORANG SAJA YANG TINGGAL? Itu pun sudah pasti kebanyakannya merupakan sanak-saudara Abdul Khir yang diangkut dari Kg. Desa Melayu. Kelakar PAS sungguh mencuit hati…
Terimalah hakikat bahawa perjuangan sempit yang dibawa pembangkang tidak mendapat tempat di hati masyarakat Johor Bahru.
Saya menghadiri ceramah PAS yang dibuat di perkarangan rumah Abdul Khir (yang bermati-matian menafikan bahawa dia cuba mempolitikkan isu setinggan DUN Stulang). Tak sampai 30 orang yang hadir. Jauh berbeza dengan sambutan penduduk kepada sesi taklimat yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru.
Saya masih ingat kenyataan jahat Mazlan Aliman yang menyamakan UMNO dengan Israel yang merampas tanah penduduk Palestin. Abdul Khir dalam ceramahnya bukan main berapi-api menghasut penduduk dengan fakta-fakta bohong. Kononnya UMNO tidak boleh diharap dan merekalah sebenarnya Pembela Rakyat. Kononnya UMNO itu korup dan merekalah sebenarnya yang ikhlas memperjuangkan masalah penduduk.
Tapi apa yang berlaku di taklimat anjuran UMNO Bahagian Johor Bahru?
Abdul Khir dan konco-konconya mati kutu! Abdul Khir hanya tergagap-gagap mengulangi kenyataan Dato’ Shahrir agar penduduk tidak perlu berpindah selagi rumah belum siap. Selain daripada itu tidak ada satu pun cadangan mahu pun pandangan yang diberi oleh J/Kuasa Bertindak tajaan PAS berkaitan isu penempatan semula penduduk. Apa yang orang ramai saksikan pada malam itu hanyalah Abdul Khir yang cukup emosional apabila disindir sebagai cuba menjadi Jaguh Kampung. Apa yang orang ramai saksikan pada malam itu hanyalah Abdul Khir yang menafikan dia cuba mempolitikkan isu setinggan walaupun sudah beberapa kali menganjurkan siri ceramah pembangkang di perkarangan rumah beliau sendiri. J/Kuasa Bertindak tajaan PAS ternyata gagal memainkan sebarang peranan bermakna untuk mengangkat suara rakyat.
Umum mengetahui, PAS hanya berminat untuk mengambil kesempatan atas sebarang permasalahan yang dihadapi penduduk. Mereka akan mengadu domba, menghasut dan menakut-nakutkan penduduk dengan cerita-cerita bohong ciptaan mereka. Apabila perjuangan sempit mereka gagal menarik sokongan penduduk, akhirnya mereka akan menghilangkan diri meninggalkan sebilangan kecil penduduk yang termakan hasutan.
Golongan opportunist seperti pembangkang tidak boleh dijadikan sandaran oleh masyarakat. Penduduk setinggan DUN Stulang sudah cukup matang dan bijak untuk menilai yang mana intan, yang mana permata. UMNO Bahagian Johor Bahru sudah puluhan tahun membuktikan bahawa kebajikan penduduk setinggan sentiasa dibela. Puluhan ceramah PAS dan ratusan kisah bohong yang disampaikan oleh mereka tidak mampu menafikan hakikat ini.
Biarkan PAS Johor Bahru terus menipu diri sendiri dan bermimpi di siang hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan