Khamis, 13 Mei 2010

PROSES PEMUTIHAN KAKITANGAN KERAJAAN

Artikel di ambil dari http://agendabangsa.com Agensi kerajaan adalah satu-satu alat atau senjata sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan yang paling strategik untuk menang dalam mana-mana pilihanraya umum. Kebelakangan ini kerajaan BN nampaknya sudah semakin hilang kawalan ke atas agensi atau kakitangan mereka sendiri dalam berperanan mempengaruhi pengundi untuk menyokong kerajaan. Contoh yang jelas dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu, statistik intipan mengenalpasti hampir separuh dari kakitangan PBT yang menguruskan pilihanraya bagi pihak SPR adalah penyokong pembangkang yang tegar. mereka ini menjadi batu api, menjadi penghasut dan menjadi alat propaganda pembangkang dalam menyemai nilai kebencian rakyat terhadap kerajaan yang memerintah pada hari ini. Pada hari ini hakikat pilihanraya ke 12 lalu masih tak berubah. Masih terdapat ramai balaci pembangkang yang mengisi perjawatan penting dalam agensi kerajaan khususnya agensi yang banyak terlibat mengurus orang melayu. Banyak antara mereka bersandiwara dan melakon watak yang hebat, talam bermuka-muka. Namun pada hakikatnya mereka amat anti dan sukar bekerjasama dengan YB BN terutama apabila melibatkan hal-ehwal kendalian jabatan mereka. MARA contohnya ada segelintir pegawainya penyokong tegar PR hingga sanggup tanpa silu melekatkan stiker menyokong pembangkang pada kenderaan mereka. Mereka juga sanggup berkorban meluangkan masa menghadiri ceramah-ceramah pembangkang yang hampir dengan kawasan mereka, malah ada sebahagian menjadi petugas. Hakikat dalam meletakkan dasar kepentingan kerajaan dalam menanangi hati dan menyelesaikan rakyat di buat bagai mepas batuk di tangga. Kebanyakkan masalah rakyat khususnya orang melayu tak dapat diselesaikan yang seterusnya impak besar adalah kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini. Segala perkara yang baik di bawa oleh kerajaan sering di sabotaj dan kerajaan menjadi kambing hitamnya. Rakyat hanya tahu menyalahkan kerajaan kerana agensi yang terlibat adalah kerajaan malah segalanya gagal kerana berpunca dari projek kerajaan barisan nasional. Rasanya dah penat pemimpin umno dan BN cuba mendekati dan berusaha mengambil hati rakyat yang mempunyai kuasa mengundi ini. Namun usaha ini sering digagalkan oleh kakitangan awam yang tegar pembangkang yang masih bermaharaja lela penuh kekebalan mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang sering berdepan dengan masyarakat dan rakyat. Keikhlasan berkhidmat bukan untuk menabur bakti kepada rakyat, tetapi lebih kepada hasrat merealisasikan agenda pembangkang. Adakah ini kelompok kolar putih yang kerajaan BN nak pelihara dalam agensi mereka. Adakah kerajaan tidak merasakan mereka adalah penghalang kepada wawasan dan dasar yang kerajaan susah payah gerakkan. Mereka ini api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging kerajaan BN pada hari ini. Selaku pemimpin UMNO selain UMNO itun sendiri harus dibersihkan dan di buat pemutihan, maka penjawat awam yang bersifat yahudi dalam kain ini juga harus di buat pemutihan. Rang undang-undang penjawat awam harus di pinda. Semua penjawat awam harus bersumpah aku janji melaksanakan semua dasar kerajaan dengan ikhlas dan sempurna. Yang penting seharusnya mereka menyokong kerajaan dalam melaksanakan tugas. Jika ingkar, dikenalpasti atau tertangkap sebagai balaci pembangkang, akta behak melucutkan serta merta jawatan mereka dan semua keistimewaan sebagai penjawat awam di tarik balik seumur hidup. Moga pendekatan ini bakal menjadi pengajaran kepada penjawat yang lain yang masih belum insaf. Kita ada ramai perisik-perisik UMNO dalam semua jabatan di agensi kerajaan. Mereka boleh memantau dan melaporkan segala pergerakkan penjawat yang tegar pembangkang ini. Jangan rosakkan susu sebelanga lantaran tindak tanduk nila ini. Mereka mampu menghasut seluruh penjawat dalam jabatan mereka dalam masa yang singkat. Mereka adalah perosak produktiviti kerajaan. Malangnya penjawat yang baru masuk masih suci juga dengan mudah rosak kepala otak mereka bila berkawan dengan mahkluk tak sedar di untung ini. Kalau rehat minum bersama isu kedai kopi mereka adalah politik. Mula-mula busukkan ketua jabatan, lepastu kaitkan dengan aliran politik ketua jabatan, akhirnya buruk seluruh parti politik yang membentuk kerajaan. Kerajaan UMNO pada hari ini harus melihat isu ini dengan serius. Peluang menang pilihanraya amat tipis jika pilihanraya diurus oleh mereka ini. Kerosakkan minda politik anak-anak muda terutamanya pelajar samada di sekolah mahupun di IPT, anasir-anasir Dr Azhari, Nordin Mat top masih berleluasa di Sekolah dan IPT melalui guru2 dan pensyarah serta kakitangan bukan akademik di IPTA. Separuh malah mungkin lebih dari penjawat akademik dan bukan akademik di IPTA pendokong tegar pembangkang yang melahirkan ramai Salahuddin ayub, suhaizan kaiyat, dan ramai lagi malah ramai antara calon pembangkang yang bertanding pilihanraya adalag tergolong dari pensyarah dan penjawat di IPTA. Tahniah kementerian Pengajian Tinggi kerana selain melahirkan graduan, kementerian juga melahirkan ramai tokoh pembangkang yang hebat kerana lantaran pergerakan mereka di IPTA tidak dipantau oleh mana-mana badan politik yang menjadi kerajaan hari ini. Mereka bebas menggerakkan dakyah mereka di surau-surau masjid malah bilik kuliah, samada secara terbuka atau berkelompok di tempat2 sulit yang strategik. Mereka inilah anatara yang terawal melatah jika mendapati mana-mana parti komponen BN terlibat dalam program bersama pelajar di IPTA. Mereka inilah juga antara komponen yang menguatkan kesatuan pelajar yang berhaluan kiri di IPTA. Mereka menjadi penanunf kepada pelajar yang akhirnya menjadi tegar menyokong pembangkang dan laluan kepada parti politik di luar mereka menjadi pemudahnya. Bila situasi ini akan berakhir, mungkin apabila kerajaan PR sudah menjadi kerajaan sepenuhnya memerintah malaysia, barulah mereka ini akan berubah menjadi penyokong tegar kerajaan yang memerintah. KOMEN AKU Di manakah yang di katakan kerajaan BN/UMNO mengamalkan pemerintahan kuku besi?. Siapa kata demokrasi tidak wujud dalam negara Ini?.Apa lagi kebebasan dan keadilan yang mereka tuntut?.Sebagai sebuah negara yang membangun dan terus bergerak maju kita memang memerlukan barisan pembangkang yang baik yang sama-sama bertanggungjawab membina negara, tapi hari ini barisan pembangkang yang kita harapkan itu sudah tiada lagi di Parlimen Malaysia yang ada hanyalah beruk-beruk yang gila kuasa dan terlalu ghairah untuk menduduki dan berkuasa di Putrajaya macam al juburi ghairah melihat jantan macho.Barisan Pembangkang di Parlimen akan menentang segala apa juga cadangan kerajaan walaupun cadangan itu baik untuk di laksanakan untuk kepentingan rakyat. TOLAK BARISAN PEMBANGKANG SEDIA ADA. TOLAK BARISAN PEMBANGKANG YANG NEPOTISME DAN KRONISME

Tiada ulasan: