"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Sabtu, 15 Mei 2010
APA LAGI MEREKA MINTA (Part 1)
Seorang perempuan bukan muslim namanya Victoria Jayaseele Martin (VJM)hari ini memperoleh kebenaran semakan daripada Hakim Melayu Islam yang namanya Mohd.Zawawi Salleh untuk mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)menerimanya sebagai peguam syarie.Alasannya untuk keadilan.Keadilan untuk siapa?.
Aku harap majlis agama islam negeri-negeri atau badan tertinggi agama islam di negara ini mengambil tindakkan segera dalam menyelesaikan isu ini. Janganlah hal-hal berkaitan agama islam di campur aduk kan dengan hal-hal sivil. Aku lihat kalau bab khalwat hukuman dalam mahkamah syariah orang muslim kena berat orang non muslim terlepas, tak pulak mereka nie bising pasal keadilan.
Jika yang di katakan keadilan itu berdasarkan kepada artikel 8(1)"semua orang samarata dari segi undang-undang",8(2)"tidak boleh ada diskriminasi pada warganegara", 5 "Kebebasan diri "dan 10(1)"Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan". Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan maka apa hal pada prinsip keadilan dan mendaulatkan perlembagaan pada artikel 121(1A)Mahkamah sivil tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.Apa hal dengan akta Pentadbiran undang-undang islam 1993 yang di lindungi oleh mahkamah syariah?.
Aku pasti selepas nie melalak lah pulak majlis peguam mempertahankan kehendak VJM nie.Tolong lah jangan gangu hak kami sebagai melayu Islam di negara ini setelah kami TERLALU toleransi terhadap kamu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan