"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan
Khamis, 27 Mei 2010
DI MANA KITA, SEBAGAI ANAK BANGSA DI BUMI BERTUAH INI
Rabu, 19 Mei 2010
Gula Kurang - Mak Jah ikat perut, Ah Cong Sendawa
Masalah kekurangan gula telah berlanjutan sejak bulan April 2006 hingga sekarang, Masalah ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pengguna dan yang lebih serius lagi menyebabkan operasi pelbagai industri khasnya perusahaan makanan dan minuman terganggu. Kesannya amat ketara ke atas pengusaha restoran dan penjaja kecil yang tidak dapat mata pencarian mereka kerana kekurangan gula ini. Siapa penjaja kecil yang hidup dengan rezeki dari jualan kuih?. Orang melayu atau bangsa lain?
Pihak KPDHEP telah membuat pelbagai kenyataan rasmi mengatakan bahawa masalah kekurangan gula adalah terkawal. Malah menyebut bahawa satu punca kekurangan bekalan gula di seluruh negara dikenalpasti disebabkan sektor perindustrian membeli gula di pasaran tempatan.Sektor perindustrian yang mengkhusus dalam pembuatan makanan termasuk yang beroperasi di negara asing memilih untuk membeli gula di pasaran tempatan disebabkan harga yang murah berbanding harga gula di pasaran terbuka.
Pengedar-pengedar mengatakan bahawa terdapat pengilang gula yang tidak menghantar bekalan. Walaupun masih ada pengilang yang menghantar bekalan secara biasa namun bekalan adalah berdasarkan kuota bulanan yang ditetapkan mengikut pesanan mereka yang terdahulu. Ini menimbulkan keadaan bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
Keadaan ini merumitkan lagi dengan berita pihak tertentu menyorok bekalan gula ini untuk memaksa harga gula naik. Sekiranya benar, pihak Kerajaan tidak harus melayan desakan menaikkan harga gula yang hanya menguntungkan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan membebankan rakyat jelata.
Pihak Kementerian perlu menyiasat samada pihak pengilang gula telah secara sengaja menurunkan pengeluaran mereka untuk menimbulkan satu keadaan ketidakseimbangan pasaran di mana permintaan melebihi penawaran dan memaksa kerajaan bersetuju dengan kehendak mereka untuk menaikkan harga gula.
Pihak Kementerian juga perlu segera menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula yang di sebabkan oleh masalah logistik dan pengedaran dan mengambil tindakan untuk mengatasi segala pemasalahan ini.
Persoalan kepada masalah kekurangan Gula ialah
Siapa dalang kepada masalah ini?
Tauke Kilang gula bangsa apa?
Tauke Gudang Penyimpan bangsa apa?
Tauke Lori Gula bangsa apa?
Tauke supermarket / kedai runcit bangsa apa?
.
.
.
.
.
.
Mereka yang hidup melarat mengharapkan hasil jualan kuih muih bangsa apa?

Ahad, 16 Mei 2010
Apa Lagi Mereka Minta (Part 2)

Sabtu, 15 Mei 2010
APA LAGI MEREKA MINTA (Part 1)

TINDAKKAN TAK CERDIK OLEH AWANG ADEK

Isnin, 3 Mei 2010
PERKASA - yang memperkasakan bangsa - Part 1
Rabu, 28 April 2010
PERINGATAN DARI HULU SELANGOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah pun tamat dan keputusannya pun telah kita ketahui dengan Pihak kerajaan iaitu Barisan Nasional telah berjaya merampas kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 1725 undi. Alhamdulilah ini adalah Qadha dan qadar dari Allah s.w.t setelah semua pihak berusaha untuk memenangkan pihak atau Parti masing-masing.
Keputusan pilihanraya itu seharusnya membuka mata umat Melayu Islam di negara ini tentang betapa pentingnya kita bersatu padu jika kita betul-betul sayangkan Agama,Bangsa dan Tanahair. Lupakan soal politik keterlaluan yang menimbulkan dendam dan kebencian antara kita sebaliknya bersatulah mempertahankan kedaulatan Melayu sebagai umara'negara ini. Janganlah kita terlalu gila dan mabukkan kuasa hingga sanggup berkrompomi dengan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan Melayu Islam negara Malaysia.Kesannya amat buruk sepertimana telah berlaku kepada negara di Selatan Tanahair kita bilamana Umat Melayu di Sana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sebagai kaum peribumi.Perkara itu tidak mustahil berlaku kepada negara kita kerana tiada perpaduan antara Melayu.
Lihatlah dan bukalah mata bagaimana kebanyakkan pengundi kaum cina di Hulu Selangor (menurut Presiden MCA kira-kira 70% atau lebih) tidak memberikan sokongan atau undi kepada BN.Walaupun permintaan kaum tersebut telah di janjikan oleh Datuk seri Najib untuk di tunaikan namun mereka masih lagi mempunyai "agenda lebih besar" lagi bukan setakat meminta apa yang di janjikan tetapi mungkin juga meminta sebuah negara untuk mereka kuasai dan perintah sendiri.Mereka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan BN yang di terajui oleh orang melayu ini. Walhal mereka juga cukup akui bahawa kerajaan sekarang ini telah memberikan keuntungan kepada mereka. Buktinya mereka menguasai lebih 70% ekonomi negara.Justeru itu tidak salah kalau saya mengandaikan bahawa kaum cina ini sebenarnya bukan sahaja menguasai ekonomi malah mahu juga merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Gerakan mereka bertambah senang bila orang-orang melayu terlalu taksub berpolitik, dan mereka begitu yakin bila orang melayu gagal bersatu,cita-cita mereka untuk merampas negara ini akan menjadi mudah.
Dalam hal tersebut parti-parti cina yang menyokong kerajaan pun akan berpaling tadah, buktinya di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lepas,saya tidak percaya ahli MCA dan Gerakan di Kampung Baru Batang Kali hanya 58 orang iaitu bilangan undi yang di perolehi oleh BN manakala PKR mendapat 202 undi.Di kampung baru Rasa pula BN hanya mendapat 49 undi berbanding PKR 319,adakah ahli MCA dan Gerakan di Kampung baru Rasa hanya 49 orang?.Di Peti undi Kampung Baru Cina Kuala Kubu pula BN hanya mendapat 206 undi manakala PKR mendapat 666.Jadi tidak keterlaluan kalau saya mengandaikan bahawa Ahli-ahli MCA dan Gerakan di kesemua Peti undi yang di nyatakan mengundi pembangkang.Mereka adalah pembelot.
Saya berpendapat kerajaan BN harus berani melakukan pembedahan membuang anggota yang rosak seperti pengidap penyakit kencing manis yang memotong anggota badan yang terkena jangkitan sepaya anggota badan lain tidak berjangkit.Kerajaan BN kena tukar strategi dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan di berikan kepada peti undi-peti undi cina yang menyokong BN sahaja, kepada kawasan peti undi yang menyokong pembangkang biarkan mereka meminta dari pembangkang kerana mereka telah memberi undi kepada pembangkang. Atau kerajaan harus menetapkan pendirian bahawa kawasan majoriti orang melayu mesti di letakkan calon melayu, dengan ini MCA dan Gerakan akan hanya berpeluang bertanding di kawasan cina yang di kuasai pembangkang cina atau kawasan majoriti pengundi cina. mungkin baru mereka akan bekerja bermati-matian untuk survive.
Akhir kalam saya menyeru seluruh umat melayu untuk bersatu mempertahankan kerajaan sedia ada demi kesinambungan pemerintahan kesultanan melayu di bumi bertuah ini. Ini bukan penulisan bersifat perkauman tapi sekadar memberi ingatan kepada Umat Melayu di Malaysia ini tentang pepatah lama melayu yang berbunyi, "buat baik berpada-pada ,buat jahat jangan sekali".jangan sampai kera di hutan di susukan anak di pangkuan mati kelaparan. renung-renungkanlah......
Selasa, 13 April 2010
NIK AZIZ - MUSYIDUL AM ATAU MUDALILUL AM

Sabtu, 3 April 2010
1 MALAYSIA YANG SEBENAR

Jumaat, 2 April 2010
BILA PEKERJA TIDAK BEKARJA ATAU TAKUT BEKERJA UNTUK MAJIKAN.

Jumaat, 26 Mac 2010
UTUSAN MALAYSIA - UTUSAN UNTUK BANGSA
Akhir-akhir ini begitu banyak tekanan, hentakkan, asakkan, hempasan, himpitan dan segala macam serangan yang di lakukan secara terang-terangan (dulu pun dah ada tapi tak nampak sangat) terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Puak –puak pembangkang yang terlalu teruja dan taksub untuk mendiami @ menguasai Puterajaya.
Apa yang mereka begitu ”Jaki” sangat terhadap Utusan Malaysia ini?.
Jawapannya cukup mudah.
1. UM melapurkan perkara-perkara yang benar-benar berlaku dan bertanggungjawab atas lapurannya – tak macam akhbar dia orang.
2. UM memperjuangkan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. UM menjadi utusan umat melayu.
4. UM hak orang Melayu.
Puak yang jaki dengan Utusan Malaysia ini mempunyai agenda untuk menghapuskan identiti dan perjuangan Melayu di bumi Malaysia ini. Bertambah malang apabila agenda yang di kepalai oleh oleh DAP ini turut di sokong oleh orang Melayu sendiri melalui perjuangan yang sempit untuk kepentingan individu.
Perbuatan membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini oleh sekumpulan lembu-lembu belaan Anwar Ibrahim memperlihatkan betapa mereka begitu terdesak dan tersedak dengan berita yang di siarkan oleh akhbar utusan tersebut.
Utusan Malaysia terlalu banyak bakti kepada negara sebagai wadah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hingga lah sekarang ini sebagai wadah untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan. Selain memainkan peranannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk rakyat Malaysia.
Membakar Utusan Malaysia adalah membakar hati pejuang-pejuang bangsa yang telah berusaha memerdekakan tanah air. Kita generasi merdeka patut mengutuk perbuatan biadap yang di lakukan oleh si Samsul Lembu dan kuncu-kuncunya itu. Ingatlah bangsa melayu mempunyai daulat dan karahmah sesiapa yang cuba menghancurkan bangsa ini pasti akan menerima padahnya.
Langgan:
Catatan (Atom)