"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Isnin, 3 Mei 2010
PERKASA - yang memperkasakan bangsa - Part 1
Assalamualaikum.
Tahniah aku ucapkan kepada seluruh kepimpinan dan ahli serta penyokong PERKASA.
Kali ini aku dapat melihat ada kebangkitan bangsa yang selama ini terlalu banyak bertolak ansur hingga segala hak yang termaktub di dalam perlembagaan pun sanggup di kompromikan demi kelangsungan politik.Suara PERKASA merupakan suara Bangsa Melayu yang kecewa dengan UMNO yang terlalu banyak berpolitik hingga hak bangsa di kompromikan.
Hari ini utusan Malaysia melapurkan "Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan supaya memberikan layanan setaraf dan adil kepada seluruh Sekolah Agama Rakyat (SAR), sama seperti yang dilakukan terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.Pada masa ini kerajaan telah memberikan bantuan yang begitu banyak kepada SJK sehingga berbilion ringgit hanya untuk membayar gaji gurunya sahaja sambil pada masa sama berterusan memberi bantuan prasarana dan kuasa autonomi.
Sedangkan jelas beliau, SJK itu pada hakikatnya bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan tetapi tetap diizinkan demi menjaga kepentingan dan keharmonian kaum di negara ini.Dan bantuan kepada SJK itu selama ini langsung tidak dipertikaikan oleh orang Melayu termasuk Perkasa.
Bagaimanapun, tegas beliau, berbanding SAR, kerajaan telah mengenakan pelbagai syarat bagi membolehkan bantuan penuh diberikan, walhal penubuhannya adalah selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kepentingan dan hak istimewa Melayu dan agama Islam.
"Berilah sama adil kepada SAR sama seperti layanan baik kepada SJK, buktikan keprihatinan kerajaan melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," Kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Perkara ini sebenarnya terlalu banyak di utara dan di suarakan oleh UMNO dalam setiap kali perhimpunannya samada peringkat bahagain mahupun di peringkat kebangsaan, malangnya suara hanya tinggal suara kerana UMNO takut di tuduh rasis, Inilah kelemahan UMNO yang mesti di ambil alih oleh PERKASA yang tidak terlibat dengan politik demi memperjuangkannya hak bangsa melayu. UMNO pula mestilah membuangkan mentaliti bahawa SAR akan melahirkan kader-kader yang akan membangkang kerajaan.
Aku minta bukan sahaja layanan yang sama atau setaraf dengan SJK malah kerajaan mesti mengubah korikulum SAR supaya setara bagi seluruh negara dan sijilnya di iktiraf oleh Kerajaan, bantulah SAR agar menjadi sekolah bistari kerana hanya sekolah ini sahajalah yang pelajarnya 100% orang melayu.Kalau MRSM sekarang telah di nodai oleh 10% bukan melayu tapi SAR masih lagi dapat mempertahankan kesuciannya.
Teruslah berjuang wahai PERKASA, teruslah menghunus keris warisan mu,soal politik kau serahkan sahaja pada UMNO. Kalau PERKASA terlalu berpolitik aku takut jadi macam UMNO, dah hunus keris, melutut mintak maaf pula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan