Isnin, 24 Mei 2010

PENGERUSI BN PERINTAH PRESIDEN MIC LETAK JAWATAN

Presiden MIC sekarang akan terus menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap Pilihanraya Kecil (PRK) dan PRU ke 13 akan datang, jika dia masih terus ingin duduk sebagai Presiden MIC. Majoriti Kaum India tidak akan mahu mengundi calon pilihan Semi Value sepertimana berlaku di Hulu Selangor.

Sepatutunya Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, malah beliau sendiri pun kalah di sungai siput yang beliau sebelum ini menang lapan penggal berturut-turut.

Sebelum semuanya hancur gara-gara kedegilan Samy ini, DS Najib sebagai presiden Barisan Nasional perlu campurtangan supaya kaum India tidak terus meninggalkan MIC. DS Najib harus melihat masalah MIC sekarang bukan lagi masalah dalaman malah telah membawa kepada masalah BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.Sebagai Pengerusi BN DS Najib perlu menegur Samy kerana , DS Najib harus bertanggungjawab terhadap prestasi BN keseluruhannya.

Banyak masyarakat India tidak mahu Samy sebagai Presiden maka banyaklah Parti-parti berasaskan kaum india di tubuhkan. Memang benar Samy menang dalam pemilihan Presiden MIC yang lepas tetapi kemenangannya tidak mencerminkan kehendak rakyat dia menang kerana semua lawannya di tewaskan di peringkat pencalonan lagi.

Demi mengekalkan kerajaan Barisan Nasional , Pengerusi BN harus berani melakukan tranformasi membuang segala libiliti dalam BN yang menyebabkan rakyat tidak menyokong Barisan Nasional.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena cari seorang lagi TS MUHYIDIN YASIN jolok sarang tebuan,baru PM berani bersuara.....!

Tanpa Nama berkata...

mr sam... bila lagi mau berhenti.... rambut pun dah gugur... maknanya orang dah tak mau mr samy.

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu mesti undi hanya Melayu... tak kira parti mana PRU13 nanti... Kalahkan Chua Soi Lek, Sammy Vellu, S. SUbaramaniam di Segamat, Ong Tee Kiat... orang cina dan jadi musuh dan ancaman kepada orang melayu... melayu mesti racist macam cina....DAP yang sangat racist... melayu perlu racist juga....