Rabu, 28 April 2010

PERINGATAN DARI HULU SELANGOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah pun tamat dan keputusannya pun telah kita ketahui dengan Pihak kerajaan iaitu Barisan Nasional telah berjaya merampas kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 1725 undi. Alhamdulilah ini adalah Qadha dan qadar dari Allah s.w.t setelah semua pihak berusaha untuk memenangkan pihak atau Parti masing-masing. Keputusan pilihanraya itu seharusnya membuka mata umat Melayu Islam di negara ini tentang betapa pentingnya kita bersatu padu jika kita betul-betul sayangkan Agama,Bangsa dan Tanahair. Lupakan soal politik keterlaluan yang menimbulkan dendam dan kebencian antara kita sebaliknya bersatulah mempertahankan kedaulatan Melayu sebagai umara'negara ini. Janganlah kita terlalu gila dan mabukkan kuasa hingga sanggup berkrompomi dengan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan Melayu Islam negara Malaysia.Kesannya amat buruk sepertimana telah berlaku kepada negara di Selatan Tanahair kita bilamana Umat Melayu di Sana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sebagai kaum peribumi.Perkara itu tidak mustahil berlaku kepada negara kita kerana tiada perpaduan antara Melayu. Lihatlah dan bukalah mata bagaimana kebanyakkan pengundi kaum cina di Hulu Selangor (menurut Presiden MCA kira-kira 70% atau lebih) tidak memberikan sokongan atau undi kepada BN.Walaupun permintaan kaum tersebut telah di janjikan oleh Datuk seri Najib untuk di tunaikan namun mereka masih lagi mempunyai "agenda lebih besar" lagi bukan setakat meminta apa yang di janjikan tetapi mungkin juga meminta sebuah negara untuk mereka kuasai dan perintah sendiri.Mereka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan BN yang di terajui oleh orang melayu ini. Walhal mereka juga cukup akui bahawa kerajaan sekarang ini telah memberikan keuntungan kepada mereka. Buktinya mereka menguasai lebih 70% ekonomi negara.Justeru itu tidak salah kalau saya mengandaikan bahawa kaum cina ini sebenarnya bukan sahaja menguasai ekonomi malah mahu juga merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Gerakan mereka bertambah senang bila orang-orang melayu terlalu taksub berpolitik, dan mereka begitu yakin bila orang melayu gagal bersatu,cita-cita mereka untuk merampas negara ini akan menjadi mudah. Dalam hal tersebut parti-parti cina yang menyokong kerajaan pun akan berpaling tadah, buktinya di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lepas,saya tidak percaya ahli MCA dan Gerakan di Kampung Baru Batang Kali hanya 58 orang iaitu bilangan undi yang di perolehi oleh BN manakala PKR mendapat 202 undi.Di kampung baru Rasa pula BN hanya mendapat 49 undi berbanding PKR 319,adakah ahli MCA dan Gerakan di Kampung baru Rasa hanya 49 orang?.Di Peti undi Kampung Baru Cina Kuala Kubu pula BN hanya mendapat 206 undi manakala PKR mendapat 666.Jadi tidak keterlaluan kalau saya mengandaikan bahawa Ahli-ahli MCA dan Gerakan di kesemua Peti undi yang di nyatakan mengundi pembangkang.Mereka adalah pembelot. Saya berpendapat kerajaan BN harus berani melakukan pembedahan membuang anggota yang rosak seperti pengidap penyakit kencing manis yang memotong anggota badan yang terkena jangkitan sepaya anggota badan lain tidak berjangkit.Kerajaan BN kena tukar strategi dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan di berikan kepada peti undi-peti undi cina yang menyokong BN sahaja, kepada kawasan peti undi yang menyokong pembangkang biarkan mereka meminta dari pembangkang kerana mereka telah memberi undi kepada pembangkang. Atau kerajaan harus menetapkan pendirian bahawa kawasan majoriti orang melayu mesti di letakkan calon melayu, dengan ini MCA dan Gerakan akan hanya berpeluang bertanding di kawasan cina yang di kuasai pembangkang cina atau kawasan majoriti pengundi cina. mungkin baru mereka akan bekerja bermati-matian untuk survive. Akhir kalam saya menyeru seluruh umat melayu untuk bersatu mempertahankan kerajaan sedia ada demi kesinambungan pemerintahan kesultanan melayu di bumi bertuah ini. Ini bukan penulisan bersifat perkauman tapi sekadar memberi ingatan kepada Umat Melayu di Malaysia ini tentang pepatah lama melayu yang berbunyi, "buat baik berpada-pada ,buat jahat jangan sekali".jangan sampai kera di hutan di susukan anak di pangkuan mati kelaparan. renung-renungkanlah......

Tiada ulasan: