Jumaat, 28 Mei 2010

KEMUNGKARAN JUDI : SALAH SIAPA?

Aku menulis sebagai maklumbalas terhadap satu cabaran debat yang di buat oleh Nasaruddin Hassan kepada PERKASA. Menurut malaysiakini, Nasaruddin mencadangkan debat perdana itu dengan tajuk ”Kemungkaran judi bercambah dalam negara : tanggungjawab siapa”. Pandangan aku, Cabaran ini menyerlahkan lagi ke BEBALan ketua Dewan Pemuda PAS ini. Dalil : Tajuk besar macam nie tak kan nak berdebat dengan PERKASA. Cabar lah Pemuda UMNO, ini persoalan system pemerintahan Negara. tak kan tak dapat beza PERKASA dan UMNO. Tapi tidak apalah, dia dah memang bebal biarkanlah dengan kekebalannya.. Menurut sistem pemerintahan di negara ini, ada tiga badan utama yang menentukan corak dan sistem pentadbiran negara iaitu badan eksekutif, legislatif dan judisial. Ketiga-tiga badan pentadbiran ini mampu memainkan peranan masing-masing berhubung dengan tajuk di beri, walaubagaimanapun saya memilih badan legislatif sebagai jalan penyelesaiannya. Menurut sistem legislatif, tugas mengubal.meminda dan meluluskan sebarang akta dan peraturan adalah di bawah tanggungjawab badan ini. Dan keahlian badan ini adalah dari mereka yang di pilih oleh rakyat di dalam Pilihanraya. Persoalannya?.Apa peranan ahli-ahli PAS yang di pilih mengangotai badan legislatif ini?. Adakah PAS sudah memungkiri janji terhadap rakyat untuk memperjuangkan agama?. Adakah PAS juga memainkan peranan membiakkan lagi kemungkaran judi dalam negara?. Inilah akibatnya ahli PAS di dalam badan legislatif yang terlalu banyak berpolitik hingga meninggalkan perjuangannya. Kemungkaran judi bercambah kerana kegagalan Ahli Parlimen dan ADUN PAS memainkan peranan sebagai check and balance dalam badan perundangan negara atau negeri. Demi kuasa politik dan cita-cita menguasai Puterajaya segalanya di biarkan termasuklah penghinaan dan pencabulan terhadap Agama Islam. Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa judi itu HALAL. Apa yang dilakukan adalah untuk membenteras kegiatan judi haram yang tidak mendatangkan keuntungan kepada negara. Anda perlu faham makna menghalalkan dan melesenkan. Dengan adanya lesen maka kerajaan berhak untuk mengutip cukai sebagai pendapatan. Tanpa lesen kerajaan tidak boleh mengutip cukai. Bila kita tidak melesenkan premis-premis judi ini maka kita sebenarnya menggalakkan lagi pencabahan judi, bilamana orang akan membuka pusat judi sesuka hati dia. Dengan adanya sistem perlesenan sekurang-kurangnya percambahan pusat judi ini boleh dikawal. contohnya hanya satu premis judi di satu kawasan Majlis Perbandaran. soal hukum Judi tetap HARAM. tetapi sekurang-kurangnya kerajaan berjaya mengawal PERCAMBAHAN PUSAT JUDI DALAM NEGARA. Apa pula peranan PAS dalam hal ini. Membiarkan pusat judi di buka seseka hati macam kat negeri yang perintah oleh Pakatan Pembangkang?. Fikir-fikirkanlah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KETUA MILITAN SI TANTAIK NI PUN KAKI KELENTONG GAK. DLU KT BAGAN PINANG BAIK PUNYE DRAMA DIA SUDA MAIN. UPAH BUDAK, KOYAK BAJU SKET BUBOH CILI SOS PSTU TUDOH UMNO MAIN KOTOR KEHKEHKEH..HAMPAS BTUL MAMAT TU..HARKK PTUIHHH

Tanpa Nama berkata...

tak payah la nak tanya salah siapa.. siapa yang memerintah negara ini???
Pas ke??? Kalau PAS perintah negara ni pemimpin-pemimpin kau tak merasa arak le... kau pun kena pergi singapore kalau nak minum arak... orang munafik memang mcm... berkepiah bukan main... tapi ckp tak selari dengan agama.... campaklah kepiah putih lakonan kau tu...

YanL berkata...

Bagus tu bro... judi tetap haram, tapi kau sokong juga PM kau bagi lesen judi, kepala hotak kau macam orang kafir la. tapi tengok gambar kau macam ulama', tapi nak heran pa , ulama' umno memang sokong judi, tengoklah : Harussani, Jmail Khir, Mashitah Ibrahim... tak de suara, ulama' bisu = syaitan.

Tanpa Nama berkata...

YANG BERJUANG CARI WANG TU ORANG UMNO MCM KAU LA.