"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Isnin, 31 Mei 2010
Isytihar Perang terbuka terhadap Israel
Seluruh dunia di kejutkan dengan tindakkan tentera Israel menyerang konvoi kapal bantuan (NGO) yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian untuk penduduk gaza sehingga membunuh 16 orang sukarelawan, adalah tindakan yang melampau dan di luar perikemanusiaan. Amat malang bagi rakyat palestin yang rata-ratanya beragama Islam tidak dapat bantuan kemanusiaan ini.
Dan apa yang paling mendukacitakan adalah tiada tindakkan drastik dan berani dari negara-negara OIC, yang di anggotai oleh seluruh negara Islam seluruh dunia, kenapa jadi begini?. kenapa tentera laut dari OIC tidak boleh mengiringi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ini?.Apakah OIC sengaja ingin melihat berjuta - juta umat Islam di hapuskan dari muka bumi ini.Atau memang peranan OIC cuma Ooooo I See.
Aku kira sudah sampai masanya seluruh umat Islam bersatu mengerakkan tentera untuk melancarkan serangan terhadap Israel, selama ini kita cuma melancarkan gerakan memboikot barangan dan hubungan diplomatik dengan negara zionis ini, namun sehingga ini tidak memberikan kesan kepadanya. sudah banyak kenyataan mengutuk kekejaman Israel di buat namun tidak ada satu pun tindakkan di lakukan.
Bila umat Islam akan bangkit menentang kazaliman dan kekejaman puak zionis ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
bagaimana nak menentang israel kalau sesama kita dalam negara pun takleh nak bersatu inikan pula nak menyatupadukan semua negara2 umat islam...pucuk pangkal...mestilah bersatu.......
Catat Ulasan