"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Jumaat, 2 Julai 2010
TITAH SULTAN JOHOR KEPADA UMAT ISLAM
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni al mahrum Sultan Iskandar hari ini meminta rakyat terutama umat Islam negeri Johor supaya peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada pepecahan dan perselisihan.Baginda bertitah, fahaman tidak mengamalkan qunut, talkin, wirid, berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yaasin pada malam Jumaat, sering menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam.
Baginda meminta agensi penguatkuasaan supaya mengambil tindakan bagi membendung penularan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Baginda mahu program membudayakan Al-Quran yang dilaksanakan sejak 15 tahun lalu di negeri itu diperkukuhkan dengan tenaga pembimbing diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Titah itu di sampaikan baginda semasa merasmikan pembukaan persidangan Dewan Negeri Johor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
DAULAT TUANKU !!!
Catat Ulasan