Rabu, 30 Jun 2010

1:40 KEMPEN DAFTAR PEMILIH TUKAR KEPADA KEMPEN MEMILIH KERAJAAN

1 : 40 satu nisbah yang memeranjatkan tanahair.Pendedahan oleh Biro keahlian dan daftar pengundi Pemuda UMNO telah mencetuskan pelbagai persoalan dan mengundang resah kepada Pemuda DAP yang mempunyai agenda tersembunyi. Apa pun aku harus memainkan peranan untuk pastikan nisbah itu akan berubah sebelum PRU 13. aku mengajak semua blogers untuk sama-sama menyumbang sesuatu supaya nisbah yang sangat dahsyat itu berubah segera.Jika tidak pada PRU 13 nanti, bukan lagi Tsunami yang melanda tetapi ”ARMAGEDDON” yang akan menghapuskan Ketuanan Melayu di negara ini akan berlaku. Aku berharap pejuang-pejuang UMNO dan barisan kepimpinan Melayu dalam Barisan Nasional dan Kerajaan melihat perkara ini bukan sebagai satu gurauan sebaliknya adalah satu realiti yang harus di depani dengan penuh strategik dan hikmah. 1.Aku cadangkan kempen daftar pemilih ditukar kepada kempen memilih kerajaan. lebih jelas maksudnya kerana ramai anak muda yang aku temui mereka tak tahu apa itu daftar pemilih, mereka sangka masuk UMNO itu dah kira pilih kerajaan, dah masuk UMNO dah sokong kerajaan. 2. Sesiapa yang dah daftar untuk memilih kerajaan ini kena bagi satu kad macam kad keahlian UMNO, kad ini digunakan sebagai diskaun kad, pergi mana-mana yang ada lambang kad itu boleh dapat diskaun.Boleh guna kad ini untuk diskaun bayar balik pinjaman PTPTN, guna kad untuk mudah urusan dengan kerajaan, guna kad untuk dapatkan tandatangan sokongan wakil rakyat, guna kad untuk mintak kerja dengan kerajaan atau GLC, kalau kad itu boleh jadi kad kredit itu lagi advance dan aku pasti ramai anak muda akan mendaftar untuk pilih kerajaan.Pasti ketua pemuda DAP tercungap-cungap nak cari anak muda cina untuk daftar undi. 3. Mudahkan daftar pilih kerajaan nie, alamat pada kad pengenalan bukan lagi jadi alasan, alamat pada kad daftar pilih kerajaan nie bah boleh di gunakan. macam "di mana bumi di pijak di situ langit di junjung" jadi tak perlulah orang kelantan di KL balik Kampung untuk mengundi. kat mana dia kerja dan bermaustautin kat situlah dia pilih wakil rakyat termasuklah pelajar universiti. Ketua Pemuda UMNO si KJ kena kreatif dan inovatif dalam hal nie, jangan asyik nak bertelagah dengan PERKASA.Ingat perkasa timbul kerana kepimpinan yang lemah dari kamu sendiri. Pemuda kena gerakkan seluruh jentera untuk maksud ini, berbaik dengan NGO-NGOS melayu islam tarik mereka supaya mendaftarkan ahlinya untuk daftar pilih kerajaan.

Tiada ulasan: