Rabu, 21 Julai 2010

NASARUDDIN MEMPOLITIKKAN ISU PERPADUAN UNTUK SURVIVAL

Alhamdullah syukur,allah telah membuka hijab Nasaruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat untuk menerima kehendak semua umat melayu agar UMNO dan PAS berkerjasama dan bersatu demi Agama, Bangsa dan Negara.Walaubagaimanapun aku rasa pelik dengan saranan beliau ‘‘Kini giliran UMNO di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tangan dan sedia bersama Pas menyertai pakatan pembangkang memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu Islam.". Persoalannya kenapa perlu UMNO masuk pembangkang sedangkan UMNO yang menguasai Pemerintahan Negara melalui Barisan Nasional?.

Apakah Nasaruddin merasakan bahawa akan datang selapas PRU 13, UMNO akan jadi Pembangkang?.Dan kalau betul Barisan Nasional jadi pembangkang apakah PAS juga akan keluar Pakatan dan akan jadi Pembangkang juga?. Aku rasa jika ini yang berlaku, PAS lah yang paling malang sekali. Pakatan berjaya memerintah negara PAS pula yang keluar untuk menyertai UMNO.Dimana logiknya plan cadangan Nasaruddin ini, Aku rasakan bahawa Nasaruddin ini hanya bercakap menurut emosi politiknya tanpa keikhlasan dalam menangani permasalahan, inilah orang politik yang mempolitikkan semua isu demi kepentingan sempit politiknya.

Apapun tahniahlah, siapa sertai siapa tidak penting, pada aku biarkan UMNO dan PAS dengan identiti masing-masing tetapi tetap bersatu demia Agama, Bangsa dan Tanahair. tiada siapa yang akan mempertahankan itu semua kecuali MELAYU ISLAM.

Tiada ulasan: