Sabtu, 17 Julai 2010

PERPADUAN MELAYU -KETEPIKAN POLITIK SEMPIT


Ketepikan kepentingan politik sempit apabila ingin membincangkan isu membabitkan penyatuan orang Melayu di negara ini, Demikan ulasan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, dalam satu pertemuan singkat dengannya hari ini apabila persoalan Perpaduan UMNO-PAS di tanyakan. Menurut beliau lagi, fahaman politik yang berbeza serta KETERLALUAN oleh sesetengah pihak menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini. Dengan itu perancangan kearah perpaduan Melayu menjadi bertambah sukar untuk dilaksanakan dan mungkin tidak menjadi kenyataan.

”Saya percaya tidak ada orang Islam yang ingin melihat mereka tidak bersatu, oleh itu ketepikan fahaman politik. Jangan kerana politik Islam di hancurkan, Jangan kerana Politik orang Islam di lemahkan , Tidak ada sebab dalam hal-hal yang ada kaitan dengan Islam kita tidak boleh duduk semeja dan cuba mempertahan, melindungi, menjayakan agama kita”. Cuma masalahnya di Negara ini ialah ada pihak yang menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai matlamat politik sempit mereka.

2 ulasan:

Pemerhati berkata...

Pemimpin2 PAS tengah sibuk mengumpul duit. Apa peduli nasib orang Melayu?
Pemimpin2 UMNO pun 2 x 5!
Maka hancurlah masa depan Melayu di Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

macam bagus je blogger nie..ko aje la yg jdi PM ganti najib...banyak cakap kojo habuk pon xde