Jumaat, 30 Julai 2010

APA KDN BUAT PADA TONY PUA, MASIH GELAK LAGI KE.


Sehingga hari ini aku tidak membaca atau mendengar sebarang tindakkan di kenakan kepada Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) terhadap cadangan biadapnya untuk memansuhkan diskaun bumiputera terhadap pemilikan rumah dan harta mewah di negeri Selangor.

Pihak berwajib harus melihat perkara ini bukan dalam konteks cadangan seorang ahli politik semata-mata, tetapi harus melihat lebih dalam lagi terutama kepada kesan dan akibat dari cadangan, ucapan, perkataan dan perbuatan itu dalam konteks keamanan, kestabilan, ancaman dan tindakan subversive terhadap negara.

Dan pihak berwajib tidak harus berdiam diri apabila isu ini sudah menjadi isu nasional, aku berharap pihak berwajib mesti mengambil tindakkan pro aktif dalam hal ini, bukan hanya dengan kata-kata AMARAN oleh menteri Amaran. Amat nyata isu yang di mainkan  oleh Tony Pua ini bukannya isu berkepentingan tinggi untuk rakyat tetapi sengaja menimbulkan isu ini untuk menunjukkan kebiadapan dan kebenciannya terhadap hak orang-orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan.

Jelasnya Tony Pua ini telah menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan- peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.

Maka perbuatannya itu adalah merupakan satu perkara yang boleh di sabitkan dengan Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1968. Sangat jelas si celaka ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati serta menimbulkan ketidak ketenteraman awam. TAPI kenapa sampai hari ini tiada tindakkan terhadapnya oleh mereka yang berwajib.? Apakah Akta Hasutan dah hilang bisanya sehingga ianya dipermain-mainkan.

AKTA HASUTAN

Mengikut Seksyen 3 (1) Akta Hasutan "kecenderungan menghasut ialah :-

1. Mendatangkan benci atau penghinaan atau menimbulkan perasaan tidak suka kepada mana-mana Raja atau Kerajaan.

2. Menimbulkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba diubah dengan apa-apa cara secara yang tidak sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang- undang dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu.

3. Mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka kepada pentadbiran keadilan dalam Malaysia atau dalam mana-mana Negeri.

4. Menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka di kalangan rakyat Yang Di Pertua Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri.

5. Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan atau penduduk mana-mana Negeri.

6. Menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan- peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.




1 ulasan:

Unknown berkata...

aku rasa menteri amaran ni sedang tido kot. dia ni kalau masa perhimpunan agong baru le celik mata. lepas tu cakap le berdegor2 mcm nak rak. habis perhimpunan dia pun tido balik. aku rasa ni lagi sorang pemimpin UMNO yg wajib kita nyahkan dari arena politik UMNO ni.
walaupun bapa dan datuk dia org kuat UMNO tak semestinya dia ni pun blh jadi org kuat. dia ni aku tengok dah mcm jadi penumpang (passenger je) dlm UMNO. org yg mcm ni le yg jadikan UMNO tu lemah mcm dia.
jom kita jatuhkan atau kita desak dia supaya dia letak jawatan. kalau ada jawatan tapi takde tindakan baik lepaskan saja. jangan vbuat kami yg di bawah ni rasa meluat.