Ahad, 11 Julai 2010

PM YAKIN JOHOR KUBU KUAT UMNO/BN

Salam.
Selaku anak jati Negeri Johor aku amat terharu dan teruja dengan keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO melahirkan keyakinan bahawa Negeri Johor akan terus kekal menjadi kubu kuat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagaimana yang telah berlaku sejak dahulu lagi. PM melahirkan keyakinan itu ketika beliau merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di Johor Baharu hari ini.

Aku juga yakin Barisan Nasional Negeri Johor, mampu dan boleh menguasai kembali 100 peratus kerusi DUN (56 kerusi) dan Parlimen (26 kerusi) pada Pilihanraya akan datang TETAPI dengan syarat,
1. Pandangan akar umbi / rakyat mestilah di DAHULUKAN,
2. Penyelesaian masalah harian rakyat mestilah di UTAMAKAN.

Rakyat Johor tahu bagaimana berterima kasih kepada kerajaan, tetapi pemimpin jangan lalai dan leka, bersikap ADILlah jangan mengambil jalan mudah untuk SAMA RATA kan sesuatu demi untuk mengemis undi dari kaum lain. Satukan orang Melayu Islam di Negeri Johor dengan hikmah. Insyallah, keyakinan YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO akan tercapai.

Tiada ulasan: