Penerbangan pertama terus dari Hong Kong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor, pada 17 Julai 2010 merupakan satu ledakan baru kemasukkan pelancong secara terus ke bumi darul takzim. Bagi penerbangan pertama ini seramai 157 orang pelancong dari Hong Kong di terbangkan melalui penerbangan sewa khas Dragonair( KA8328).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang berkata, pelancong tersebut adalah sebahagian daripada 1,700 warga Hong Kong yang dijangka bercuti di Johor sekitar pertengahan Julai hingga Ogos tahun ini.
Katanya, kumpulan pertama itu akan berada di negeri ini selama empat hari untuk berkunjung dan dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya ini, mengunjungi bangunan bersejarah dan tidak ketinggalan ke Pulau Sibu, Mersing.
"Kedatangan para pelancong dari Hong Kong ini adalah hasil kerjasama agensi pelancongan negeri Johor dengan syarikat pelancongan tempatan iaitu Option Tours & Travel Sdn. Bhd.," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan merai kedatangan penerbangan antarabangsa pertama dari Hong Kong ke Johor Bahru di LTASI di sini hari ini.
Menurut Seong Chang, selain menyasarkan warga Hong Kong untuk melancong di negeri ini, Jabatan Pelancongan Johor juga mencari peluang menarik minat pelancong dari Vietnam, Kemboja, Jepun, China dan India.
(Sumber : Utusan Malaysia)
1 ulasan:
Nice post..... bro.... Btw follow my blog, i'll follow back. thanks!
kpadaku.blogspot.com
Catat Ulasan