"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Ahad, 4 Julai 2010
ADUN BUKAN ISLAM MENGANJURKAN MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN
Salam.
Mati akal aku bila selak akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3hb.Julai 2010, mukasurat 12 dalam ruangan Fourm Sabtu.Mati akal bukan kerana serangan angin akhmar tapi bila lihat gambar yang di siarkan, satu kain rentang yang tertera gambar YB Jenice Lee ADUN Kaw.Teratai di Parlimen Ampang dengan kerjasama Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz Mahfuz menganjurkan Majlis tilawah & Hafazan Al-quran.
Yang sebabkan aku mati akal.
1. Kenapa YB Jenice Lee yang anjurkan (w/pun kerjasama dgn Maahad Tahfiz kenapa pada kain rentang jelas tulis Jenice lee dulu- biasanya nama yang dahulu adalah penganjur utama)
2. Mana pergi orang islam kat ADUN teratai ,PAS DUN teratai,PAS Negeri Selangor tak sensitive ke hal nie.
3. Aku biasa juga dengar menteri-menteri melayu islam rasmikan tokkong atau kuil. persoalan sini bukan "RASMIKAN" tapi adalah "ANJURKAN".
4. Agama Islam adalah agama rasmi negara dan segala macam keistemewaannya yang di lindungi oleh Perlembagan. Apakah ini keistemewaannya agama islam, maknanya sesiapa sahaja boleh buat dan anjurkan apa-apa sahaja atas nama Islam atau menggunakan Islam?. Adakah ini Islam libral?. Pakar undang-undang perlembagaan kena jawab dan 40 ulama muda yang baru masuk UMNO kena jawab lah agaknya.
Aku tak puas hati lagi maka aku terjahlah blog YB Jenice lee nie,http://www.jenicelee.com/joomla
Maka inilah yang dapat aku pastekan.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran
2010/07/02, Friday
‘Al Quran Di Junjung , Islam Di Sanjung’
Kategori:
A)Tilawah Surah Bebas:
1) Remaja (18 tahun ke bawah) 1.1) Lelaki 1.2) Perempuan
2) Dewasa (18 tahun ke atas) 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan
B)Hafazan
1) Sekolah rendah 1.1) Lelaki 1.2)Perempuan
2) Sekolah Menengah 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan
Objektif:
1.
1.
Memupuk semangat persaudaraan dikalangan para peserta dan pelajar sekolah di dalam DUN Teratai.
2.
Mewujudkan suasana cintakan Al Quran dan menerapkan elemen dakwah kepada masyarakat.
3.
Membentuk masyarakat berilmu dan sentiasa mengingati Allah Taala dan kasihkan Nabi Muhammad saw.
4.
Membentuk mukmin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berdedikasi
5.
Menanamkan sifat cinta dan kasihkan Islam kepada setiap peserta.
Hadiah(untuk setiap kategori) :
Johan RM100
N. Johan RM80
Ketiga RM60
Semua peserta akan dapat satu hadiah.
aku dah dedahkan hal nie, KAU ORANG BUATLAH APA YANG PATUT, KDN BUATLAH KERJA, JGN TAK DE KERJA CARI KERJA
RM 100.00 untuk Johan?. Taraf apa tilawah dan hafazan nie?. Pertandingan mewarna kat tadika tempat aku hadiahnya RM 800.00
MORAL OF THE STORY "ESOK LUSA ANAK CUCU AKU AKAN KATA,ISLAM FOR ALL".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Jangan lah bersalah sangka.. kata PAS sudah ramai pemimpin PR yang sentiasa bersekongkol dengan mereka mengatakan Isalam itu baik.. Ya lah mana tahu PAS berjaya melembutkan hati ADUN Teratai ini , mungkin juga kah beliau rtelah menerima hidayah dari PAS dan memeluk ISLAM cuma tak nak istiharkan sahaja..
Perbagai kemunginan berlaku..
Majilis perasmian kem judi tu nama siapa kao nak letak depan. Nama pembesar umno ke nama vincent tan. jgnlah merepek mcm umno tu alim sangat. kao ni sengaja membutakan mata.
Catat Ulasan