Isnin, 5 Julai 2010

MEMAHAMI MINDA PM (SIRI 2) - SIAPA PRIMADONA ?

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur anggota dan pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu. Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai “primadona”. “Kalau pasukan kita banyak “primadona”, dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Pekan di sini. Siapa Primadona dalam UMNO ?. Seperti sebuah pasukan bola, semua mesti memainkan peranannya masing-masing bagi mempastikan kemenangan untuk pasukannya begitu juga UMNO semua harus memainkan peranan masing-masing, dalam hal ini aku suka untuk membuat analogi berkaitan terhadap kedudukan UMNO di peringkat akar umbi iaitu di peringkat cawangan lagi. sepanjang pemerhatian aku semasa cawangan dan bahagian UMNO bersidang ketua cawangan dan AJK bahagian yang di lantik sebagai penyelaras dari bahagian akan memainkan peranan sebagai “Primadona”. Asas telahan aku adalah kerana mereka inilah yang “main cantik” bagi pastikan cawangan itu sah persidangannya, walaupun melanggar peraturan dan perlembagaan UMNO. Mereka inilah yang menyebabkan UMNO itu lemah, UMNO itu hanya kelihatan kuat atas kertas tapi hakikat sangat rapuh, UMNO di lihat mempunyai kulit yang cantik tetapi daging berkecai,hancur dan busuk. Cukup korum persidangan cawangan adalah 2/3 dari keseluruhan ahli, andaian cawangan yang mempunyai keahlian seramai 200 orang, cukup korum persidangan adalah 130 orang, yang hadir cuma 80 orang , kalau mengikut perlembagaan mesyuarat itu tidak sah, tetapi kerana “mainan cantik” Primadona-Primadona ini maka cawangan itu di sahkan mesyuaratnya, dengan pelbagai alasan logik yang pelik. Hakikat sebenar ahli tidak hadir kerana kelamahan pentadbiran cawangan dan sikap “elitis” ketua cawangan serta pegawai-pegawainya. Oleh kerana mesyuarat di sahkan maka segala kelemahan-kelamahan dalam pentadbiran yang menyebabkan kegagalan ahli untuk datang tidak dapat di baiki bagi mesyuarat akan datang, maka setiap tahun masalah tak cukup korum terus berlaku dan perbuatan “main cantik” primadona ini terus berjalan, akhirnya jadi lah UMNO seperti hari ini, gah dalam jumlah keahliannya tetapi gagal dalam memenangi hati rakyat. Primadona-primadona ini syok sendiri kerana hajat dan keinginan peribadi mereka tercapai, walaupun telah melakukan sesuatu kesalahan yang sangat asas dalam peraturan mesyuarat dan perlembagaan parti. Aku pasti kalau sesuatu cawangan itu gagal bersidang kerana tidak cukup korum,pastinya ketua-ketua cawangan ini akan bekerja mati-matian untuk mendekati ahli dan masyarakat dengan bercampur mesra dengan mereka dalam semua aktiviti di cawangan tersebut. Itu pun kalau ketua cawangan betul-betul meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.

Tiada ulasan: