"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Sabtu, 3 Julai 2010
WARKAH BUAT KJ - JANGAN GANGU PERKASA
Sama lah kedua-dua nie
Aku mengesa Ketua Pemuda UMNO Malaysia supaya menghentikan serangan terhadap PERKASA, Demi kekuatan Agama,Bangsa dan Negara. Bangsa kita sudah banyak berpecah belah gara-gara sengketa sesama sendiri akhirnya orang lain yang mendapat laba dari perkara itu. Ingatlah bahawa PERKASA bukan musuh kamu, PERKASA adalah sahabat kamu yang memeainkan peranan ”Check and Balance” kepada kerajaan yang selama ini gagal di lakukan oleh pihak pembangkang dan Pemuda UMNO.
Ingatlah kegagalan kamu memperjuangkan nasib bangsa Melayu menyebabkan banyak NGO-Ngos di tubuhkan bagi membangkitkan semangat Nasionalisma Melayu yang di lihat sebagai alat untuk mempertahankan hak bangsa. Dalam Kegairahan kerajaan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia adalah perlu bagi bangsa Melayu mempunyai satu platform yang mampu bersuara bagi pihak rakyat yang khuatir segala hak dan keistemewaan yang terjamin di dalam Perlembagaan tidak di perjuang dan di pertahankan kerana salah pengertian tentang konsep 1 Malaysia itu. Biarpun sudah ramai melayu liberal yang tidak memerlukan perkara 153 perlembagaan tapi aku percaya ramai juga melayu marhain yang memerlukan perkara 153 itu untuk terus ”hidup” dalam negara melayu ini.
Aku amat tidak bersetuju tindakkan keji dan pengecut oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mengheret sekutunya KDN untuk menekan PERKASA. Tunjukkan kejantanan dan keberanian terhadap perkara lain, bacalah akhbar-akhbar harian bangsa lain yang saban hari memainkan sentimen perkauman suruhlah barua kamu itu ambil tindakkan terhadap penerbitan yang melanggar akta pencetakan dan permit penerbitan KDN. Setahu aku akhbar yang di katogeriakan sebagai bahan dakyah politik seharusnya hanya boleh di edarkan kepada ahli sahaja dan penjualannya hanya di pusat- pusat edaran parti politik itu sahaja bukan di semua kedai-kedai akhbar, kenapa perkara ini tidak di kuatkuasakan.
Daripada sibuk berperang dengan PERKASA lebih baik Pemuda tumpukan kepada usaha untuk mendaftarkan pemuda melayu untuk memilih kerajaan. 4 juta ahli UMNO masih belum mendaftar untuk memilih kerajaan yang kau orang buat?. Makin banyak senarai pengundi cina yang di pindahkan ke kawasan bandar – bandar apa yang kau buat?. Semakin banyak senarai pengundi melayu yang hilang dari senarai pemilih apa yang kau buat?. Apakah hal itu semua kau bebankan kepada Suruhanjaya Pilihanraya tanpa membantu demi kelangsungan pemerintahan kerajaan Melayu Islam hari ini?.
KJ liabiliti Melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
KJ ingin menutup kegagalannya sebagai Ketua Pemuda Umno dgn melanyak PERKASA....dan menyerlahkan lagi sikap dan sifat Anti Melayu nya...
huhuhuhuhu... KJ drama king
salam ,
KJ lemah dalam memperjuangkan isu melayu,kj buka wira,kj patut letak jawatan.Minta pemuda umno malaysia jangan cuba menghancurkan PERKASA,kenapa minta KDN siasat perkasa,kenapa tidak akbar bahasa lain yg terang2 menyerang tanpa fakta,sejak PRU dahulu hingga sekarang banyak kelihatan kelemahan group PEMUDA,jangan buat perjuangan untuk perut sendiri sahaja....SEMANGAT...SEMANGAT perjuangan kita mane....
PENYOKONG PERKASA
Inilah bahananya bila mendapat kedudukan tertinggi dalam sayap pemuda dengan cara yang kurang wajar..maka jadi lah seorang pemuda yang kurang ajar tak tahu menghormati orang yang lebih tua atau senior.Malah hala tuju perjuangan pun tak pasti.Soal2 kepentingan bangsa nampaknya bukan keutamaan perjuangan..balaci2 kj ni pun satu hal..dapat sekupang dua,teh o secawan dan roti canai sekeping sanggup jadi barua upahan.Sampai ada yg berani mendesak PM berikan jawatan dalam kabinet...Apa..kalau tak ada jawatan dalam kabinet tak leh buat kerja kepartian ke??
Bila UMNO dah jadi caca-merba dan pemimpin2 yang ada sebahagiannya bukan lagi jiwa melayu tulen kepada siapa lagi orang2 melayu nak bergantung harap untuk survival bangsa??
Rasanya telahan blogger2 tentang arah tuju perjuangan KJ dalam artikel2 yang lalu ada kebenarannya.....
Catat Ulasan