Ahad, 25 Julai 2010

"PASRAEL" INILAH WADAH PERJUANGAN SEBENAR PAS


Sepanjang minggu ini parti hamPAS, melalui kuda tua masing-masing berhemPAS pulas menepis, menafi dan menidakkan tindakkan sesetengah pihak dalam partinya sendiri datang atau berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Ulasan Khalid Samad kepada wartawan berkenaan tulisan di dalam blognya menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak itu.
“Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. Sekirangnya ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut tidak wala kepada parti.Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan Umno.Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti,” katanya.

Banyak juga bloger-bloger fahaman PAS mencadangkan memecat sesiapa ahlinya yang berjumpa Mufti Perak, tapi tidak ada yang mengarahkan pecat ahlinya yang sujud dan jilat DAP.

Persoalannya?.

  1. Apakah HARAM hukumnya berjumpa Mufti.
  2. Mestikah nak jumpa Mufti kena dapat kebenaran dewan tertinggi PAS Pusat?.
  3. Adakah bila TS Harussani kata ada pemimpin PAS jumpa dia bermakna mesti pemimpin PAS peringkat tertinggi sahaja ke?. apahal kalau ketua cabang atau ketua ranting PAS yang datang jumpa?.Bukan pemimpin kah mereka?.
  4. Apakah Perjuangan PAS sekarang?. Membangunkan ISLAM atau menghancurkan ISLAM?
  5. Apakah PAS adalah agen Yahudi di Malaysia yang menyokong perpecahan ummah.

Saya petik tulisan Dr. Ridhuan Tee dalam tulisannya JANGAN MEMBUANG MASA- Utusan Malaysia 25.Julai 2010.untuk renungan.
”Apakah mereka yang berhati mulia ini telah melakukan dosa atau maksiat kerana bertemu dengan mufti Perak? Tidakkah ia merupakan kerja-kerja para anbiya yang perlu diteruskan? Inilah dilema yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Mereka lebih rela bekerjasama dan berkawan dengan orang yang jelas menentang Islam daripada mereka yang masih ada hati kepada Islam. Janganlah terlalu bersangka buruk dengan umat Islam. Mereka tetap saudara kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka.”

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mufti amat diperlukan dalam memperbetulkan persepsi orang Islam dan bukan Islam terhadap politik..

Tanpa Nama berkata...

bla.bla.