Ahad, 18 Julai 2010

MELAYU MESTI BERSATU MENJELANG PRU 13


Sebelum PRU 13 atau semasa PRU 13, parti-parti berasaskan Melayu Islam mesti di satukan bagi mendapat majoriti di Parlimen seterusnya mengekalkan pemerintahan kerajaan Melayu Islam di dunia ini, jika gagal maka tiada lagi kerajaan Melayu Islam di muka bumi ini.

Ramai Penganalisa politik meramalkan bahawa penyatuan atau perpaduan antara UMNO – PAS sukar untuk di laksanakan. Ini kerana. PAS dan UMNO tetap dengan prinsip perjuangannya. Pas berkeras dengan retorik mereka untuk membentuk sebuah negara Islam dan tidak mengiktiraf sebarang usaha UMNO dalam mengangkat syiar Islam di Malaysia selama lebih 50 tahun pemerintahannya.

Jika di senaraikan satu persatu, terlalu banyak agenda UMNO yang telah dizahirkan untuk memertabatkan Islam walaupun jumlah penganut agama Islam di Malaysia tidak lebih dari 60 %.  Sebahagian besar pembangunan Islam bukan sahaja diterima oleh penyokong dasar kerajaan tetapi sebahagian besar penentang tegar kerajaan menikmati faedahnya secara total. Hairan kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP sedangkan dasar kedua-dua parti itu tidak ada yang menjurus kepada mendaulatkan syiar Islam sebaliknya lebih bersifat balas dendam terhadap pemecatan Anwar (PKR) dan Penghapusaan Negara Melayu Islam.(DAP).

Kesan Pilihanraya ke-12 menyaksikan kedudukan genting orang Melayu Islam di Parlimen, yang mempertahankan kerajaan BN bilamana daripada  222 kerusi Parlimen hanya;
  • 78 ahli Parlimen Melayu Islam (UMNO) iaitu hanya 35 %,

  •  Ahli Parlimen Melayu Islam yang menentang kerajaan atau yang bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam adalah 39 orang iaitu 17.6%, (termasuk ahli Parlimen Melayu Islam dalam PAS dan PKR)

  •  Bukan Melayu Islam 97 orang (termasuk dari komponen BN,DAP,PKR,PSM) iaitu 43.7%.

  •  Bebas 8 orang, 3.6%.
Belum lagi PRU 13 matematik mudah menunjukkan bahawa orang Melayu Islam (UMNO) tiada kuasa di Parlimen bilamana hanya 78 suara berbanding dengan 136 suara (ahli Parlimen pembangkang Melayu Islam dan bukan Melayu Islam dan ahli Parlimen BN yang bukan Melayu Islam). 8 lagi ahli Parlimen Bebas letak tepi dulu. Dalam keadaan begini apakah kau orang fikir senang bagi UMNO untuk mempertahankan dan mendaulatkan Agama dan  Perlembagaan?. Perlu ingat dari 78 ahli Parlimen UMNO ini pun ada juga seekor dua yang Islam liberal. Maka makin susahlah usaha menegakkan syiar Islam di Negara ini kalau PAS dan UMNO tidak bersatu.

Kalau Ahli Parlimen bukan  Melayu bersatu dan di tambah dengan PAS, maka jumlah ahli Parlimen Pembangkang pada PRU 13 adalah sebanyak 136 orang, menjadikan 62% Parlimen di kuasai oleh Pembangkang. Aku tak kata dari 23 Ahli Parlimen PAS semuanya tidak menyokong agenda Islam dan Bangsa, tapi prinsip mudahnya di Parlimen mereka ini Pembangkang dan memang sifat mereka membangkang melulu, paling tidak bila undi mereka akan keluar dewan untuk jaga hati Pakatan Haramjadah (PKR/DAP).

Aku rasa PAS dan UMNO tidak perlu lagi retorik berbincang untuk penyatuan, kalau PAS nak bersama UMNO silalah sertai  Barisan Nasional, jika tidak boleh  jalan. Apa yang penting bagi UMNO ialah melaksanakan amanah rakyat yang seperti mana dalam manifesto pilihanraya. Penerangan yang betul dan laporan yang benar boleh membunuh tohmahan dan fitnah puak-puak pembangkang yang semenangnya sanggup mempergunakan agama untuk meraih kuasa politik mereka.



HIDUP MELAYU, HIDUP ISLAM.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita mesti meletakkan Islam pada perjuangan yang paling utama...
barulah diikuti dengan perkara-perkara yang lain..

HIDUP ISLAM DALAM DIRI MELAYU

Tanpa Nama berkata...

kita kena tukar polisi jangan ajak orang jangan paksa-paksa..kalau depa nak ikut ikut dibelakang..tapi jangan main belakang..kita kena lead..

Tanpa Nama berkata...

Pemerintah harus tahu sifir ini, letakkan calon melayu di kawasan majoriti melayu.

Tanpa Nama berkata...

selagi n.ajis tak mampos lagi memang payah melayu ni nak bersatu! bukan aku kata tapi orang2 kampong yang kata mcm tu!