Ahad, 4 Julai 2010

MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH

Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan kali ke-53, berkampung di Kota Kinabalu, telah pun melabuhkan tirainya.Qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub malam ini dinobatkan sebagai johan qari dan qariah. Wan Ainuddin Hilmi, 28, dan Nor Azrah, 32, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 27 Julai hingga 3 Ogos ini. Sementara itu qari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 34, dan qariah Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27, muncul naib johan qari dan qariah, manakala tempat ketiga masing-masing dimenangi Othman Azumi Ahmad, 51, dari Kedah dan Normalina Alias, 28, dari Wilayah Persekutuan. Hadiah disampaikan Yang Dipertua negeri Tun Ahmadshah Abdullah dan isterinya Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar. Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sumber dari- Bernama. Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang di terajui oleh orang-orang Melayu Islam dalam usaha untuk terus membudayakan al-quran dalam kehidupan.

1 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

tapi n.ajis tua kutuk kata umno syirik! gila punya n.ajis