"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Jumaat, 2 April 2010
BILA PEKERJA TIDAK BEKARJA ATAU TAKUT BEKERJA UNTUK MAJIKAN.
Assalamualaikum w.bkth.
Pelik bunyi tajuk itu, apa pun saya serahkan kepada pembaca semua membuat andaian dan tafsiran terhadap maksud artikel ini.
Jika keadaan dia atas di lihat dalam konteks kerja dan pekerjaan maka sudah tentulah kita akan merujuk kepada peruntukan dan Akta Kerja 1955 (akta 265) dalam Bahagian II Kontrak Perkhidmatan, kepada perkara 12 atau 13 atau 14 atau 15 yang mana akhirnya salah satu pihak akan meninggalkan pihak yang satu lagi. Maka dengan itu selesailah masalah di atas dan tidak perlulah saya menulis tentang tajuk tersebut.
Persoalan daripada tajuk di atas ialah apa tindakan majikan jika pekerja tidak mahu bekerja atau takut bekerja untuk majikan? Kalau saya majikan sudah tentulah saya akan menggunakan segala saluran yang ada untuk mengeluarkan atau menyingkirkan mana-mana pekerja yang tidak boleh memberi sumbangan kepada saya selaku majikan, dan saya percaya bahawa tuan-tuan juga akan berbuat begitu. Ayuh mari kita lihat dalam kontek kakitangan kerajaan pula, kerajaan hari ini yang di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional kita anggap sebagai majikan dan kakitangan kerajaan sudah pastinya sebagai pekerja kerajaan atau penjawat awam. Cuba tuan-tuan renungkan dan lihatlah di persekitaran tuan-tuan ada atau tidak sebahagian dari kakitangan kerajaan atau penjawat awam ini yang tidak bekerja atau takut bekerja untuk Kerajaan?. Jika ada sudah pastilah kerajaan tertipu dan di tipu oleh pekerjanya sendiri bilamana setiap bulan mendapat gaji dari kerajaan tetapi kerja tidak di jalankan, tanggungjawab menjaga majikan@kerajaan tidak di laksanakan. Jadi beruntunglah bermajikankan kerajaan Barisan Nasional ini kerana kerja tak jalan pun gaji tetap dapat. Mangsanya adalah tetap kepada rakyat yang tidak berpuashati terhadap perkhidmatan kakitangan tersebut.
Tapi, apa pula tindakan kerajaan sebagai majikan terhadap pekerja atau kakitangannya yang bukan sahaja tidak bekerja atau takut bekerja untuk kerajaan sebagai majikan malah lebih buruk lagi bilamana ada sebahagian daripada kakitangan yang secara terang-terangan MENENTANG KERAJAAN dengan bersekongkol dengan pihak-pihak yang memang di ketahui mempunyai niat dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan. Ada juga jabatan-jabatan kerajaan yang takut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mempertahankan kerajaan kerana menghormati desakan pembangkang. Amat malang sekali kerajaan Malaysia hari ini bila orang-orangnya sendiri cuba menjahanamkan dan menjatuhkan kerajaan. Kenapa Pengarah-Pengarah Jabatan atau Kementerian tidak mahu mengambil tindakkan terhadap kakitanganya yang menentang kerajaan, adakah kerana Pengarah-Pengarah Jabatan atau kerajaan ini juga sama menentang kerajaan?. Dalam Hal ini saya teringat apa yang Tun Mahathir jawab bila wartawan bertanya soalan terhadap sikap sebahagian kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan, Tun Kata ” tarik balik kemudahan yang di berikan kepadanya, baru dia tahu menghargai kemudahan itu”. Satu jawapan yang sangat tepat dan sesuai untuk mereka yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan. Mempertahankan majikan atau Kerajaan adalah wajib bagi kakitangan majikan atau kerajaan itu.
Lantas apa sumbangan kita untuk membantu kerajaan dalam menangani permasalahan ini?.
1. Kenalpasti individu terbabit dan TARBIAHkan dia. "Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu. Maka jikalau kamu berbantahan dalam satu perkara, hendaklah kamu sekalian mengembalikannya kepada Allah dan Rasul, jika kamu sekalian beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, sebaik-baik dan sebagus-bagus keputusan." (an-Nisa' : 59)
2. Ingatkan dia duit gaji dia untuk membeli makan minum anak bini tu, datang dari kerajaan sebagai majikannya.
3. Lapurkan aktivitinya kepada ketua Jabatan atau Kementerian.
4. Cabar dia letak jawatan dan kerja dengan pembangkang.
5. Buat apa sahaja lah asalkan kita mengingatkan dia seperti kehendak al-quran surah Al-asr ”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebanaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan