Ahad, 11 April 2010

KEMPEN BEBASKAN KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG DARI ARAK

Saya mulakan tulisan saya ini dengan maksud ayat al-quran dari surah al-Baqarah, ayat 219 yang bermaksud "Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermanfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya itu lebih besar daripada manfaat.” Arak adalah punca segala kejahatan seperti maksud Hadith Rasulullah s.a.w : Maksudnya : “Khamar adalah punca kejahatan”.Kerana apabila seorang itu mabuk maka dia akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya, tanpa menyedari akibatnya. Syariat Islam telah mengharamkan arak dan menetapkan hukuman berat ke atas peminum-peminum arak kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada peminum-peminum arak itu sendiri bahkan juga kepada masyarakatnya. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini: "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) Bagi memastikan umat Islam dikawal dan dijauhi daripada arak, pihak berkuasa perlu memastikan pemberian lesen penjualan arak terkawal dan tidak membabitkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung. Dalam hal ini kalau tidak silap saya mengikut rekod Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG).Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mulai 1 Julai 2008.Hanya terdapat 3 premises yang mendapat lesen sebagai kedai minuman arak iaitu 2 di Pelabuhan Johor dan 1 di Tanjung Putri. Jika benar rekod itu,Ada beberapa kekeliruan dan persoalan yang sehingga ini masih belum terjawab. 1.Kenapa banyak premises perniagaan di bawah pentadbiran MPPG menjual arak. 2.Apakah penjualan arak di kedai-kedai runcit atau mini market itu tidak perlu lesen? 3.Apakah lesen arak itu di beri untuk premises perniagaan yang menghidangkan minuman itu kepada pelanggannya sahaja, iaitu untuk di minum di dalam kedainya sahaja? 3.Dalam hal ini siapa atau pihak mana yang sebenarnya mengeluarkan lesen arak ini dan siapa dan pihak mana pula yang menjalankan operasi pemantauan dan kawalan? 4.Apa status 7-eleven di kawasan pentadbiran MPPG yang menjual arak? Saya berharap agar pihak pengurusan dan pentadbiran MPPG ini mengambil berat serta mengambil tindakkan terhadap premises yang menjual arak ini kerana di khuatiri jika penjualan arak ini tidak di bendung maka kawasan MPPG ini tidak mendapat berkat dari allah s.w.t.

Tiada ulasan: