Isnin, 5 April 2010

PETUNJUK MUDAH UNTUK MENENTUKAN CALON P094

Assalamualaikum, Secara peribadi saya berasa yakin bahawa jika calon UMNO di letakkan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor P094 pada PRK akan datang (25/4/2010) pasti BN akan menang Besar.Keyakinan saya bukan hanya berdasarkan gerak hati tapi adalah hasil analisa dari sahabat saya bloger ustazsaid. Ustazsaid menulis,Berikut dinukilkan beberapa perkara menarik berkaitan P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Harapannya boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR. 1. Keputusan PRU 2008: P094 - HULU SELANGOR Peratus keluar mengundi 75.24 Undi Rosak 1,466 Majoriti 198 1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979 2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177 N09405 - HULU BERNAM Peratus keluar mengundi 73.69 Undi Rosak 318 Majoriti 3,549 1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985 2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436 N09406 - KUALA KUBU BAHARU Peratus keluar mengundi 73.20 Undi Rosak 549 Majoriti 448 1. WONG KOON MUN (BN) 6,555 2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107 N09407 - BATANG KALI Peratus keluar mengundi 77.87 Undi Rosak 404 Majoriti 2,179 1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545 2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724 Kesimpulannya, Majoriti yang diterima BN dari ketiga-tiga DUN berjumlah 6719, tetapi BN kalah 198 undi di kerusi Parlimen. Terdapat 5981 pengundi memangkah BN di peringkat DUN tetapi tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen. Jumlah undi rosak 1,466, jauh lebih banyak daripada majoriti kemenangan PKR, 198. Sejak PRU 2008, 9 PRK telah dijalankan. Tiada seorang pun calon yang kalah dalam PRU dicalonkan semula oleh BN. Kemenangan PRK ini penting untuk moral BN, ketika PKR sedang porak-peranda!