Ahad, 4 April 2010

PERASMIAN KRT ZON CASUARINA TAMAN SCIENTEX

Pada 3hb.April 2010, jam 9.00 malam, bertempat di zon casuarina Tmn.Scientex.Datuk Seri Hj.Mohammed Khalid Bin Hj.Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah merasmikan KRT Zon Casuarina Taman Sicentex iaitu KRT yang ke 32 di Parlimen Pasir Gudang. Majlis Perasmian Tersebut adalah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Inegrasi Nasional, Majlis Perbandaran Pasir Gudang(MPPG) dan UMNO Cawangan Tmn Scientex zon Causarina. Penubuhan Rukun Tetangga adalah untuk memupuk semangat kerjasama masyarakat setempat dalam mengawal serta menjaga keselamatan kawasan kediaman.Persatuan ini menekankan penglibatan semua pihak dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan, aktiviti yang di rancang juga rata-ratanya bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan,bantu membantu dalam menghadapi masalah bersama,berinteraksi dan merapatkan hubungan diakar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan,adat dan budaya. Tahniah kepada semua Jawatankuasa KRT Penduduk Zon Casuarina yang di pimpin oleh Sdr.Jeffry bin Hashim.

Tiada ulasan: